Selamat Tahun Baru 2009  


Click here to get hot comments and graphics...







p/s: Selamat Menyambut Tahun 2009 buat semua di ucapkan buat semua pengunjung sekalian terutamanya pelajar2 Utem. Semoga Tahun ini mendapat lebih keberkatan & membawa seribu keuntungan. Sebagai tanda penghargaan, tinggalkan ucapan Tahun baru anda di ruang komen buat semua rakan2 anda.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Al-Fatihah  

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Baginda mangkat pada jam 11.45 pagi tadi di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan setelah mengadu sakit kepala dan ketidakselesaan pada jam 8.10 pagi tadi. Istiadat pengebumian jenazah akan diadakan pada hari Isnin selepas solat Asar kerana menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Lagi berita

Berita Harian Online
News Straits Time Online
Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bernama News
Bernama Versi Melayu
Kibar bendera separuh tiang mula hari Isnin

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

IJN akan diswastakan ,Siapa Untung ?  

oleh Amin Inskandar@ Black

 Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.

Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu


Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?

Posting Asal

Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Kata beliau,

“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?


Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Antara yang awal membantah adalah dari PAS melalui Ketua Penerangannya ,YB Mahfuz Omar melalui kenyataan disini bahawa PAS membantah keras penswastaan IJN ini.


Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.

Apa pula kata rakyat?


p/s** Bagi saya rakyat bawahan terutama golongan berpendapatan rendah akan mengalami kesukaran untuk menjalani perubatan di IJN nanti disebabkan oleh kadar bayaran yang mungkin tinggi dikenakan terhadap pesakit. Anak Pak lang saya pernah menjalani pemeriksaan di IJN disebabkan anaknya yang mengalami penyakit jantung berlubang selepas dilahirkan. Tetapi anaknya meninggal dunia sebulan kemudian kerana jantungnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Apa yang saya hendak tegaskan disini adakah selepas ini Pak Lang saya yang hanya bekerja sebagai penjual daging mampu untuk menghantar anaknya atau sesiapa sahaja mendapat rawatan jantung di IJN ??

Bagi saya SIME Darby tetap sebuah konglomerat besar negara tidak akan berkompromi dari segi keuntungan seperti PLUS juga yang tidak menurunkan kadar tol walaupun sudah untung berlipatkali ganda.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SIAPA NAK SIHAT?  

p/s: apalah nak jadi sekarang ni? makin bertambah ilmu, semakin pelik-pelik saranan yang di berikan oleh pakar.Kepada anda semua yang sanggup mengikuti saranan ini, dipersilakan. ha ha aku tak sanggup. klik gambar untuk membaca artikel dengan lebih lanjut.(diperbesar dan diperjelaskan)

kepada pelajar utem yang baru pulang dari latihan industri,tahniah kerana telah berjaya melepasi ujian di luar sana. Aku baru je start wat latihan industri. Masih di tahap permulaan. Kerja pun tak banyak lagi.Masih banyak masa terluang. Mari berkongsi pengalaman bulan pertama Latihan Industri di tempat anda.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB  

"SEBAGAI RESPONS KEPADA POSTING SEBELUM INI BERKAITAN ASB, SILA BACA DAN MENILAI DENGAN ADIL"

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

ASB?

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sekian, Wassalam



[1] http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf

[2] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155



http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Salam Aidil Adha  

Salam Aidil Adha
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham.

YUBIYU ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga pelajar UTeM yang beragama Islam dan umat Islam di Malaysia yang lain. Di hari yang diwarnai sejarah pengorbanan ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar, pengajaran dan seterusnya menterjemahkan makna pengorbanan yang tersemat di dalam Sirah Islam, bersempena dengan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sesuai dalam konteks kontemporari hari ini.

Di samping kita meraikan hari bersejarah ini disisi keluarga dan sanak saudara yang tersayang, ingatan dan doa kami khas ditujukan kepada mereka yang ditimpa bencana dan diduga Tuhan. Sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan takziah dan penuh rasa simpati kepada keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa, kejadian kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Tangkak dan warga Pantai Timur yang terpaksa berhadapan dengan belenggu banjir.


Orang Haji pergi ke Mina
Balik membawa kurma nabi
Aidil Adha disambut bersama
Salam muafakat tersemat di hati



Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Fatwa: Ada haram dan harus  

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis


p/s : Ini adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 22/11/2008 di pejabat Jakim.Fatwa ini menerangkan kepada umat Islam bahawa kita dilarang mengamalkan senaman yoga.Kesan daripada fatwa ini telah membuatkan beberapa pihak terutama kaum bukan Islam mempersoalkan langkah pengharaman yoga ini oleh pihak Majlis Fatwa.Saya sempat mengikuti seisi penerangan oleh Jakim di rancangan Isu Semasa di TV 1 mengenai fatwa pengharaman yoga ini dan antara isu penting diketengahkan ialah fatwa ini hanyalah untuk umat Islam dan ia tidak melarang kaum bukan Islam untuk mengamalkan senaman yoga.Jakim juga sama sekali tidak mengatakan senaman yoga diharamkan di Malaysia tetapi hanya melarang umat Islam mengamalkannya kerana bertujuan untuk menjaga akidah umat Islam.Hal ini sememangnya sudah jelas dan tidak perlu dipersoalkan lagi oleh kaum bukan Islam kerana ia tidak akan melibatkan mereka.


