Dulu Dan Kini  

Bila aku baru masuk UTeM , alangkah terkejut bila tengok lebih 50% bangunan dekat Kampus induk ini dah hampir siap.Alhamdulillah, bila nampak perubahan yang amat ketara.Baru 6 bulan aku tak masuk kampus induk (pergi Latihan Industri) dah nampak dah banyak perubahan.Dan yang paling best bila nampak ade ramai orang bersepah kat tepi jalan nak pergi FKEKK.haha kecian gak tengok diarang jalan jauh..sampai FKEKK je berpeluh-peluh,basah baju, bau hapak.he he Tapi seronok gak bila tengok diarang,baru terasa suasana Universiti.Kalu tak dulu aku pergi mane2 mesti takde orang.Keluar bilik kuliah tak de sesiapa, g toilet jalan kat tepi kelas sunyi je.Pergi cafe jumpe budak2 kelas je..Aduh ,terasa aku sorang je yang belaja kat Fakulti tu.Dah macam Fakulti tu aku yang punye.hehe Tapi sekarang ni dah berubah.dah tak sunyi macam dulu.. kalau nak buat kelas ganti pun kena booking awal2.Harap sebelum aku abis blaja 2010 ni,dapat la UTeM ni siap 100%.Seronok bila dari awal sampai akhir aku dapat lihat pembangunan UTeM ni.. memang best, cuma yang tak seronok bila ari hujan je..Aku dah tak larat nak bau ayam lagi..sakit tekak aku hidu benda ni lebih 3 tahun..harap masalah ni diselesaikan dengan bijaksana secepat mungkin.

AddThis Social Bookmark Button

7 comments

Post a Comment