MLM: Situ, sana, sini.....  

Salam...

Aku tak ingat secara pasti, dah bape org membe yang ajak aku utk terjebak dalam bisnes yang aku xgelarkan sebagai bisnes.. sejak dari awal aku kat matrik sampai aku dah masuk u, MLM masih menghantui aku dan membe2 aku.. ada yg terjebak, ada yg tidak..

Aku ingat lagi masa mule2 aku didatangi oleh membe sekolah lama, dia mula2 dok sibuk tanya fasal duit elaun yg aku dapat masa kat matrik.. lepas dia mula la cocok line suruh aku melabur rm2000 join dia dalam what they used to call as ‘bisnes’. Lepas dia duk abes pulun aku dengan ceramah2 fasal MLM Luxor, aku pun cakap xberminat walaupun dia berhujahkan kekayaan yang melimpah ruah.. bagi aku nie keje giler..

Ada juga member yang call aku, tibe2 je nak ajak makan.. xpenah pun die ajak aku makan.. lepas 2 terus aku tanya dia, ‘ko nak ajak aku masuk sistem MLM ke?’ aku pun xingat apa nama MLM 2.. tapi dia mengiakan soalan aku, aku pun pulun la kat dia bagi tarbiah sikit.. terus xjadi nak ajak aku.. hahahhaa..

Masa aku tgh makan kat kedai makan tom yam, tiba2 ada membe aku datang ajak duduk kat satu meja yang agak ramai org kat sekelilingnya.. aku padahal time 2 nak balik hostel, tapi tibe2 pula aku terpaksa mendengar ceramah oleh seorg ‘ustaz’ yang segak bergaya berbicara tentang hadis namun memakai gelang dan rantai yang berkelipan.. aku ingatkan artis mana.. namun walau sehebat mana hujah dia, aku masih bo layan..

Walaupun ada kisah yang lain, namun cukup setakat ini untuk aku membuktikan betapa kritikalnya sistem MLM ini dengan masyarakat Islam... terbaru, ada satu sistem MLM iaitu IRC2U ( www.irc2u.com ) yang mana ramai dari kalangan member aku yang join, maka aku coretkan sedikit hasil pembacaan aku dan pemahaman aku agar semua dapat manfaatnya..

Apa yang ingin aku kongsikan bukan bermaksud nak melemahkan semangat sesiapa atau nak menjatuhkan mana2 sistem MLM, anggaplah ia sebagai satu perkongsian yang mungkin membantu


SISTEM MLM DALAM IRC

Pengenalan:


Island Red Café (IRC) merupakan sebuah francais yang berkonsepkan Multilevel Marketing yang seperti mana kita ketahui ia mirip kepada sistem francais KFC dan juga McD. Namun yang berbeza, ia mengamalkan sistem MLM bagi mempromosikan francais ini. Restoran ini mensasarkan pembukaan francaisnya yang ke-100 dalam tahun ini. Restoran ini juga menyediakan makanan yang berkonsepkan western food and juga local. Sijil halal penjualan makanannya telah diiktiraf oleh badan yang bertanggungjawab.

Sistem MLM:

Difahamkan, IRC ini baru 4 bulan menjalankan operasi sistem MLM iaitu memperkenalkan upline dan downline atau apa-apa juga istilah yang masih mengekalkan maksud yang sama. Pada asalnya, mereka mendakwa pencarian downline adalah seperti promoter untuk mempromosikan IRC dan produknya. Untuk permulaan setiap ahli, mereka perlu membayar rm360 yang mana rm300 boleh digunakan sebagai voucer makan di IRC dan selebihnya sebagai yuran keahlian.

Contoh promosi yang dilakukan:

  • Bila anda daftar 1 star Rm360, anda akan dapat voucher makan di cafe IRC sebanyak RM 300. Rm60 untuk daftar.

  • Modal anda tidak rugi, sbb Rm300 di ganti dengan voucher makan di IRC cafe dan jika anda byr cash anda dpt 15% diskaun sbgi ahli IRC

  • anda juga boleh menjana pendapatan dengan memperkenalkan bisnes ini kepada dua orang kawan, dan kawan anda perlu kenalkan kepada dua orang kawan lain. Begitulah seterusnye. dan anda buleh mencapai pendapatan rm20k sebulan

  • anda akan dapat bonus penajaan, harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

  • anda x perlu risau, sebab bisnes ni berjalan dengan cepat kerana die gune unik market, maknenye anda belanja kawan makan anda dpt duit. Dan ini merupakan key killer menyebabkan rmi join bisnes ini. Bisnes mudah, ajak dan belanja kawan makan, dan join.

