Kuiz Ramalan Nasib di Facebook  

kuiz

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).


Ustaz Abu Umair, (link)

Madinah, KSA.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Majlis Hari Raya 09  

salam lebaran dr kami...
Add Image
tapak konvo = berlangsungnya majlis sambutan hari raya aidilfitri 09
warna warni aidilfitri..
1 malaysia....hehehehe

wajah2 ceria pelajar UTeM..


Selamat Hari Raya semua..khusus kepada semua warga UTeM...semalam sy menterjebakkan diri dengan majlis sambutan hari raya UTeM yang bertempat di kampus durian tunggal, Wow sungguh meriah, yang lelakinya segak berbaju melayu bagai laksamana DO Re Me..hehehhe yang gadisnya ayu berbaju kurung bak siti sifir ngeh2x, dan deorg sume lebih hangat daripada biasa bak kata farah fauzan..:)..Sambutan hari raya kali ni agak meriah dan teratur, tak seperti tahun lepas makanan tak cukup, kena beratur panjang, last2 makanan tak de, nak carik air secawan pun susah, kena bersesak2.. hehhehe..penyertaan pelajar pun agak ramai baru lah meriah, suka tengok masa mereka bersalaman dan saling bermaaf maafan, lumrah seoarang manusia,..semoga majlis ini akan terus kekal dan meriah sepanjang tahun..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

 

PENDAFTARAN WAJIB MATA PELAJARAN SEMESTER II SESI 2009/2010

PEMBERITAHUAN

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
--------------------------------------------------------------------------------

PENDAFTARAN WAJIB MATA PELAJARAN SEMESTER II

SESI 2009/2010

PENDAFTARAN WAJIB MATA PELAJARAN SEMESTER II SESI 2009/2010 AKAN BERMULA DARI:



28 SEPTEMBER 2009

HINGGA

16 OKTOBER 2009.




SEHUBUNGAN ITU, SUKACITA DIINGATKAN KEPADA SEMUA PELAJAR AGAR DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN BAGI MENGELAKKAN DIKENAKAN TINDAKAN DENDA LEWAT MENDAFTAR MATA PELAJARAN.


SEKIAN.



Saya yang menurut perintah,


Noor Asyikin Sulaiman
Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik

b/p Pendaftar
Date of this item added :
2009-09-29

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT HARI RAYA SEMUA (^_^)Y  


Get More Best Graphics Aidilfitri Comments at Myfwenster

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Kenali Potensi Diri  

Aku menulis ni bukan main hentam2 ye.. aku tulis ni daripada pengalaman dalam kursus Public Speaking dengan salah sebuah Recruitment Company (kunun-kununnye dulu aku dapat keje sebagai guru ICT di sekolah rendah).. Dalam kursus tu aku dapatla sedikit ilmu untuk dikongsikan dengan pembaca blog aku nih.

Macam mana nak kenal personality atau sifat semulajadi diri kita? Untuk melihat siapa kita sebenar, lihatlah kembali zaman kanak – kanak. Zaman kanak – kanak adalah zaman paling menyeronokkan, kita tidak mempunyai rasa malu, segan, kekok dan tidak pandai menipu diri sendiri. Pada usia akil baligh, manusia mula mencari identiti diri dimana setiap manusia mula mempunyai rasa malu, dan mula menjaga penampilan diri kononnya supaya mudah didekati ramai dan sesuai dengan keadaan dan peredaran zaman. Pada usia awal akil baligh, kita mula mencipda identiti baru dalam diri dan berubah daripada seorang kanak-kanak dan menjadi seorang dewasa.Kita mula hidup dalam topeng dan berselindung di sebalik topeng tersebut untuk menyembunyikan personaliti asal kita. Lama – kelamaan, kita mula rasa selesa dengan identiti tersebut dan menganggap ia adalah personaliti sebenar kita.

Untuk mengenal sifat peribadi sendiri, anda perlu mempunyai kejujuran, kemahuan untuk mengenali diri sendiri. Kenapa kita perlu berbohong untuk menjadi indiviu lain? Tidakkah tuhan menjadikan setiap manusia penuh dengan kesempurnaan? terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kebijaksanaan masing – masing untuk menggunakan kesempurnaan tersebut sebaik mungkin. Aku kurang bersetuju dengan ayat yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang terutamanya Melayu yang berbunyi :

“Manusia semuanya tidak sempurna”

Padahal, dalam al-Quran sekalipun telah menyebut bahawa manusia dijadikan dengan penuh kesempurnaan, lebih sempurna berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakanNya.
Manusia selalunya berasa tidak cukup dengan apa yang ada. Bahkan, tidak pernah mensyukuri apa yang  telah diberikan. Tahukah anda, Anda diberikan akal yang waras, mahukah anda menjadi gila sekiranya digantikan dengan kekayaan dunia?Anda diberikan 2 mata untuk melihat alam ciptaan Tuhan, mahukah anda menggantikan sebelah mata anda dengan sebuah Ferrari? Anda diberikaan sepasang tangan, mahukah anda kudungkan tangan anda untuk mendapat Kekayaan dunia? Anda diberikan kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap serta lidah untuk merasa makanan – makanan yang enak.

Tidakkah anda sedar, semuanya itu adalah  tidak ternilai. Anda adalah seorang yang istimewa jika dibandingkan dengan mereka yang lain. Anda bangun pagi menyantap makanan-makanan yang enak, tempat tidur yang empuk, mempunyai rumah, pakaian dan kelengkapan asas yang cukup. Tidakkah anda sedar bahawa ada orang lain yang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi? Cuba ranungkan, dan ingatlah, sesungguhnya anda adalah seorang yang sangat sempurna!

Mengenali diri kita yang sebenar bukannya sesuatu yang susah, yang penting ada kemahuan dan kejujuran dalam diri sendiri. Jujurlah pada diri sendiri. Jadilah diri anda yang sebenar. Jika anda berasal dari kampung, katakanlah “aku budak kampung”, jika anda berasal daripada keluarga yang susah, katakanlah “aku bukan terdiri daripada golongan yang kurang berada”. Kenapa anda perlu berpura-pura sebagai orang kaya padahal anda adalah seorang yang serba kekurangan? Jadilah diri sendiri. Bercakap apa yang benar. Sesungguhnya bercakap benar adalah lebih mudah. Bercakap benar dengan diri sendiri dan bercakap benar dengan orang lain. Anda tidak perlu memikirkan “jalan cerita” intuk bercakap bohong.

Kenapa kita “terpaksa” menipu? Kadang kala, anda berasa anda terpaksa menipu. Cuba fikirkan semula, kenapa anda menipu? Untuk menidakkan apa yang benar? Sesungguhnya, jawapannya sangat mudah. Anda berbohong kerana takut berasa malu. Kenapa? Cuba carikan jawapan, kenapa anda perlu berasa takut kepada sesuatu yang belum terjadi? Sama juga seperti anda inginkan sesuatu perubahan. Anda boleh lakukannya tetapi anda berasa takut. Anda masih mahu berada di “comfort zone” dimana anda telah berada di sesuatu keadaan yang anda anggap selesa. Anda takut jika anda lakukan perubahan, sesuatu yang buruk akan berlaku. Kenapa perlu takut pada sesuatu yang belum terjadi?

Cerita Selanjutnya di www.utemlife.co.cc
by hack87

Read More...
AddThis Social Bookmark Button