Fatwa juga ada melibatkan perkara harus dilakukan dan tidak melibatkan semua haram sahaja.Contohnya pada bulan Februari 2008, JK Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahwa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional(ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB) serta dividen yang diterima adalah harus.Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.Marilah kita melabur di ASB dan ASN...!!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SELAMAT KE LATIHAN INDUSTRI  

Di sini aku ingin mengucapkan selamat ke latihan industri buat semua mahasiswa UTeM yang bakal bermula pada 1hb Dec 2008 - 16 April 2009. Semoga selama 5 Bulan berada di persekitaran baru akan menjadikan anda mahasiswa yang lebih cemerlang dan mendapatkan pengalaman yang berharga.ha ha akhirnya satu semester tidak perlu lagi mengadap buku dan jumpa pensyarah.Utamakan keselamatan,hargai masa terluang,jimatkan duit elaun untuk psm nanti.he kepada yang tak dapat elaun,xpelah.Janji ade tempat industri ok lah. Doalah banyak2 kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi elaun RM500 nanti walaupun dengar khabar tahun ni tak dapat :'(

p/s: Memandangkan aku pun kelatihan industri, maka aku serahkan blog ini kepada ikhwan dan ajim. Semoga menbawa blog ini kearah yang lebih positif dan menambahkan lebih ramai ahli. kepada mereka terpilih, sila ym sy di sukrulnizam@yahoo.com jika terdapat masalah.Terima kasih.

p/s: Untuk entri mengenai LI ini , di sini aku ingin menambah beberapa pekara penting kepada rakan-rakan yang menjalani latihan industri selama 5 bulan ini.Pengalaman aku semasa LI adalah sesuatu yang cukup berguna dan akan ku kenang sehingga aku bekerja.Hal ini kerana di LI, aku mendapat pengalaman bekerja, berbincang dalam mesyuarat, cara menyelesaikan masalah, komunikasi dengan pekerja dari level bawah hingga atas, kepimpinan dan juga pengetahuan teknikal yang berbeza semasa belajar di universiti. Selain itu, jika kita bernasib baik akan diberi peluang untuk terlibat dalam beberapa projek besar di kilang yang mana mungkin kita boleh memilih projek tersebut sebagai tajuk PSM kita.Perkara ini berlaku kepada aku, di mana tajuk PSM aku adalah tajuk projek semasa aku di LI. Pihak Fakulti sememangnya menggalakkan pelajar mencadangkan tajuk untuk PSM dan tidak mengharap tajuk daripada pensyarah.Kita juga boleh menghasilkan sendiri projek semasa di LI dengan menghasilkan beberapa proposal untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran atau mengurangkan kos industri.Ini sekaligus akan membuka mata pihak industri akan kemampuan dan kreativiti pelajar UTeM bekerja dan mencadangkan idea yang berguna kepada pihak industri.-ikhwan-
Anyway,Enjoy your Internship Training !!!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

More factories in Penang shutting down plants  


A number of prominent factories in Penang, northern Malaysia have begun cutting their expenditures by temporarily shutting down their plants and letting their staff go for forced leave.

Unconfirmed sources indicated that Agilent Technologies, Flextronics, Jabil Circuit, AMD, Spansion and ASE Electronic are among those which are ready to shut their plants between November and December.

The fate of Dell’s employees, on the other hand are still in doubt after the company has been reported to be sourcing for potential buyers from the outsourcing market. Not far from Penang, rumour is fast spreading that Silterra, which operates its facilities in Kulim, Kedah may be forced to close its business due to disasterous losses in the last 3 years. See this article Dell may sell factories in Penang.

Recruitment and hiring are running at a snail’s pace, and some of the companies may have to resort to retrenching and shrinking their workforce size in order to survive.

The scenario looks like a repeat of the Asian financial crisis ten years ago, where many manufacturing companies in Penang closed their business in flock. Shutting down plant is one of the popular ways for manufacturing companies to reduce its cost of expenditure, but if this exercise fails to bring back the company on track to profitability, then the employees may be facing their worst nightmares as retrenchment may not be too far away.

****************************************************************************

Daripada berita di atas, apa yang dapat saya simpulkan bahawa Malaysia sekarang mengalami kesan yang ketara akibat kelembapan ekonomi di US.Hal ini demikian kerana US merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dan kini kita amat terasa kesannya jika ramai pelabur-pelabur dari US seprti Dell menutup operasinya di Malaysia.Kebanyakan kilang di Penang sekarang menjalankan operasi sebanyak 2 shift sahaja jika dibandingkan dengan keadaan sebelum krisis dimana kilang menjalankan operasi 24 jam.Ini disebabkan permintaan yang kurang daripada pelanggan terutama di US dan akibatnya operasi pengeluaran produk terpaksa dihadkan.Jika ini berterusan dijangkan ramai operator akan dibuang kerja jika kilang masih mengurangkan operasi pengeluaran syarikat.