  • jika anda daftar sekarang,anda akan mendapat income yang begitu besar disebabkan target IRC utk buka 100 outlets (franchais) di serata Malaysia pada tahun ini.

Penjanaan pendapat melalui komisen adalah dengan mencari ahli baru dengan syarat mesti ber’pair’ ataupun 2 org setiap downline. Maklumat lanjut adalah seperti gambar rajah di bawah:

Kemuskilan Dalam Sistem MLM IRC:

  1. Pengambilan wang oleh pihak IRC adakah berlesen (bukan lesen perniagaan francais) dan dibenarkan oleh Bank Negara?

Mengikut Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana orang yang tidak mempunyai lesen daripada menerima, mengambil atau setuju menerima deposit, manakala Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana orang daripada terlibat atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat melakukan kegiatan pengubahan wang haram. (ruj: Bank Negara Malaysia, 13/10/2008) Pihak IRC gagal untuk menunjukan sebarang lesen yang terlibat dan hanya berhujahkan jikalau jika operasi francais IRC dibenarkan kerajaan, maka ia seolah-olah lesen yang menghalalkan urusan mengambilan duit orang awam. Ini dua isu yang berbeza iaitu lesen perniagaan dan lesen pengambilan duit/deposit.

  1. Pengambilan komisen dalam sistem Piramid?

Perkara paling asas dalam sistem piramid adalah ia berjaringan yang mana orang yang berada di tempat paling atas (upline) hanya perlu berusaha pada awalnya sahaja, kemudian membiarkan orang bawahannya melakukan urusan pencarian downline baru. Namun, upline masih menerima komisen atas usaha orang bawahannya. Menurut Ustaz Zaharuddin (Pakar Fiqh Muamalat):

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam. “ (ruj: Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM,Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

  1. Menjual produk atau sistem?

Pada permulaan ia kelihatan ingin mempromosikan produk makanan di dalam francais IRC, namun lama-kelamaan ia kelihatan sedang berusaha lebih merekruit ahli bawahan untuk mendapatkan komisen bagi setiap ahli baru yang masuk. Tujuan asal seperti yang digembar gemburkan ketika awalnya telah hilang. Fokus utama lebih diberi kepada usaha ini, matlamat awal ‘perniagaan’ telah hilang.

  1. Dua aqad jenis jual beli dalam satu?

Ketika awal pendaftaran, ahli diminta membayar rm360 untuk mendapat voucer rm300 makan di IRC francais dan rm60 sebagai yuran keahlian. Menurut Ustaz Zaharuddin:

Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas. (ruj: Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM,Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

  1. Mana panel syariah?

Soalan ini telah ditanyakan pada mereka yang terbabit, namun gagal untuk memberikan jawapan yang meyakinkan. Hanya berhujahkan nama-nama ustaz yang belum tentu benar dari sudut cerita dan taraf keilmuaan yang melibatkan diri dalam sistem MLM IRC ini. Melibatkan diri dalam satu jenis perniagaan yang penuh dengan unsur ragu-ragu ini memerlukan seseorang yang berkelayakan untuk dilantik menjadi panel syariah bagi memantau setiap aktiviti dan perjalanan urus niaga yang dilakukan agar bertepatan dengan hukum syarak.

Terdapat beberapa perkara yang masih boleh diragukan, namun cukuplah setakat persoalan di atas untuk dinilaikan semula mengenai sistem MLM IRC ini.


Perkara tipikal dalam setiap sistem MLM:

  1. Sering kali mendakwa mereka hanya menjual produk. Namun pada asasnya mereka menjual sistem piramid yang mana mendapat keuntungan dari setiap downline baru yang masuk. Alasan menjual produk adalah alasan sampingan, walhal mereka tidak menjadi sebahagian daripada sistem dalam nature bisnes. Contohnya, komisen yang dijana tidak berdasarkan jualan produk makanan dari francais IRC, hanya bergantung pada sistem merekruit ahli-ahli baru.

  2. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis dengan bertujuan menarik minat orang lain. Pentafsiran secara jahil dan berkepentingan peribadi amatlah berbahaya.

  3. Kebanyakan pengasas sistem MLM ini adalah bukan islam, dan hanya segelintir daripadanya adalah orang islam. Namun yang pasti, majoriti ahli yang bersusah payah mencari ahli baru adalah Melayu muslim.

  4. Menafikan sistem MLM yang diguna pakai sama dengan sistem MLM syarikat lain. Namun apabila sudah diberikan hujah dan contoh persamaan, maka mereka beralasan pula bahawa kita tidak memahami apa itu sistem MLM.

