Kemana halatuju “Social Networking Website”?  

Artikel asal dari blog (bukan promote)

“Aku takde fs la,ms pun takde,fb tagged pun,ym x bole ke?gua kolot je..” . Sehingga artikel ini ditulis, penulis masih jenuh nak menjawab dengan member-member, penulis seorang yang tidak moden kerana tidak memiliki sebarang akaun “Social Networking Website”.

Sebenarnya penulis pernah memiliki dua akaun aktif dari Myspace dan Friendster lewat tahun 2003/04 mungkin, iaitu selepas setahun jagung website tersebut dilancarkan/ditemui. Friendster (2002), Myspace (2003) , Facebook (2004) , Tagged (2004) dan beberapa sekutu website yang lain. Entry ini diwujudkan bukan untuk menambahkan kekolotan penulis, tapi hanya ingin berkongsi dengan para pembaca, kemana sebenarnya halatuju “Social Networking Website” ini? Secara peribadinya, mengapa penulis sudah tidak memiliki sebarang akaun tersebut, atau lebih jelas lagi, “delete”.

Tertarik dengan konsep diterapkan, sama seperti orang lain juga, penulis tidak melepaskan peluang untuk register, yelah nanti orang cakap ketinggalan pulak. Tapi selepas beberapa tahun melayan, penulis terasa sedikit muak, rasanya konsep untuk mencari kenalan, merapatkan hubungan, photo sharing, media sharing seperti ada yang tidak kena. Penulis sangat jelas dengan apa yang ingin dicoretkan disini.

Matlamat “Social Networking Website”, lebih senang penulis short form kan sahaja kepada SNW, adalah untuk “connecting people” secara global, terang lagi bersuluh sebenarnya user hanya lebih selesa browse bakal kenalan senegara sahaja, itupun kalau di Malaysia, orang semenanjung sendiri pun lebih selesa mencari bakal kenalan bukan dari Sabah Sarawak dan begitu jugalah sebaliknya. Itu baru mencari kenalan, konsep pun sudah lari. Kalau ada manusia yang menjadikan SNW ini platform untuk berhubung dengan rakan-rakan sendiri sahaja bagaimana pula? Adakah matlamat mencari kenalan masih kena?. Perkara tersebut membuatkan penulis sedikit tersenyum, mengapa masih nak bermain membalas comment/testi dengan rakan sekelas mungkin, sedangkan setiap hari pun masih pergi makan kat cafe bersama-sama. Mungkin banyak sangat ingin diborak hingga terlajak ke dalam SNW. Mungkin mereka sangat bangga bila comment mencecah ribuan biarpun semua comment sudah melaluk yang bukan-bukan.

SNW ini pun sebenarnya menggelirukan,bukan sahaja user. Mereka jelas dengan matlamat mereka ingin menemukan kenalan baru, dan juga membesarkan jaringan kenalan pengguna, tapi mengapa function private profile diwujudkan? Sudahla penat nak browse, bila dah click, private profile pulak, nak add, minta berbagai-bagai email dengan last name apela pulak, ini dikatakan menemukan kenalan baru?. User pun satu hal, kalau nak private sana-sini, buat apa nak ada akaun SNW?, mesti nak comment-comment dengan rakan sekelas kan kan. Kasihan mereka tiada YM.

Bercakap pula tentang photo and media sharing, ini lagi satu kisah. SNW sebenarnya masih lagi relevan kerana ada user yang mengaplikasi baik function tersebut. Ruangan memori simpanan untuk gambar-gambar pengguna cukup besar, oleh itu pengguna dapat berkongsi memori manis bersama kenalan-kenalan maya dan realiti juga mungkin. Itupun kalau tidak di private kan ye tak? Sharing la sangat. Function ini juga sangat bagus kerana ada pengguna berlumba-lumba menghasilkan gambar kreatif dan abstrak untuk dikongsi bersama, tidak cukup dengan itu, gambar di edit pula untuk menampakkan menarik, sekurangnya masih ada benda yang bagus dari SNW ini. Itupun kalau tak ada user yang upload berpuluh-puluh keping gambar ngam-ngam size muka yang diambil menggunakan handset. Dengan gaya mendongak keatas,ketepi,kebawah,hasilnya sama sahaja, yang berbeza mungkin kali ini lidah sedikit terjelir, seterusnya mungkin kening terangkat sedikit mahupun mulut termuncung-muncung. Mereka kreatif!!