Saya sebagai mahasiswa yang akan menamatkan pengajian pada tahun depan amat bimbang dengan situasi ini jika krisis ini masih berterusan pada tahun depan kerana ini akan menutup peluang kepada fresh graduates seperti saya untuk mendapatkan pekerjaan pertama.Tapi saya lega dengan langkah kerajaan PP yang membuat lawatan kerja ke Korea untuk menarik pelabur di sana menanam modal di Penang dan diberitakan juga Samsung akan melabur di PP.Mungkin potensi untuk menarik pelabur perlu dihalakan kepada negara di Asia Timur dan Timur Tengah selepas apa yang berlaku di US. Saya berharap kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri dapat meneruskan usaha menarik pelaburan ke Malaysia sebagai usha untuk mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia.

Terkini, Ketua Pembangkang telah mengusulkan untuk membincangkan laporan United Nation Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar FDI yang mencecah RM 38 billion berbanding kemasukan FDI sebanyak RM 27 billion pada tahun 2007 di Parlimen untuk dibahaskan. Ini adalah bukti bahawa Malaysia sudah mula merasai kesan krisis subprima di US dan usaha yang konkrit dan efektif perlu dilakukan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia supaya ia tidak berulang seperti tahun 1997.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Penangan Nescafe  

Siapa rasa dia banyak minum Nescafe, terutamanya Nescafe 3 in 1 yang ada krimer di dalamnya? Adakah anda mengalami sakit-sakit, atau ketidakselesaan di dalam badan? Atau anda tiada rasa apa-apa? Nescafe merupakan antara minuman paling banyak diminum terutamanya oleh pelajar yang ingin study pada lewat malam kerana dipercayai Nescafe akan menghilangkan rasa mengantuk. Nescafe juga seperti rokok, kebanyakkan orang yang meminumnya pasti akan ketagih sehingga ada orang yang seolah-olah terseksa jika tidak minum Nescafe. Namun begitu, di sebalik kesedapan Nescafe yang menjadi antara tarikan utama, Nescafe boleh menyebabkan ginjal rosak untuk jangka masa panjang. Simptom-simptom berikut mungkin akan dialami :

  1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
  2. Kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  6. Tapak tangannya semakin basah.
Sebenarnya ini bukanlah simptom sebenar, ia hanyalah simpton yang dialami oleh seorang pelajar. Mesti ramai yang dah baca bukan? Saya terjumpalah 1 komen dari pembaca di blog ini yang menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Nescafe ini. Antara yang dikomennya ialah kandungan dalam Nescafe yang boleh menyebabkan kesihatan kita boleh menjadi negatif. Bolehlah baca di link di atas. Kesimpulan yang saya boleh buat, sepatutnya janganlah mengamalkan trend "stay-up" di tengah malam semata-mata ingin study. Dah la stay-up boleh menyebabkan biological clock kita berubah, malah benda-benda yang didakwa boleh menghilangkan rasa mengantuk juga boleh membawa padah kepada kesihatan kita seperti Nescafe. Kita amalkan trend "wake-up" jika ingin study. Pada pengalaman saya, "wake-up" untuk study boleh menyebabkan apa yang diulangkajinya cepat masuk ke dalam otak kerana otak kita berada di tahap kesegaran yang optimum. Sekian.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Keraguan Tentang Rakan Siswa  

"RakanSiswa.com adalah suatu ruang untuk meninjau isu-isu mengenai siapakah Tuhan, dan bagaimana rasanya mengenali Tuhan. Website nih mcm gerakan dakwah kristian je? Sasarannya pelajar universiti tempatan. Laman web ini dalam bahasa melayu. Guna perkataan Allah, bagi megelirukan org.

Antara tajuk yg mengelirukan:
Apakah Yesus adalah Tuhan?
Jwpn dlm website tu:
Kita boleh memperolehi pengertian atau kesimpulan bahawa Yesus adalah Allah yang tidak dapat dilihat, telah menunjukkan diri-Nya sebagai Peribadi yang dapat dilihat.
Nauzubillah, sapa2 ada info pasai website nih, tlg share.
p/s: hati2 la ngan website2 skrg, contoh macam rakan siswa nih, guna nama utk menarik visitor je. Padahal isi kandungan xda kena mengena dengan siswa. pastu, perkataan ALLAH digunakan dan di sama kan ngan yesus."

