Saya yang menurut perintah,
Noor Asyikin Sulaiman
Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
b/p Pendaftar
Date of this item added :
2009-09-29 Read More...
Aku menulis ni bukan main hentam2 ye.. aku tulis ni daripada pengalaman dalam kursus Public Speaking dengan salah sebuah Recruitment Company (kunun-kununnye dulu aku dapat keje sebagai guru ICT di sekolah rendah).. Dalam kursus tu aku dapatla sedikit ilmu untuk dikongsikan dengan pembaca blog aku nih.
Macam mana nak kenal personality atau sifat semulajadi diri kita? Untuk melihat siapa kita sebenar, lihatlah kembali zaman kanak – kanak. Zaman kanak – kanak adalah zaman paling menyeronokkan, kita tidak mempunyai rasa malu, segan, kekok dan tidak pandai menipu diri sendiri. Pada usia akil baligh, manusia mula mencari identiti diri dimana setiap manusia mula mempunyai rasa malu, dan mula menjaga penampilan diri kononnya supaya mudah didekati ramai dan sesuai dengan keadaan dan peredaran zaman. Pada usia awal akil baligh, kita mula mencipda identiti baru dalam diri dan berubah daripada seorang kanak-kanak dan menjadi seorang dewasa.Kita mula hidup dalam topeng dan berselindung di sebalik topeng tersebut untuk menyembunyikan personaliti asal kita. Lama – kelamaan, kita mula rasa selesa dengan identiti tersebut dan menganggap ia adalah personaliti sebenar kita.
Untuk mengenal sifat peribadi sendiri, anda perlu mempunyai kejujuran, kemahuan untuk mengenali diri sendiri. Kenapa kita perlu berbohong untuk menjadi indiviu lain? Tidakkah tuhan menjadikan setiap manusia penuh dengan kesempurnaan? terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kebijaksanaan masing – masing untuk menggunakan kesempurnaan tersebut sebaik mungkin. Aku kurang bersetuju dengan ayat yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang terutamanya Melayu yang berbunyi :
“Manusia semuanya tidak sempurna”
Padahal, dalam al-Quran sekalipun telah menyebut bahawa manusia dijadikan dengan penuh kesempurnaan, lebih sempurna berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakanNya.
Manusia selalunya berasa tidak cukup dengan apa yang ada. Bahkan, tidak pernah mensyukuri apa yang telah diberikan. Tahukah anda, Anda diberikan akal yang waras, mahukah anda menjadi gila sekiranya digantikan dengan kekayaan dunia?Anda diberikan 2 mata untuk melihat alam ciptaan Tuhan, mahukah anda menggantikan sebelah mata anda dengan sebuah Ferrari? Anda diberikaan sepasang tangan, mahukah anda kudungkan tangan anda untuk mendapat Kekayaan dunia? Anda diberikan kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap serta lidah untuk merasa makanan – makanan yang enak.
Tidakkah anda sedar, semuanya itu adalah tidak ternilai. Anda adalah seorang yang istimewa jika dibandingkan dengan mereka yang lain. Anda bangun pagi menyantap makanan-makanan yang enak, tempat tidur yang empuk, mempunyai rumah, pakaian dan kelengkapan asas yang cukup. Tidakkah anda sedar bahawa ada orang lain yang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi? Cuba ranungkan, dan ingatlah, sesungguhnya anda adalah seorang yang sangat sempurna!
Mengenali diri kita yang sebenar bukannya sesuatu yang susah, yang penting ada kemahuan dan kejujuran dalam diri sendiri. Jujurlah pada diri sendiri. Jadilah diri anda yang sebenar. Jika anda berasal dari kampung, katakanlah “aku budak kampung”, jika anda berasal daripada keluarga yang susah, katakanlah “aku bukan terdiri daripada golongan yang kurang berada”. Kenapa anda perlu berpura-pura sebagai orang kaya padahal anda adalah seorang yang serba kekurangan? Jadilah diri sendiri. Bercakap apa yang benar. Sesungguhnya bercakap benar adalah lebih mudah. Bercakap benar dengan diri sendiri dan bercakap benar dengan orang lain. Anda tidak perlu memikirkan “jalan cerita” intuk bercakap bohong.
Kenapa kita “terpaksa” menipu? Kadang kala, anda berasa anda terpaksa menipu. Cuba fikirkan semula, kenapa anda menipu? Untuk menidakkan apa yang benar? Sesungguhnya, jawapannya sangat mudah. Anda berbohong kerana takut berasa malu. Kenapa? Cuba carikan jawapan, kenapa anda perlu berasa takut kepada sesuatu yang belum terjadi? Sama juga seperti anda inginkan sesuatu perubahan. Anda boleh lakukannya tetapi anda berasa takut. Anda masih mahu berada di “comfort zone” dimana anda telah berada di sesuatu keadaan yang anda anggap selesa. Anda takut jika anda lakukan perubahan, sesuatu yang buruk akan berlaku. Kenapa perlu takut pada sesuatu yang belum terjadi?
Cerita Selanjutnya di www.utemlife.co.cc
by hack87