Pesta Konvo 2008  

Entri kali ini aku nak cerita tentang pesta konvo yang akan berlangsung 7hb hingga 9hb ogos ini dan ini pandangan aku tentang pesta untuk kali ini. Pasti semua warga UTeM sudah perasan antara aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung pada majlis itu sebab poster-poster dan banner sudah pun di naikkan.

Sekali pandang pada banner pesta konvo yang digantung aku terasa pesta konvo UTeM kali ini bukan untuk pelajar universiti, tapi lebih kepada pelajar tadika. Pesta konvo sesebuah universiti dengan pertandingan menari si cilik, pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak, bermain tanah liat, pertandingan bercerita kanak-kanak, pertendingan fesyen kanak-kanak. Inikah main event untuk pesta tahun ini?

Pertandingan kerusi berirama hanya layak untuk majlis hari jadi, atau pun paling kuat pun untuk majlis hari keluarga kilang tisu, bukan untuk pesta konvokesyen la!

Pesta konvokesyen UTeM yang ke-4. setiap tahun semakin hambar dan hambar. tahun 2007 berlangsung selama empat hari dan tahun ini berkurang kepada tiga hari. harap untuk tahun depan tidak berkurang menjadi dua hari dan tahun seterusnya pesta konvokesyen UTeM akan pupus. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Tiga acara penyelamat untuk student ialah War of the Band, UTeM Convothon dan 3x3 Street Challenge, tapi masih tidak boleh mengalahkan acara yang dikhaskan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

2nd Formula Varsity  

Pesta konvo kali ini membosankan? Bukan untuk pelajar universiti?
Saksikan pelajar UTeM berentap dengan pelajar IPT lain!
Berikan sokongan pada pasukan Racing Team UTeM!!
Click untuk besarkan


Senarai IPT yang terlibat:
1. UTeM
2. UPM
3. Universiti Nottingam (Kampus malaysia)
4. Politeknik Shah Alam
5. Politeknik Kota Bharu

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Program 72 Jam Bersama SPR UTeM 2008  



Program 72 Jam Bersama SPR UTeM ini merupakan program terulung dan yang pertama bagi SPR UTeM. Tujuan utama program ini dilakukan selama 72 jam adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan kepada warga UTeM tentang kewujudan Sekretariat Pencegahan Rasuah di UTeM.

Melalui program ini, SPR UTeM akan bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah Melaka untuk memberikan pendidikan tentang bahaya gejala rasuah di kalangan masyarakat terutamanya bagi graduan- graduan yang akan menempuhi alam pekerjaan.

Kemuncak bagi Program 72 Jam Bersama SPR UTeM ini adalah Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah UTeM. Selama hampir 7 bulan beroperasi, masih ramai lagi warga UTeM yang tidak mengenali peranan SPR di UTeM. Apatah lagi mengetahui tentang kewujudan SPR UTeM.

Program ini akan diadakan di :

Tempat : Kafetaria Kampus Industri UTeM
Tarikh : 28 – 30 Julai 2008

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini berjalan adalah seperti berikut:
Pertandingan Kata-kata Kreatif
Kempen Derma Darah
Ceramah Rasuah
Penulisan kata ‘Benci Rasuah’ di kain rentang
Tayangan Video
Pameran SPR UTeM
Slogan Kata
Kuiz
Cabutan Bertuah
Pendaftaran Ahli-ahli Baru

Semua dijemput hadir!

"Bersama Kita Hapuskan Rasuah!"

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

semester baru bermula  

assalamualaikum kpd semua,
pertama kali aku mintak maaf sebab dah lama tak posting dekat blog ni sebab tiada internet..
yela.. semester ni baru je naik..tapi yang terkejutnya bila dapat maklumat yang fkekk sekarang dah start mulakan permarkahan yang terbaru untuk semester ni..yang pasti sekarang ni semua pelajar kena belajar lebih sebab :

1) markah melalui peperiksaan 70%.
2) Markah untuk kerja kursus, Lab report, kerja berkumpulan cuma 30%.

Dengan kata lain, untuk score subjek semester ni memang payah sikit.Nak tak nak semester ni kenalah rajin belajar.. selamat berjayalah untuk semua pelajar khasnya fkekk dan umumnya Utem. tak taulah fakulti lain ikut skema permakahan yang sama tak?

p/s: minta maap kalau blog ni banyak kekurangan.. selamat datang gak di ucapkan kepada pelajar baru masuk..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button