Dipetik dari buletin 'friendster'

adakah ini yang dimaksudkan dengan rakan siswa?
anda mungkin sekumpulan pedebat yang bagus.tapi tiada sebab untuk mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai alamat website untuk mengpopularkan website anda.
secara keseluruhannya memang tiada apa2 kandungan tentang perkembangan, isu semasa, berita dan info tentang mahasiswa di negara kita di dalam website ini.

hanya ingin menarik minat pembaca dikalangan mahasiswa (beragama islam, buddha, hindu dan sebagainya yang selain dari kristian) anda mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai tajuk utama.

kepada semua mahasiswa, berhati-hati dengan dakyah seperti ini, terutama muslim.
kepada muslim, jangan mudah terpedaya dengan adanya website seperti ini.

Copy paste dari : Forum Ansara Serting

Komen : Saya rasa mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kewujudan laman web ini. Namun begitu, mungkin banyak lagi laman web yang mempunyai tujuan yang sama yang kita tak perasan. So, berjaga-jagalah.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

UTeM ku  



KONSEP : TANGAN




Pelan Tetap Kampus Induk UTeM

p/s: Mulanya aku nak masuk pertandingan Nama Jalan Di Kampus Induk sebab aku terbaca sepanduk/banner dekat durian tunggal.Aku pun bacalah sikit matlumat pasal pelan kampus induk ni.Rupa-rupanya tarikh dia dah tutup. 7 Nov 2008 .Sedih sebab kampus induk matlumat untuk semua aktiviti selalu lambat.Hadiah tempat pertama untuk pertandingan ini RM3000. Banyak tu.. ;'P

p/s/s: Memandangkan aku sem depan dah ke Latihan Industri, maka komitmen aku untuk blog ini pastinya akan berkurang. Maka, aku bercadang nak pindahkan blog ni untuk diurus oleh ahli lain.Kepada yang berminat, bolehlah bg nama & email dekat bawah ni. Pastikanlah jika anda terpilih nanti, jadikan blog ini badan bebas.Tanpa apa-apa kepentingan diri. Kita Martabatkan UTeM tanpa biarkan kebajikan pelajar di abaikan. Kepada email yang tersenarai di bawah, sila approved untuk menjadi moderator di blog ni di dalam email anda. Jika terdapat masalah , sila tinggalkan komen.Ini untuk membolehkan anda menulis di blog ini.Terima Kasih di atas sokongan anda semua.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

perjumpaan yubiyu  

klik sini untuk maklumat lanjut

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Keputusan Kaji Selidik ( Masalah Utama Pelajar Di Utem)  

Setelah lebih sebulan kaji selidik di jalankan di blog ni, seramai 44 orang telah mengundi dan mereka dibenarkan memilih lebih dari satu pilihan. Hasil nye adalah seperti berikut:

1)Pengangkutan 28 (63%)
2)Tempat Kediaman 21 (47%)
3)Makanan 19 (43%)
4)Bahan Rujukan 16 (36%)

Tenyata, pengankutan menjadi masalah utama pelajar Utem ! Di Harap pada masa semester hadapan, pihak bertanggungjawab seperti mpp, pihak universiti berjaya mengatasi masalah ini..Demi kebajikan Pelajar Dan Kecemerlangan kita bersama.Terima kasih kepada mereka yang telah mengundi..

p/s: kalau ade sesape nak buat kaji selidik, boleh lah buat dekat blog ni. aku sedia membantu.Mari kita mengundi untuk kaji selidik yang lain..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Tahniah Barrack Obama  

Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.barrack obama 201008 01Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.-Malaysiakini(5/11/08)

Kita berdoa agar lembaran baru pentadbiran dunia akan bermula tidak lama lagi selain bertegas menolak tragedi John F. Kennedy menghumban harapan rakyat (dalam kes ini di Amerika). Politik aku lebih hebat atau aku paling hebat cara Bush ditolak terlepas dasar apa pun yang dibuat. Politik Obama ternyata nampak lebih rendah diri dan lebih pro rakyat.

Saya begitu tertarik dengan cara berkempen memilih Presiden Amerika di mana penggunaan pelbagai media secara bercetak sehingga ke alam siber digunakan cukup meluas .Selain itu, cara berkempen seperti debat Presiden yang disertai oleh kedua-dua parti turut menunjukkan US cukup komited dengan amalan demokrasi dalam pilihanraya seperti yang dilaungkan mereka sebelum ini. Di sini, rakyat seluruh US dapat melihat visi dan misi bakal Presiden mereka jika diamanahkan untuk memimpin US dan dunia.Debat itu sendiri sudah cukup menunjukkan kehebatan berhujah pemimpin tersebut dan idealisme yang ingin dibawa jika terpilih untuk menjadi pemimpin.