  5. Sering kali menggunakan nama-nama ustaz-ustaz atau pensyarah universiti sebagai tanda halal sistem ini dari sudut syariah dan juga keintelektualannya. Menjual nama-nama mereka yang belum tentu benar sebagai pelaris cerita bagi meletakkan penanda aras tahap berprestijnya sistem MLM yang mereka jual.


Fatwa-Fatwa Tentang Sistem MLM:

  1. JAKIM

  2. Majlis Fatwa Indonesia

Link bermanfaat:

1. Bahasa Indon

2. HarakahDaily

Kesimpulan:

Halal atau haram sistem MLM IRC ini bukan di atas kelayakkan penulis, namun sekadar berkongsi beberapa persoalan yang perlu difikirkan agar kita mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada pada setiap aliran kewangan yang keluar dan masuk ke dalam poket kita. Bukankah lebih baik kita meninggalkan perkara yang diragukan?

Oleh: ajim

http://www.ajimtajdid.blogspot.com


  • Aku harap, xda membe yang kecik hati or makan hati.. i’m just writting the fact..

Nota kaki:

Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman merupakan seorang pakar di dalam bidang kewangan islam dengan pengalaman bekerja sebagai Penasihat Syariah dibeberapa institusi kewangan. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di UIA dan sedang melanjutkan pelajaran (phd) di United Kingdom serta dijangka tamat pada tahun 2012.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SATU MALAYSIA: Satu Analisa  


Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, pemimpin negara masih lagi berjuang memperkenalkan pelbagai slogan dan kaedah bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang bermotokan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Umun sedia maklum, konsep ini diperkenalkan bagi mewujudkan satu uniti baru dikalangan masyarakat majmuk di bawah satu nama, Satu Malaysia. Sinisnya, tatkala konsep ini sedang sibuk dipromosikan oleh media perdana, kedengaran sumbang suara manyamakan konsep ini dengan ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh parti Democratic Action Party (DAP). Namun omongan kosong ini mudah ditangkis, parti United Malays National Organization (UMNO) mana mungkin menggadaikan sifat ultra-Melayunya dalam soal kepimpinan negara. Sifat ini paling menebal dan hanya sekuat mampu dilonggarkan, itu pun akan mendapat tentangan hebat dari golongan konservatif dalam parti itu. 
 
Antara kegagalan utama kerajaan Barisan Nasional dan mungkin kerajaan hampir diseluruh dunia adalah memecahkan blok-blok pemikiran berlandaskan perkauman dikalangan rakyat dan pemimpin politik. Negara yang mendakwa dirinya sebagai paling bertamadun juga masih gagal memecahkan blok perkauman, buktinya masih berlaku sikap prejudis dan penindasan ke atas warganya yang berkulit hitam. Kemenangan Mubarrak Hussein Obama? Itu kenyataan yang masih boleh dipertikaikan jika dinilai dari sudut pilihan, keterampilan, dan strategik politik ketika pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung. Memikirkan penyelesaian kepada isu ini dalam konteks negara Malaysia, Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-6 kelihatan begitu optimistik dalam memperkatakan tentang konsep ‘Satu Malaysia’. Konsep ini pada pengamatan awal diharap sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jurang jika pun gagal memecahkan blok-blok pemikiran yang berlandasan perkauman. Namun, kepimpinan baru ini perlu berani tampil dengan idea-idea baru walaupun ia mungkin akan mencantas imej lapok mereka sebagai pejuang satu ‘bangsa’. 
 