Secara kasarnya sahaja, lihatlah siapa yang mendominasi SNW ini? Sebab itu konsepnya banyak yang tidak kena, kerana apa? Biasalah, para remaja moden yang baru nak “up” sebenarnya yang menghuru-harakan konsep. Mereka bangga bila ribuan datang nak add, tapi sebenarnya semua tidak approve, mempunyai ribuan friends serata dunia, tapi bila di comment, semua tidak berbalas. Sudahla akaun hanya dibuka setahun sekali!. Ditambah dengan kepeningan SNW itu sendiri yang mewujudkan konsep top friends, adakah perlu ditonjolkan kawan yang mana paling rapat ataupun kawan yang biasa-biasa sahaja? kalau dah top first,takkan boleh letak 2 orang top first,susah nanti orang ada awek/pakwe ramai, Yea..connecting people..

Walaupun begitu, ia ternyata ada pro dan kontra tersendiri, sedangkan artis menjadi SNW sebagai platform untuk mempromosi album serta melayan peminat,tak cukup baguskah?.Ini cumalah pandangan peribadi yang dilontarkan untuk dikongsi, mungkin ada para pembaca diluar sana ingin berkongsi,lontarkan komen sahaja. Sekian.

AddThis Social Bookmark Button

5 comments

  • ajim  
    May 31, 2009 at 7:11 AM

    nice entry..

  • Pantherian  
    May 31, 2009 at 8:49 AM

    bagi aku laman sosial ini cukup baik terutama FS dan facebook.

    Sebagai cth FS, aku boleh mencari kembali rakan2 lama sek dulu baik dari sek rendah atau menengah.Dahulu pengunaan handphone agak terbatas.Itu satu kelebihan iaitu dapat mencari rakan2 lama yang dh lost contact.

    Kini aku semakin gila Facebook, ramai pemimpin negara sampai Menteri dah ada FB.Aku mendapat kenalan ramai di FB.Lagi satu Fb, di sini aku boleh berbicara dengan rakan2 mengenai pelbagai topic apabila mereka menulis sesuatu topic di status.

    Aku boleh berkata kepada anda kini ramai rakanku tokoh2 terkenal dan aku sudah berjumpa mrk dan mrk mengatakan aku rakan di FB.

    Aku boleh komen kritikan direct ke Menteri KPT,Datuk saifuddin disebabkan pengurusan teruk oleh penganjur semasa Karnival Kerjaya di PWTC lepas.

    aku tk perlu lalui MPP atau apa2 organisasi..direct to Minister.

    penulis ini mungkin kecewa disebabkan kegagalannya dlm menggunakan sebaik mungkin laman sosial..

    Obama menang PRU Amerika -salah satu faktor ialah facebook.

  • Kuwe  
    June 1, 2009 at 3:51 AM

    Penulis amat bersetuju dengan Ikhwan, inilah dikatakan pro dan kontranya..

    Tapi, jika bercakap tentang mencari kenalan (lost contact), sebenarnya ramai yang menjadi SNW ini sebagai akaun transit mencari kenalan, dan perhubungan seterusnya diteruskan dengan menggunakan instant messaging computer program. Seperti penulis sendirilah, yelah..kebanyakkan orang semua benda nak cepat,pantas dan efektif, kalau hari ini comment, 2minggu seterusnya baru berbalas itupun macam tak berapa best, kalau akaun tu setahun sekali buka macam mana pula?