Saya bersetuju dengan pandangan YB Khairy Jamaluddin (KJ) yang ingin menganjurkan debat terbuka untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO.Beliau mengharapkan perwakilan dapat membuat penilaian dengan misi dan visi yang akan dibawa oleh calon masing-masing jika terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO.Debat merupakan wadah atau platform yang terbaik untuk calon mengutarakan pandangan dan berhujah berlandaskan fakta dan disamping itu juga dapat mempopularkan diri di mata perwakilan yang akan memilih.Sepatutnya, politik di Malaysia ini diwarnai dengan debat terbuka secara ilmiah seperti debat minyak di TV3 yang saya kira mendapat rating yang cukup tinggi kerana ia isu rakyat dan negara.Pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu berani tampil berhujah permasalahan rakyat dan apa jua isu yang berkaitan negara dan rakyat.


Saya berharap akan diadakan debat mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekarang supaya rakyat jelas dengan keadaan ekonomi di Malaysia. Saya sebenarnya masih kabur dengan iklim ekonomi di Malaysia ini....

Di sini saya sertakan ucapan hebat Obama (speech Obama) dan juga dibawah anda boleh melihat video menarik kempen pilihanraya manusia bernama Barrack Obama...

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Siapa penganti SS Mufti Perlis?  


akhir bulan ini, maka berakhirlah tugas SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) selaku Mufti Perlis. Hampir 2 tahun memang jawatan ini, pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh dr maza. ada yang digemari kawan, dan ada yang dibenci lawan. kini timbul plak persoalan, siapa yang bakal menggantikan tempat SS dr maza? menurut laporan akhbar online malaysiakini dan mstar, kerusi panas ini mungkin akan digantikan oleh sahabat dr maza sendiri iaitu Dr Azwira, pensyarah di UKM atau Dr Juanda Jaya, bekas naib Mufti Sarawak. apa2 pun, perkara ini masih belum diputuskan secara rasmi, ia terletak dibawah kuasa Raja Perlis.

menggantikan kerusi Mufti Perlis merupakan satu cabaran yang sgt hebat, ini kerana dr maza telah meletakan kerusi Mufti Perlis sebagai kerusi yang menjadi tumpuan masyarakat. masyarakat mula melihat peranan mufti lebih aktif, suara2 org agama mula kedengaran dalam memberikan pandangan agamanya dalam perlbagai isu. bukan hanya dalam konteks agama, tapi dalam juga konteks isu semasa spt politik dan juga ekonomi.

petang semalam aku berkesempatan melihat perbahasan diparlimen, maka aku telah mendengar perbahasan kurang “cerdik” oleh seorang YB yang menyatakan kebimbangan terhadap tulisan2 orang agama dan juga mufti dalam surat khabar. aku terfikir, kenapa begitu sempit pemikiran seorang YB yang tidak memahami tugas seorang ulama’? adakah dia fikir ulama’ hanya layak bercakap soal hukum shj? ini haram dan itu halal? hai YB berfikrah melayu tulen, sempitnya pemikiran YB.. jika aku pengundi ditempat anda, maka dukacita aku memilih YB sebagai pemimpin.

aku mengharapkan kerusi yang bakal terisi nanti akan diisi oleh tokoh agama yang sama fikrahnya dengan SS dr maza, berfikiran kritis dan matang. kita memerlukan seorang mufti yang berani bersuara, bukan hanya sekadar dikenali sebagai pembaca doa dimajlis2 yang dihadiri oleh “org besar”. maka rakyat pun tidak mengenali siapa mufti mereka. walaupun ada suara2 sumbang terhadap manhaj yang dipegang oleh dr maza, kita lupakan shj pandangan ini. selama ini kebanyakan mereka pun hanya pandai mengangguk, sukar sungguh utk menggelengkan kepala, apatah lagi bersuara..

lawati laman web SS Dr MAZA: http://www.drmaza.com

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PemBukaan YUBIYU di Friendster..  



Kali ini bagi menbolehkan setiap ahli lebih rapat, aku melancarkan group YUBIYU di Friendster. Di harap, kepada ahli Yubiyu yan telah mendaftar , boleh menyertai group ni di friendster.Setidaknya kita akan mengenali setiap ahli dengan lebih baik.Malah aku berpendapat cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan YUBIYU.Ini kerana rakan2 kita di friendster juga terdedah dengan logo ini.. Kerjasama setiap ahli YUBIYU kerjasama amatlah di hargai.. Semoga usaha kita ini membuahkan hasil.. terima kasih :)



Klik Sini Untuk Ke Group YUBIYU Di Friendster.

p/s: Selamat menghadapi peperiksaan Kepada Warga Utem Semua. Semoga Allah bukakan hati kita hendaknya.amin

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

A Yubiyu Gathering Anyone??  

as far as im concern..

skang pon stadi weekk..

i know sume bz kan..

oleh kerana aku free..

bukan free sangat la..ader gak final tapi relax sket la..

oleh itu..

aku volunteer diri aku to be an organizer for Yubiyu gathering..

itu pon kalu ADMIN n bloggerz2 sume setuju..

kena mintak permission boss dulu..

lagipon kite dah di aher semester..

but dun expect sumting big la..

itu pon kalu boss kasik..

aku cuma mau seronok2 saja..hehehe..

yippi...

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Study Week Or Holiday ???  

