Bakal Graduan UTeM
Assalamualaikum...
Kepada bakal graduan UTeM 2009, berikut merupakan info buat tatapan...
Info Majlis Konvokesyen UTeM 2009
- Tarikh 02 october 2009 : Rehearsal
- Tarikh 03 & 04 October 2009 : konvokesyen
- Tempat : Dewan UTeM, Kampus Durian Tunggal (korang yg first rasmi konvo sana :D)
SESI PERTAMA 3/10/2009 PAGI
- IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
- IJAZAH SARJANA SAINS DALAM KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
- IJAZAH SARJANA SAINS DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
- IJAZAH SARJANA PERTADBIRAN PERNIAGAAN ( PENGURUSAN OPERASI TERMAJU)
- IJAZAH SARJANA PERTADBIRAN PERNIAGAAN ( PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN INOVASI)
- IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
- REKA BENTUK DAN INOVASI – DENGAN KEPUJIAN
- STRUKTUR DAN GAHAN – DENGAN KEPUJIAN
- TERMAL BENDALIR – DENGAN KEPUJIAN
SESI KEDUA 3/10/2009 PETANG
- IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
- KAWALAN, INSTRUMENTASI DAN AUTOMASI – DENGAN KEPUJIAN
- ELEKTRONIK KUASA DAN PEMACU – DENGAN KEPUJIAN
- MEKATRONIK – DENGAN KEPUJIAN
- KUASA INDUSTRI – DENGAN KEPUJIAN
- KEJURUTERAAN KOMPUTER – DENGAN KEPUJIAN
- ELEKTRIK INDUSTRI – DENGAN KEPUJIAN
- ELEKTRONIK TELEKOMUNIKASI – DENGAN KEPUJIAN
SESI KETIGA 4/10/2009 PAGI
- IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PEMBUATAN
- ROBOTIK DAN AUTOMASI – DENGAN KEPUJIAN
- BAHAN KEJURUTERAAN – DENGAN KEPUJIAN
- PROSES PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
- REKABENTUK PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
- PENGURUSAN PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
- IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER
- RANGKAIAN KOMPUTER – DENGAN KEPUJIAN
- PENGURUSAN PANGKALAN DATA – DENGAN KEPUJIAN
- PEMBANGUNAN PERISIAN – DENGAN KEPUJIAN
- DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
- DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
- DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
- DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
- DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN
Sumber: http://www.konvo.com.my/utem/penerangan.html
Sekian,
Zulfadhli
http://shuttersyndrome.blogspot.com Read More...
Perhatian para Alumni UTeM yang dikasihi...
Assalamualaikum.. Persatuan Alumni UTeM akan mengadakan Bengkel Pengurusan Portal dan Majlis Berbuka Puasa AUTeM. Berikut merupakan info untuk tatapan para Alumni UTeM.
Host:
Persatuan Alumni UTeM (AUTeM)
Price:
PERCUMA untuk 80 Ahli berdaftar terawal berdaftar
Date:
Saturday, 05 September 2009
Time:
09:35 - 20:35
Location:
DEWAN DI MITC ANCASA HOTEL, MELAKA
Street:
MITC Ancasa Hotel Melaka, opposite to the Melaka International Trade Centre
Town/City:
Ayer Keroh, Malaysia
Phone:
062957707
Email:
info@autem.org.my
Bagi mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli, bolehlah berbuat demikian di http://www.autem.org.my/portal/
Sekian,
Zulfadhli
http://shuttersyndrome.blogspot.com Read More...
SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN 1430H/2009M
Agenda Program
8:00 –9:00 pagi Pendaftaran
9:00 –9:45 pagi Kesan Puasa Terhadap Pembentukan Peribadi Muslim
Ustaz Zaidi Muhammad Jalil
Timbalan Yang-Dipertua ISMA Melaka
Pengajar MRSM Alor Gajah
9:50 – 10:20 pagi Pembukaan & Perasmian Majlis
10:20-10:35 pagi Persembahan Nasyid
10.40-11.10pagi Minum Pagi
11:15-12:15 tghari Fiqh Ramadhan
Ust Ahmad Zainal Abidin,
Yang-Dipertua ISMA Melaka
Pensyarah, Universiti Multimedia Melaka
12:15-1.15 tghari Soal-jawab Isu Ramadhan
1:15-1.30 ptg Majlis Penutup
1.30 petang Solat Zuhur dan bersurai.
Posted in Pengumuman » 6 comments »
Remaja 22 Tahun Jual Blog Beliau Pada Harga USD$15,000,000
Kalau ada orang tanye apa faedahnye ber blog ni? inilah jawapan nye.. Ya, jangan terkejut remaja berusia 22 tahun (Sebaya dengan aku tu.hehe) yang bernama John Wu telah berjaya menjual blog peribadinya pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta), apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com.Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.Bankrate.com amat yakin bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.Ini merupakan sejarah penjualan blog termahal di dunia.Fuhyoo.. hebat kan??
PTPTN: Sudah islamik?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.
UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
= RM 2,100
Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100
Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset = A1 + A2
2
Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Sha'ban 1430 H
08 Ogos 2009
[1] Ahmad, A. (1993) Contemporary Practices of Islamic Financing Techniques. Islamic Research and Training Institute, Jeddah, Saudi Arabia
Read More...Posted in Pendedahan » 3 comments »
1 UTeM: Pelajar diutamakan, Staff dipentingkan?
Jika namanya klinik PELAJAR, kenapa perlu berada dibangunan kediaman staff?
Jika namanya klinik PELAJAR, kenapa perlu berada jauh dari kediaman pelajar?
Wahai MPP UTeM bijak bestari, kenapa perlu jadi begitu?
Penempatan doktor di kolej kediaman telah dibincangkan tetapi masalah tempat masih belum diselesaikan antara pihak kolej kediaman dan klinik. Kita sedang membuat permohonan pertambahan kakitangan untuk membuka beberapa lagi klinik yang bakal ditempatkan di kolej kediaman.
Namun begitu harapan tetap ada disana.. perancangan untuk kemudahan adalah mewujudkan talian kecemasan bagi pelajar menghubungi ambulan UTeM untuk kes-kes krtikal.
Rasanya tak perlu muskil kenapa di DT.. kerana disitulah UTeM. Sebenarnya saya pun rasa pelajar semakin kurang mengunjungi pejabat HEPA berbanding di kampus yang kita tumpang dulu.. Pusat Persatuan Pelajar pun hanya meriah bila ada latihan karate pada hari Rabu malam. Masalah jauh ini telah berkali-kali disuarakan termasuk kepada pihak kementerian sendiri.
Ada cadangan untuk membuka kembali kemudahan klinik panel yang berdekatan di kolej kediaman untuk kemudahan pelajar dan perkara ini masih ditahap perbincangan.Bagi pelajar di kolej kediaman, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran ke hospital pada bila-bila masa dengan menghubungi Pengetua atau Felo-felo yang dilantik.
Berkenaan jauh kat Hulu.. sapa cakap klinik dekat.. saja le tu.. nak bodek pengurusan universiti.. memang jauh.. huhuhu.. tapi disitulah tempat yang kosong sekarang ini. FKEKK pun dah arah untuk kosongkan One Stop Center.. nak buat makmal baru..
Takpe.. insya Allah semua akan dapat diselesaikan secepat mungkin.. Sama2 lah kita doakan.
Read More...
Posted in UTeM » 50 comments »