Pesta Konvo 2008  

Entri kali ini aku nak cerita tentang pesta konvo yang akan berlangsung 7hb hingga 9hb ogos ini dan ini pandangan aku tentang pesta untuk kali ini. Pasti semua warga UTeM sudah perasan antara aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada majlis itu sebab poster-poster dan banner sudah pun di naikkan.

Sekali pandang pada banner pesta konvo yang digantung aku terasa pesta konvo UTeM kali ini bukan untuk pelajar universiti, tapi lebih kepada pelajar tadika. Pesta konvo sesebuah universiti dengan pertandingan menari si cilik, pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak, bermain tanah liat, pertandingan bercerita kanak-kanak, pertendingan fesyen kanak-kanak. Inikah main event untuk pesta tahun ini?

Pertandingan kerusi berirama hanya layak untuk majlis hari jadi, atau pun paling kuat pun untuk majlis hari keluarga kilang tisu, bukan untuk pesta konvokesyen la!

Pesta konvokesyen UTeM yang ke-4. setiap tahun semakin hambar dan hambar. tahun 2007 berlangsung selama empat hari dan tahun ini berkurang kepada tiga hari. harap untuk tahun depan tidak berkurang menjadi dua hari dan tahun seterusnya pesta konvokesyen UTeM akan pupus. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Tiga acara penyelamat untuk student ialah War of the Band, UTeM Convothon dan 3x3 Street Challenge, tapi masih tidak boleh mengalahkan acara yang dikhaskan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah.

AddThis Social Bookmark Button

10 comments

Post a Comment