Pejam celik pejam celik je dah nak abis dah sem ni.. Dan yang pasti mingg peperiksaan hampir tiba.. Sekarang ni dah pun masuk minggu ulang kaji dekat Utem ni.. Tapi realiti nya, Utem ni dah kosong pun sebab majoriti pelajar dah balik ke kampung pun..Seminggu kelas takde..mane tak cabut balik semua.. ha ha Kalau dekat UPM, minggu ulangkaji dah memang dimansuhkan pun.. Tak perlu minggu ulangkaji pelajaran , terus je exam.. maka, makin banyaklah cuti semester diaorang dapat.. Sama ada minggu ulangkaji ni telah disalah guna oleh pelajar atau memang menjadi tradisi minggu ulangkaji membawa maksud minggu cuti ,aku pun tak pasti? tapi ada yang bagi alasan balik mendapat restu keluarga sebelum peperiksaan.baru berkat.. ha ha betul gak..Apa-apa pun, good luck untuk semua pelajar utem..semoga berjaya dalam peperiksaan ini.. Amin..

p/s: jauhi gejala meniru semasa peperiksaan.. Ha ha sem lepas siap ada poster besar lagi dekat dewan peperiksaan..semester ni tak taulah ade lagi tak poster tu..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PERTANDINGAN ANIMASI MELAKA  


+ klik poster untuk tumbesaran +

jum la masuk beramai-ramai.
sape2 yg rase ade bakat melukis tu,bole je nak try masuk.
sume free.
dapat tshirt,cap,and mcm2 lg goodies.
makan minum disediakan.
for further details sile klik sini : http://www.micth.com/animasi/

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Aduhai 4 Orang Isteriku  

Sdr/sdri.semua marilah kita hayati cerita nie bersama2

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

sama-samalah kite renung2kan ye(",)

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Sudey lama tak hupdate......  

Sorry guys sebab gue sudey lama tidak update........bz gilerrr dlm sebulan 2 nih.......byk keje.......so aku baru hupdate skit........n next time aku akan menambah lagik coretan2 klasik dlm blog aku..........

http://arcmalindahouse.blogspot.com

thanks..........

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Diyana mendapat undi terbanyak UTeM  

MELAKA - Nurul Diyana Mat Zain (gambar) berjaya memperoleh undi terbanyak daripada sembilan calon yang bertanding merebut tujuh kerusi umum dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (MPPUTeM) sesi 2008/2009 yang diadakan semalam.

Pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) itu berjaya mendapat 2,589 undi atau 86.5 peratus daripada 2,993 pelajar atau 53.14 peratus yang keluar mengundi pada pemilihan tersebut.
Jumlah keseluruhan pemilih yang berdaftar sebagai pengundi pada pemilihan itu ialah seramai 5,632 pelajar. Klik Untuk Terus Membaca Keputusan Penuh Di Kosmo



p/S:Nampaknya wakil-wakil dari FKEKK akan menguasai parlimen UTeM lagi..Ha ha makin bertambah popular dan hebatlah fakulti aku ni nanti.Walau apa pun,Tahniah di ucapkan kepada semua yang menang dan pastikanlah Anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna.. Bersama kita menyokong ke arah perubahan UTem Baru! Tapi kenapa peratus yang kuar mengundi cuma 53.14% je.Yang lain2 g mane tak mengundi??? Tampaknya populariti calon Utem dah menjangkau ke serata Malaysia Dengan masuknya di kosmo ni... he he

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Antivirus untuk dijual!  

Tawaran hebat untuk semua bloggers UTeM!

Berapa banyak kali korang format PC/laptop korang dalam tempoh setahun? Adakah punca utamanya adalah disebabkan serangan virus, spyware, malware, trojan dll? Ingin mengelak kejadian tersebut dari terus berulang?

Aku ada penyelesaiannya! Aku ada menjual Antivirus original. Dapat stok terus dari pembekal yang sah. Oleh itu aku boleh tawarkan korang harga yang paling murah.

Antara kelebihan menggunakan Antivirus original:

  1. Tidak perlu risau tentang update, crack, activation key tak genuine dll.
  2. Security dan privacy anda dilindungi sepenuhnya.
  3. Automatik update sekurang-kurangnya sekali sehari.
  4. Uprade ke versi paling terkini serta pelbagai kelebihan lain secara percuma.
  5. email technical support, 24-7.
**Stop piracy, buy original**

----------

Panda Antivirus Pro 2009 -
RM30
Panda Internet Security 2009 - RM40
Panda Global Protection 2009 - RM50


klik disini untuk melihat ciri-ciri serta perbandingan antara ketiga-tiga produk ini.


Kaspersky® Anti-Virus 2009 - RM30
Kaspersky® Internet Security 2009 - RM40


klik disini untuk melihat ciri-ciri serta perbandingan antara kedua-dua produk ini.


