Pre-Order Herbalife's Product Are Open Now!  

Bismillahhirrahmannirrahim



Ini kali pertama aku tulis kat YUBIYU
Cuak jgk sebenarnya
Maklumlah,bukan dewa sangat dalam berblogging ni
Lepas tu,nak tulis entry pasal bisnes aku pulak tu
Takut jugak kene lucut jawatan sebagai author YUBIYU
hahaa!

Orite girls & boys, straight to the point
Sebenarnya aku nak bukak order untuk barang herbalife
Which means,no postage required
Aku sendiri yang deliver barang tu kat korang
& aku sendiri yang akan jadi coach korang

Kenapa ye Herbalife ni kene ada coach?
Itu la kelebihan Herbalife
Bukan macam produk lain
Lepas beli barang,anda semua akan disediakan PERSONAL WELLNESS COACH
Kenapa ada coach?
Sebab coach ni la yang bertanggungjawab memastikan anda dapat result yang anda nak

So,kepada semua pelajar UTeM
Ini tawaran khas untuk anda semua
Aku bukak pre-order untuk produk Herbalife

I want to help of you to become more healthier
Siapa yang ada masalah-masalah seperti :
  1. Nak turunkan berat badan
  2. Nak naikkan berat badan
  3. Nak maintainkan berat badan
  4. Improve masalah kesihatan
  5. Nak buat bisnes part time & extra income
Untuk maklumat lanjut, FREE CONSULTATION 
Boleh PM aku kt FB
Atau mesej direct kat handphone 019-458 1698

Boleh tengok semua rangkaian produk Herbalife kat album
It's All About Herbalife Nutritions

Barang akan aku deliver selepas cuti sem
Be quick to place your order since price will increase by 2.5% effectively from 18th April

"HEALTH IS WEALTH"

GRAB YOUR CHANCE NOW!

*p/s : nak remove aku sebagai author lepas ni pun,xpelah.redha & pasrah,hee!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Perkhidmatan tren SCS My Komuter untuk rakyat  



Oleh @Ikhwanhafiz


Pada tanggal 8 Mac 2012, bermulalah perkhidmatan Tren Enam Gerabak (Six Car Set/SCS) atau dikenali juga sebagai MyKomuter. Walaupun hanya baru empat set SCS beroperasi, diharapkan MyKomuter ini dapat membawa sinar harapan baru kepada warga Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang mahukan perkhidmatan pengangkutan  rel yang selesa dan menepati masa. Pelancaran tren enam gerabak tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri di KL Sentral.

Sudah lama pengguna komuter ‘menderita’ dengan komuter tiga koc yang sering padat dengan manusia, isu kelewatan dan pembatalan tren (tidak mengikut jadual) dan tempoh menunggu yang terlalu lama sehingga 1 jam. Hal ini disebabkan KTMB kekurangan set tren Komuter  yang  sudah mati akibat ketiadaan alat ganti dan pelbagai masalah lain seperti kemalangan. Walaupun 1 set ETS dipinjamkan kepada komuter terutama di waktu puncak, ia tidak banyak membantu pengguna Komuter yang kian ramai saban hari.

Sejarah

Jika kita imbas kembali sejarah perkhidmatan keretapi elektrik KTM, ia bermula pada pada 1994/1995 apabila kerajaan Malaysia membeli 18 unit set daripada syarikat Jenbacher Transport dari Austria/Hungry.

Kemudian ia diikuti pada tahun 1996/1997, kerajaan membeli set Komuter lagi daripada syarikat Marubeni/Hyundai Corporation, Korea Selatan dan syarikat Union& Carriage dari Afrika Selatan. Kesemua set EMU (Electric Multiple Unit) ini beroperasi di laluan Rawang-Seremban dan Pelabuhan Klang –Batu Caves.

Pada Disember 2009, KTMB menerima Electric Train Set (ETS) Kelas 91 keluaran Hyundai-Rotem Corporation dari Korea Selatan. ETS yang mampu bergerak pada kepantasan 160km/jam beroperasi bagi laluan Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh. 



Set SCS My Komuter

Kini, secara berperingkat sehingga Jun ini, pengguna komuter bakal menikmati perkhidmatan yang lebih cekap melalui SCS yang mampu membawa sehingga 1,100 pengguna bagi perjalanan sehala berbanding 400 orang sekarang. Secara keseluruhan, KTMB akan memiliki 38 set Tren SCS bernilai RM1.894 bilion. KTMB sudah menerima 16 set dan baki 22 set lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga Jun ini. Perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam bandar.