Antara perkara awal yang wajar dilakukan untuk merealisasikan konsep ini adalah kembali di’tajdid’kan media rasmi milik kerajaan. Media ini tidak hanya berkisar media milik UMNO seperti Utusan atau Radio Televisyen Malaysia (RTM), tetapi juga media-media di bawah penguasaan parti-parti politik yang lain. Apa yang perlu ditajdidkan adalah kaedah penyampaian, interpretasi berita, fokus utama berita, dan ketelusan maklumat. Masalah utama media milik parti-parti politik adalah terlalu membicarakan segala isu dalam kukun bangsa yang diwakilinya seperti survival bangsa, betapa bangsanya terancam, bangsanya yang ditindas, bangsanya dilayan seperti kelas ke-2, bangsanya yang dipinggirkan, dan sebagainya. Masalah ini tidak hanya berlaku pada media milik UMNO seperti Utusan Melayu, ia juga berlaku pada media milik parti Malaysian Chinnese Association (MCA) dan lain-lain parti politik. Imej lapok dan konservatif ini perlu kembali dicorakkan dengan imej baru yang mana media bercakap tentang survival masyarakat Malaysia tanpa perlu memfokus pada mana-mana bangsa atau kaum tertentu. Media juga perlu hadir sebagai wacana ilmu yang membicarakan isu kemiskinan, ekonomi, budaya dan sosial merentasi sempadan bangsa.
Melayu, Cina dan India adalah berbeza, mana mungkin boleh duduk pada kerusi yang sama? Silapnya media selama ini adalah apabila terlalu memperbesarkan isu berbezaan namun kurang menekankan persamaan yang dikongsi bersama. Sering kali yang menjadi tajuk utama media adalah betapa putihnya bangsa kita, dan betapa hitamnya bangsa lain. Kita terlalu menekankan betapa sucinya adat dan budaya kita, sehingga kadangkala menimbulkan perasaan bahawa Malaysia ini hanya wajar dilihat pada satu identiti bangsa sahaja. Media sewajarnya meraikan persamaan yang dikongsi setiap insan tanpa mengira bangsa atau agama. Setiap insan berkongsi banyak persamaan tanpa perlu diketahui bangsanya, agamanya, atau ideologi politiknya. Betapa insan ini berkongsi sifat mencintai keamanan, memusuhi kezaliman, berbelas kasihan, tolong-menolong, saling menghormati, dan pelbagai lagi persamaan yang sewajarnya diraikan bersama. Jika yang ditonjokan itu betapa kita dan yang lain itu berbeza, maka sukar untuk kita bertemu persamaan hatta pada satu titik.
Jika media boleh dilakukan perubahan atas kapasiti empunya milik, namun cabaran terbesar dalam memecahkan blok-blok pemikiran perkauman ini adalah mengubah cara fikir masyarakat Malaysia. Tajdid fikir ini memerlukan kempen yang hebat dan juga berteruskan agar pemikiran masyarakat Malaysia sentiasa bersedia melakukan sebarang perubahan dan anjakan paradigma. Perubahan ini melalui 3 fasa utama iaitu cara melihat sesuatu isu, cara berfikir, dan tindakan. Bermula dengan fasa pertama iaitu cara melihat sesuatu isu, ia lebih kepada satu bentuk andaian awal terhadap sesuatu. Berbicara dalam konteks hubungan antara kaum, setiap anggota masyarakat harus mempunyai sifat bersangka baik dan tidak prejudis terhadap mereka yang tidak sebangsa. Realiti masa kini, hubungan kaum di Malaysia tampak baik, namun itu hanya saduran kerana persepsi negatif dan sikap prejudis pada bangsa lain masih dominan menguasai masyarakat di Malaysia. Fasa kedua pula terarah kepada cara kita berfikir dalam menilai sesuatu isu atau permasalahan. Cara fikir lama yang beku seperti berfikir hanya pada kepentingan bangsa sendiri harus segera diluputkan, ia harus berfikir mewakili masyarakat Malaysia secara keseluruhannya tanpa perlu dibatasi pada mana-mana sempanan bangsa. Cara fikir ini selari dengan fikrah Islam yang menyeru umatnya berlaku adil hatta pada masyarakat bukan Islam. Fasa ketiga dan yang terakhir iaitu tindakan yang mencerminkan hasil fasa-fasa tajdid fikir sebelumnya. Kejayaan fasa-fasa sebelumnya akan dinilai pada kaedah dan pelaksanaan tindakan yang diambil. Penilaian itu boleh bersandarkan pada jawapan bagi soalan-soalan berikut, Apakah masih ada bantuan hanya pada bangsa tertentu atas kapasiti bumiputera tanpa mengira kelayakkannya? Apakah masih wujud sikap hanya membantu rakan peniaga yang secerah warna kulitnya? Apakah masih berlaku tuntutan-tuntutan luar biasa atas alasan dirinya tertindas? 
 
Kesemua hal yang direncanakan ini adalah satu usaha ke arah membina masyarakat Malaysia yang berteraskan konsep ‘Satu Malaysia’. Segala usaha yang menyeru ke arah pembaikan sistem sosial dan masyarakat seharusnya disambut baik oleh semua pihak tanpa perlu dipandang sinis. Ini kerana jatuh dan bangunnya negara ini, semua dari kita bertanggungjawab ke atasnya. Jika Malaysia itu ingin dimetaforakan sebagai bangunan, maka pemimpin adalah arkitek dan rakyat adalah pembinanya. Apa guna jika kita miliki pelan terbaik jika kita gagal membinanya.

Oleh: ajim




Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pelancaran Proton Exora  

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

aKhIRNya  

Akhirnya TAMAT juga Latihan Industri Aku & student2 Utem Lain lepas 5 Bln Di Luar..
Fuh, LegA rAsa..sElamat meNjawab exAm bUAT Yg tGh exam.. good luCk..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button