----------
  • Harga yang ditawarkan dijamin yang TERMURAH di pasaran Malaysia. Satisfaction guaranteed! (jika terdapat tawaran harga yang lebih murah di tempat lain, harga akan dikurangkan untuk korang)*
  • Produk ini BUKAN retail tetapi OEM. Ini bermakna produk ini TIDAK disertakan dengan retail box (seperti dalam gambarajah), tetapi faedah dan fungsinya sama sahaja.
  • Satu (1) license hanya untuk satu (1) PC, selama dua belas (12) bulan.
  • Untuk Panda akan diberi activation code dan CD versi 2008 (upgrade ke versi 2009 melalui website Panda secara percuma).
  • Untuk Kaspersky hanya diberi activation code (installer versi terkini perlu download sendiri di website Kaspersky).
  • Activation key juga valid untuk extend atau renew license (bagi yang sudah dan/atau sedang menggunakannya)
  • Harga boleh nego jika beli dengan kuantiti yang banyak.
  • Semua jual-beli dalam bentuk tunai, bank-in atau transfer sahaja (Maybank atau CIMB)
  • Sebarang pertanyaan / tempahan boleh YM aku (ID: syarnazymnstudios)

*tertakluk kepada syarat dan peraturan

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PILIHAN RAYA UTeM  

Tahun ni kali ke dua aku dapat mengundi untuk calon2 wakil MPP UTeM.. Ha ha seronok gak la tengok ade gak poster bersepah2 dekat Fakulti & Cafe..Takde la macam Tahun lepas, semua menang Free je.. Tapi Aku peliklah kenapa calon ade satu ari je nak berkempen? Kenal pun tak sebenarnya, tau2 je dah ade pilihan raya??? Ntahlah, janji aku dapat mengundi dahlah.. Kepada Warga Utem, Selamat mengundi Hari ini.. Ha ha Undi anda adalah Rahsia..

p/s: Calon mane aku nak undi pun tak tau..Xkenal pun semua..Dekat berita aku asyik dengar pemilihan UMNO je dah berbulan2 dah..Tak undi2 pun.. Tertiba je Utem lak yang wat pilihan raya.. ha ha terkejut gak.. Good Luck everyone & vote 4 the great leader only..:P

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

 

Salam semua
Sorry aku tak berapa aktif kebelakangan ni
Sebab terlalu banyak assignment yang aku kena siapkan
So, kepada sesapa yang minta tolong untuk plvl tu, memang aku tak dapat tolong
Sorry ye, nanti bila assignment aku siap aku tolong korang

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Mudahnya mendapat gelaran Datuk  

Sewaktu menerima berita ini, saya cuma mampu ketawa besar. Harapnya ia cuma gurauan waktu tengahari semalam , tetapi rupa-rupanya ia satu perkembangan yang sahih. Esok, aktor Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. Rujuk Utusan Malaysia

Sewaktu Nicol David dianugerahkan Datuk, saya masih boleh terima kerana beliau konsisten mengharumkan nama negara.. tetapi Lee Chong wei dapat gelaran datuk tu, saya agak tidak bersetuju kerana beliau kalah kepada Lin Dan.Tetapi kalau semudah itu boleh dapat anugerah Datuk, apalah nak dihairankan dengan Shah Rukh Khan dapat Datuk! Mungkin Datuk tu boleh dibeli agaknya.

Terfikir saya, apa jasa Shah Rukh Khan sehingga mahu dianugerahkan Datuk? Ramai pejuang negara di luar yang perlu dihargai sumbangan mereka, tetapi aktor Bollywood seorang ini juga yang jadi pilihan hati.

Di England, penganugerahan Darjah Kebesaran sangat terkawal, dan sesiapa yang memperoleh Darjah sangat dihormati. Tetapi senario tersebut berbeza di Malaysia. Saban tahun ribuan Datuk bakal ‘dilahirkan’.

Selepas ini, mungkinkah Amitabh Bachan bergelar Datuk Seri ???

Jangan terkejut kalau orang yang bergesel bahu dengan anda di Puduraya atau mana-mana stesen LRT nanti juga bergelar Datuk!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

3 tahun jadi dak UTeM..apa beza??  

dlu kalu org tnye, "stadi mana?"

ak jawab, " stadi kat Univ Teknikal.."

nnt org tu reply.. "kat mana tuu??"

ak pn nnt jawab ngn pnjg lebarnyee... hadoiiyaiii~

tapi

skang bile org tnye, "stadi kt mana?"

aku pn buhsan dah nk jawab, tp jawab jgk laa.. tahu nnt pnjg lebar kena terannggg~

"hurmm, stadi kt Univ Teknikal.." igt nk smbung, kt melaka~ tak sempat ak sambung..

orang tu mencelah, "Oo.. yg dekat ayer kerOh, melaka tu eyhh!?"..

lek lek.. mata ak yg terbukak luas,, nampak terangggg sambil ckp, "eyh, tahu eyhh...."

the conversation goes on & on & on.. ehehehe~

sO, kawan2 UTeMian ku sekalian... berbanggalah anda dgn universiti anda skang.. keh keh keh~