Dengan kehadiran SCS, buatan Syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Company (ZELC) dari China itu, KTMB merancang melaksanakan jadual ketibaan setiap 10 minit pada waktu puncak apabila semua set Tren SCS digunakan. Ketika ini waktu menunggu 30 minit kecuali pada waktu puncak pada sebelah pagi dan petang. Kadang-kadang waktu menunggu boleh mencecah sehingga satu jam atau lebih apabila berlaku kelewatan dan pembatalan tren.

Terdapat beberapa ciri istimewa dalam SCS seperti ruang tempat duduk dan berdiri yang lebih ergonomik, tiga baris ruang pemegang untuk pengguna berdiri serta ruang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) yang lebih luas dan selesa. Terdapat juga tiga unit kamera litar tertutup pada setiap koc, tangga kecemasan serta sistem pengudaraan yang lebih baik. 


Vandalisme

Namun, tidak sampai seminggu perkhidmatan My Komuter ini dilancarkan, sudah terdapat  kes vandalisme dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab terhadap set tren SCS. Laporan di laman Facebook KTM Berhad telah memaparkan gambar passenger window glass dan door window glass pecah dek dibaling batu oleh kanak-kanak di tepi landasan.Selain itu, dinding plastic pemadam api di dalam tren turut dipecahkan. 


Kes baling batu ke arah window glass tersebut cukup membahayakan penumpang di dalam dan nasib baik cermin tersebut adalah 2 lapisan. Mengikut laporan oleh pemandu tren, laluan ke Pelaburan Klang merupakan kawasan panas berlakunya kejadian baling batu  ke arah tren Komuter yang dilakukan oleh murid sekolah terutama di Padang Jawa dan Bukit Badak. Mereka ini merasa puas apabila membaling batu dengan tepat ke arah cermin tempat duduk pemandu dan cermin penumpang.

Walapun terdapat tangkapan dilakukan oleh pihak polis yang melakukan rondaan, namun ia seakan menjadi rutin harian oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ibu bapa dan guru boleh memainkan peranan sebagai pendidik supaya anak-anak ini tidak melakukan kejadian vandalisme ini yang membahayakan nyawa orang awam dan tren ini. 

Tahukah anda satu set tren SCS ini berharga hampir RM49 juta? Jika set tren ini rosak atau berlaku kemalangan dek kerana kes vandalisme ini? Siapa yang rugi? Jawapannya ialah rakyat kerana itu duit rakyat dan rakyat yang "menderita" tidak mendapat kemudahan pengangkutan awam yang selesa dan menepati masa.

Diharapkan My Komuter menjadi pilihan pengguna untuk  pengangkutan masa depan dan marilah kita menjaga kemudahan pengangkutan ini dengan baik untuk kesejahteraan bersama.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Gud Luck  

PSM presentation... Study Week.... Final Exam..Gud Luck all..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Student FKEKK sem 1&2  

Assalamualaikum & salam sejahtera,

maaf sekiranya mengganggu, sy student master yang develop prototype mobile application bagi subject instrumentation di utem. saya nak minta kerjasama dari student FKEKK sem 1&2 khasnya yang enroll untuk subject electronic instrumentation, kalau boleh share dengan saya scheme of work dan tutorial untuk chapter 1 (introduction to instrumentation) dan chapter 2 (AC and DC meter) ke email sy d.nasura@gmail.com . ini bertujuan untuk menyediakan assessment level dan criteria bagi kedua chapter. harap ada yg sudi bantu.

terima kasih atas kerjasama =)
 




Read More...
AddThis Social Bookmark Button

GERHANA BULAN versi Kazekage Gaara  

 post kali ini, saya ingin memaparkan gambar gerhana bulan penuh versi kawan saya iaitu Kazekage Gaara.


" 2 jam aku duduk bersila atas tar, beralaskan surat kabau  [ D80 + 70 - 300mm = PINJAM ]"







 

Pemilik gambar berurutan gerhana bulan penuh


Amacam.cantik x? Bagus kan kawan saya Gaara ni..pandai beliau merakamkan gambar dengan cantik.
Buat gadis-gadis yang ingin berkenalan dengan beliau yang single lagi available ni sila lah click ke facebook beliau ye

Read More...
AddThis Social Bookmark Button