    Bercakap tentang mencari kenalan lost contact ni, dalam SNW itu sendiri secara realiti rambangnya, jika user berumur 20an, sekurangnya 300 kenalan lost contact (maximum) dapat dicari, dan mungkin 150 akaun tersebut aktif, kebiasaannya orang yang memiliki akaun SNW turut memiliki akaun instant messaging. Orang yang tergolong dalam semua benda nak cepat inilah yang akan muak dengan SNW, sebab semua member lost contact dah add dalam instant messaging, termasuklah penulis sendiri. Melalui instant messaging pun boleh dilakukan “network berangkai”, tidak semestinya melalui SNW sahaja, bergantung kepada individu itu sendiri sebenarnya.

    Bercakap pula mencari kenalan baru, seperti dalam artikel, kekangan function yang tidak kena seperti private profile, kesusahan untuk add, yang mengurangkan minat user agresif dalam mencari kenalan. Namun, facebook berada didalam senarai teratas yang mesra pengguna dalam mencari kenalan lama, dan untuk mencari kenalan baru, semua SNW berada pada level yang sama. Dan friendster pula sedikit menonjol dalam function “groups” kerana ia lebih simple dan menarik minat user.

    Beralih pula kepada isu politik yang disentuh ikhwan yang mana turut mewarnai SNW tersebut. Dari pemerhatian penulis, medium ruangan maya mula menjadi perhatian para ahli politik,pemimpin-pemimpin Negara setelah berakhirnya PRU 12, dimana ruangan maya ini dikatakan banyak mempengaruhi undi golongan-golongan muda,maka berlumba-lumbalah pemimpin membukan akaun SNW mahupun membuat blog. Tapi secara pandangan peribadi, biasalah ahli politik, tugas mereka disamping melaksanakan amanah, mereka perlu mendekati rakyat, tapi sejauh mana keikhlasan mereka? Kalau setakat mahu memancing undi dengan membuka akaun SNW, dan kemudiannya menerima comment-comment rakyat, dan seterusnya membuatkan rakyat berfikir mereka sangat prihatin, ikhlaskah mereka? Tapi bukan semua ahli politik mahupun pemimpin seperti itu kerana ada yang betul-betul ikhlas. Ikhwan mungkin antara orang yang bertuah mempunyai teman-teman kalangan tokoh terkenal yang ikhlas melalui akaun SNW.

    Beralih lagi tentang aduan dan kritikan secara direct kepada pemimpin tertinggi melalui akaun SNW ini, penulis sedikit tertanya, sejauh mana aduan tersebut diambil kira? Sekadar makluman tanpa penyelesaian yang jelas tidak dapat dijanjikan. Aduan dan kritikan tersebut tidak mengubah apa-apa kerana Malaysia masih mengamalkan “Gunalah saluran yang betul”, sekadar mengadu di SNW yang tidak ubah seperti berbicara dikedai kopi kalau tindakan sekadar melepaskan batuk ditangga. Lihat sahajah FAM menyelesaikan kemelut, sesi seakan “slow talk secara direct” perlu dikepilkan bersama “Gunalah saluran yang betul”.

    Penulis sebenarnya bukan kecewa, tapi setiap individu mempunyai citarasa dan pemerhatian yang berbeza, kalau kita suka nasi goreng kampung, mungkin orang lain suka nasi goreng mamak, tapi pokoknya, ia tetap nasi putih pada asalnya dimana masing-masing boleh bercerita betapa tawarnya kalau tidak digoreng.

  • dnasura  
    June 3, 2009 at 3:43 AM

    erm tapi saya rasa serabut dengan SNW. mungkin sebab email yang penuh kerana updates yang selalunya bukan dari friendlist kita. sebab tu juga saya memilih untuk delete fs...yes, untuk kurangkan spam masuk email.

  • Anonymous  
    June 12, 2009 at 4:35 AM

    emmm..SNW telah mebuatkan dunia sekarang menjadi kecil..sesetengah pengguna SNW agak 'menggedik'..kenapa kita perlu beritahu satu dunia tentang 'private life kita?'biasalah..sape xsuka kan bila ade awek/lelaki yang berminat tegur kita kan..humm..ana rase keliru jugak dengan matlamat SNW ni..masing2 nak merebut populariti..

Post a Comment