Bercakap dengan ZIONIS (siri 1)
written by ajim
at Wednesday, May 13, 2009
Penulisan ini merupakan satu usaha pendedahan terhadap gejala Zionism yang sedang berlaku dalam konteks sejarah dan kaitannya dengan isu yang berlaku di Palestin. Penulis akan memberikan beberapa sudut pandang yang mungkin berbeza dari perspektif perdana kerana ingin cuba membawa isu ini pada satu dimensi yang baru. Kebanyakan rujukan yang dibuat adalah berdasarkan pembentangan kertas kerja oleh panel di Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC (9 Mei 2009) anjuran PEMBINA & AMAN Palestin, penulisan Maszlee Malik dan pembacaan penulis.
Ramai dikalangan khalayak masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Penulis akan memberikan fakta yang menarik terhadap sekumpulan bangsa Yahudi non-Zionis pada siri-siri yang akan datang. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan ‘zion’ yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna ‘Land of Israel’.

Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionism mula menampakan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utama ialah:
1. Faktor ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakkan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.
2. Arab Revolt 1916
Kebangkitan semangat nasionalis dikalangan masyarakat arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara arab dari kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dikalangan masyarakat arab. Arab saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde’ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan Mc Mohan selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.
3. Perjanjian Sykes-Picot 1916
Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British.
Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People’ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dikalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:
“His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achiement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”
*siri berikutnya akan mengupas tentang kewujudan zionis dalam bentuk gerakan dan apa kaitannya dengan kuasa besar ketika itu..
Rujukan:
1. The Downfall of Islam (Ottoman Empire) & The Creation of The ‘Illegal’ State of Israel, Dr Roslan Mohd Nor (University Malaya)
2. Wikipedia; Zionism
Oleh: ajim
http://www.ajimtajdid.blogspot.com/
PENGUMUMAN: Oleh kerana beberapa masalah, sambungan siri ini hanya boleh didapati diblog penulis dan laman web www.al-ahkam.net sahaja.. harap maaf..
PENGUMUMAN: Oleh kerana beberapa masalah, sambungan siri ini hanya boleh didapati diblog penulis dan laman web www.al-ahkam.net sahaja.. harap maaf..