Showing posts with label Pendedahan. Show all posts
Showing posts with label Pendedahan. Show all posts

PTPTN  



Aku dengar PTPTN masuk 27/1/2010. Ada sesiapa yang boleh verify berita ni?

PENGUMUMAN:

PTPTN Update!! Sila baca dengan TELITI SAMPAI HABIS...Sy dh hntr surat pd NC pagi ini, malangnya NC sdg brcuti. Walaubgaimanapun, sy dh brbncg dgn Prof Zol (Dekan HEPA), Dato' Md Nor (TNCA) dan Pgwai Unit Kebajikan..hsil prbncgn.. Utk mohon suntikan pdhuluan khas rm500 ke dlm akaun pljr yg melibatkan jutaan ringgit, Jawatankuasa Kewangan prgkt unvsti prlu brsidang..dan ini akan memakan masa yg lama krna prlu melalui prosedur yg ketat yg tlh ditetapkn oleh Audit Negara.

Kptusnnya, Pljr2 yg mmrlukn wang bolhlah memohon Pinjaman Jangka Pendek (PJP) secara online di portal SMP...walaubagaimanapun, prosedur telah diringankan..hsil rundign, pljr2 thun akhir yg aslnya tidak lyk memohon PJP dibenarkn memohon dgn mngemukakan surat prjanjian byrn.. Bagi mmprcepatkn prmohonn, kaedh intrview telah diringkskn dan akan dijlnkn scpt mgkin..pljr akn dipggil intrview 1 atau 2 hari slps memohon..pihak HEPA sdg brbncg dgn bndhri utk mmbatalkn prosedur interview ini jika tidak melanggar tatacara yg tlh ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU)..hasil prbncgn akn dimklumkn kmudian..

bagi proses bank-in ke akaun pljr, sy tlh mghbungi Timbalan Bendahari dan brbncg mngenai prkara ini dan beliau brjnji akan memasukkan duit yg dimohon dlm masa 2 hari bkrja SELEPAS KELULUSAN DEKAN HEPA...Dekan HEPA juga telah mmberi jaminan,beliau tidak ada masalah utk meluluskn mana2 pljr yg memohon..

Pmotongan dari akaun PTPTN akan dibuat pada semester hadapan..so, untuk mengelak brlaku masalah "xckup duit" pd semster hadapan, pljr2 yg memohon PJP dinasihatkan supaya mmbayar terus ke Pejabat Bendahari stlh PTPTN mengkreditkan wang pada semester ini..so, tiada pemotongan pada semster hadapan..

Seperkara berkaitan, memandangkan isu ini sangat kritikal, Dekan HEPA hari ini akn berjumpa dgn Pengarah PTPTN di Kuala Lumpur utk brbncg mengenai isu ini..tiada kata putus setakat ini..jika ada kptusan sy akan mklumkn kmudian.. Apa2 pun, NC belum baca surat saya..jika beliau mmbri kptusn yg brbeza, sy akn mklumkn juga kmudian..

Diharap para pljr brpuashati dgn kptusn ini..inilah kputusn terbaik yg dpt dibuat..

BOLEH MULA MEMOHON PJP MULAI SEKARANG!! Mohon secepat mungkin untuk dapat lebih cepat! Maklumkan pada rakan2 yang lain.. Notis Rasmi akan dikeluarkan hari ini oleh Unit kebajikan, HEPA.


Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD THORIQ BIN MOHAMAD ZAID
Timbalan Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar, UTeM

4 Januari 2009

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SIDANG MEDIA DR ASRI MENYANGKAL TUDUHAN PGSM  

Mari luangkan sedikit masa memahami isu ini. Moga anda tidak tersalah faham pada fitnah-fitnah yang melanda.


Penjelasan 1


Penjelasan 2



Penjelasan 3

Rentetan daripada isu ini dan pelbagai, berlaku pula siri penahanan Dr Asri selepas selesai menyampaikan satu ceramah di Taman Sri Ukay atas alasan berceramah tanpa tauliah. Apakah hal ini suatu yang wajar terjadi pada bekas Mufti?

sila rujuk link ini: Utusan

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook  

kuiz

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).


Ustaz Abu Umair, (link)

Madinah, KSA.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PTPTN: Sudah islamik?  

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ptptnpic.jpg

Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.

Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.

Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.

Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.

UJRAH

Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.

Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?

Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.

YANG BERBEZA

Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :

Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik

Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-

Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)

= RM 2,100

Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100

Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.

APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA

Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.

Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.

Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.

Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.

Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.

Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-

Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100

Average Asset During The Year

Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :

Average asset = A1 + A2

2

Nota Keterangan

A 1 : Total asset at beginning of the period

A 2 : Total Asset at the end of the period

Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.

KESIMPULAN

Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Sha'ban 1430 H

08 Ogos 2009







[1] Ahmad, A. (1993) Contemporary Practices of Islamic Financing Techniques. Islamic Research and Training Institute, Jeddah, Saudi Arabia

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

UTeM diserang misteri??  

Masa aku tengah li kat rawang, aku diberitahu oleh membe aku yang ada kisah2 misteri yg dah berlaku kat Kampus Induk UTeM DT.. dgr cite ade 2 org staff UTeM yang meninggal dunia d'sebabkan benda nie.. aku pun la.. la.. jela, xda nak percaya sgt.. tapi bila aku masuk dalam forum fs utem, aku tgk ramai gak student utem yg tau benda yg sama.. tapi ade byk versi la, mana punya perawi da.. tsiqah ke idak xtau le..

baru2 nie gak, iaitu masa seminggu awal sebelum masuk u.. aku dah balik utem, kononnya nak pegi chop tajuk PSM awal la.. aku pun g la kat bangunan tumpangan FKM kat fakulti FTMK.. bangunan 2 baru siap.. tapi masih ada last2 minit touching oleh indon2 yg keje wat bangunan 2.. tapi apa yg menarik perhatian aku, ada banyak tampal kertas2 pelik kat bilik lect kat bangunan 2.. buleh dikatakan setiap bilik lect ada tampal kertas 2.. kat kertas 2 ada nulis byk ayat bassmalah.. pas2 ada tulis arahan n siap ada sign seseorg yg tinggi kedudukan dia kat dlm utem.. aku pun agak terkulat2 tgk benda nie.. korg yg nak tau kertas 2 leh klik kat gambar bawah nie, saksikan sendiri..

aku sebenarnya tertanya2 apa hukum wat benda nie.. dose ke.. buleh ke.. tapi pada andaian awal aku, aku xsetuju la dgn benda2 nie.. lawak pun ada kalo dipk2kan secara logik.. namun untuk mendapatkan kepastian yg lebih, aku dah ajukan soklan nie pada org2 yg tinggi ilmunya dlm bidang agama.. jawapan beliau buleh dibaca kat bawah nie...

SOALAN:

salam ustaz..

saya ada kemuskilan.. di sebuah fakulti di universiti saya ada tertampal dengan banyak kertas2 yang tertulis sesuatu diatasnya.. dipercayai tujuan kertas itu ditampal utk menghindari gangguan mahluk halus @ jin kerana terdapat dakwaan berlakunya gangguan di kawasan tersebut.. diatas kertas itu tertulis ayat bismillah dgn byk dan tertulis juga satu arahan menyuruh penghuni asal keluar kerana tempat itu akan diduduki..

1. apakah kertas itu boleh dianggap sebagai tangkal?

2. apakah hukumnya menurut islam? haram @ dibenarkan sebagai salah satu kaedah menghalau mahluk halus?

sekian, wassalam..

JAWAPAN:

Pertamanya: Saya merasa lucu dengan perbuatan tersebut. Terbayang ia bagaikan filem pontianak atau hantu di raja China dari Hong Kong. Barangkali orang yang melakukannya terpengaruh dek terlampau banyak menyaksikan filem-filem sebegitu.

Kedua: Jika kertas-kertas itu tujuannya sebagai pemberitahuan kepada jin-jin yang ada di situ, maka ia adalah kerja sia-sia kerana tidak dapat dipastikan samada mereka dapat membaca dan memahaminya. Siapakah ang dapat memastikan jin-jin itu boleh membaca, memahami seterusnya mengikut arahan dalam kertas makluman itu?

Ketiga: Satu lagi kemungkinan ialah kertas-kertas itu adalah sejenis tangkal. Jika ia adalah tangkal maka amaran dan ancaman terhadap perbuatan menggantung tangkal adalah sangat berat. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW:
مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Maksudnya: Barangsiapa menggantung tangkal, maka dia telah syirik.
(HR Ahmad dan al-Hakim dengan sanad yang kuat dan disahihkan oleh al-Albani)

Oleh demikian, meninggalkan perbuatan berisiko tinggi seperti itu adalah sangat dituntut.

Wallahu a'lam,
Ustaz Rasyid bin Idris
Presiden Institut Al-Qayyim





oleh: ajim
http://www.ajimtajdid.blogspot.com

*maklumat lanjut tentang Institut Al-Qayyim boleh didapati di sini: link

Read More...
AddThis Social Bookmark Button