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

kemanakah harus kami Pergi?  

suatu ketika aku pernah terfikir mana lebih mudah, selamat & menguntungkan pelajar samaada menginap di kolej kediaman ataupun di rumah sewa.andai kos lah yang menjadi pertimbangan utama,terasa tiada beza antara keduanya. Di kolej kediaman Murni,Bunga Raya & murni, kedudukanpaling stategik pastinya milik bunga Raya. Kemudahan yang banyak & tempat makan yang bertimbun.. Argh, penghuni bunga raya pastinya tersenyum je tanpa kesukaran kecuali hari ahad sedikit sukar mendapat makanan kerana kebanyakkan kedai tutup..tapi penghuni di Murni seksanya bukan kepalang.kedainya sikit mengharap kah kah, bus stopnya jauh hendak menapak pn xlarat,tempat makan nya sikit & segala kemudahan itu jauh.Masih relevankah kami di tempatkan di murni jika kedudukannya bangunannya saja sudah jauh terperosok?Bagi mereka yang berada di pangsapuri pula, kemudahannya ada tapi harga barangan bukan kepalang mahal.nak makan di daiman & ikan bakar malim jawab mati keringlah baru setengah sem.. nak tak nak terpaksalah beli makanan bungkus je.. Alhamdulillah ade yang sudi jual..dapat gak rezeki penduduk setempat & mudah gak pelajar..

Ada gak yang tanya selamatkah kami di bawah penjagaan guard kolej kediaman? mereka wujud tapi kadang2 terasa tak wujud..andai ade, mengapa kes kehilangan tetap ade. penghuni kalanya risau keselamatan mereka.hendak di bawa kenderaan di dalam kolej kediaman dilarang.hendak tak nak terpaksa di parking jauh hingga menjangkau kediaman penduduk sekitar..pagi2bangun cermin kereta pecah,radio hilang,tayar lesap..arghh..kalau tak bernasib baik, motorsikalpun boleh dikebas.. laptop & handphone dah tak terkata.sejam lesap terus redho je sebab tahu mmg takkan jumpanya.

Walau apapun, kebaikan tetap ade di kolej kediaman.di sinilah kita mampu mengenali semua penghuni utem.di sini lah tempat kita mencari networking yang baik & menjaga silaturahim..andai lebih banyak kemudahan yang diberi percuma seperti internet dan penyediaan proram yang berkesan oleh jaksis,pastinya lebih ramai pelajar yang menghuni kolej kediaman..jika dilihat,bunga raya berada kehadapan daripada pangsapuri & murni. namun jika cubic tidak di gunakan akan datang,pastinya kelebihan di pangsapuri sedikit berkurang.namun, kedudukan pangsapuri tetap paling hampir dgn kampus induk.Padang yang hampir di pangsapuri pula menjadi pilihan pelajar lelaki untuk bersukan.Namun kehadiran ramai pekerja banglaesh,vietnam & indonesia sedikit merimaskan..

Bagi kami yang menyewa di kawasan berkenaan kadang kala terasa tak selamat gak..bukan berprasangka jahat,cuma sedikit kerisauan sebagai manusia normal.Tiada yang menjaga kami selain ingatan diri sendiri.sewa pula dalam linkungan RM300-350 sebulan.tiada beza pun dengan kos menginap di kolej kediaman ,cuma terdapat sedikit kebebasan.mungkin sedikit kegembiraan untuk penghuni semester hadapan bila and pihak mengatakan utem akan menyewa emerald Park untuk dijadikan kolej kediaman..jika itu berlaku,terlerailah sedikit beban pelajar kerana sebelum ini emerald park digunakan pelajar2 mmu..jika dilihat dri segi kedudukan mmg stategik. Semoga ia sedikit mengurangkan beban pelajar.amin.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

sElamat hari raya  

Enter Fleedy


selamat hari raya & maaf zahir dan bathin, aku ucapkan kepada semua pengunjung terutamanya ahli2 yubiyu.. semoga raya tahun ini lebih meriah & selamat pulang ke utem dengan lancar.amin

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Janganlah Meniru Masa Exam>>  

aku faham masalah bagi kebanyakan pelajar universiti,mereka sukar menghafal rumus @ formula.. Sebagai mahasiswa kita wajarlah menunjukkan contoh yang berkualiti.. Seorang pelajar kejuruteraan sepatutnya menggunakan kemampuan & kefahaman mereka untuk menjawab semua soalan final.. Jadi lah kretif & jujur ketika dalam peperiksaan demi menjaga nama baik universiti kita.Bersamalah kita hapuskan gejala meniru di universiti kita andai berlaku.. lihatlah contoh di bawah ini bagaimana menghadapi dugaan ketika exam..

(p/s: cuma sbagai hiasan untuk berjenaka.. Harap gejala meniru di Universiti dapat dihapuskan walau di mana institusi sekali pun)









Read More...
AddThis Social Bookmark Button