Cadangan supaya wujudnya perpaduan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan oleh Saudara Lokman Noor Adam, Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kembali menghangatkan suasana politik di Malaysia. Jika dahulu pernah timbul cadangan isu kerajaan perpaduan antara UMNO dan juga Pas, namun isu itu kelihatan selesai apabila pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyatakan komitmen terhadap kerjasama di antara mereka tanpa melibatkan pihak luar. Semua rakyat sedia maklum tentang keperluan wujudnya perpaduan di antara parti UMNO dan Pas dalam hal yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu di negara ini. Keperluan yang mendesak ini memaksa tokoh-tokoh besar agama seperti Sahibu Samahah Tan Sri Harussani dan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid turut sama menyatakan pandangan menyokong usaha ke arah perpaduan ini. Kita telah dilambakkan dengan pelbagai alasan dan sebab kepada keperluan itu, maka penulisan ini diharapkan mampu untuk memberikan satu pandangan baharu agar kita dapat melihat isu ini dalam perspektif yang lebih luas.
Terdapat kekeliruan pemikiran dikalangan kita apabila memperkatakan tentang perpaduan Islam dan Melayu di negara ini. Kita sering membayangkan satu bentuk penyatuan parti besar Melayu seperti UMNO dan Pas. Seolah-olah mereka beranggapan bahawa perpaduan Melayu dan Islam itu hanya mampu dibina apabila bersatunya parti-parti politik Melayu di bawah satu kerajaan atau parti sahaja. Benar, itu boleh menjadi salah satu bentuk ukuran kepada perpaduan dan kesepakatan. Namun jika dilihat dalam kaca mata yang lebih fleksibal dan dinamik, perpaduan dalam konteks politik tidak semestinya menjurus kepada kewujudan penyatuan politik di bawah satu jenama parti tertentu. Ini kerana, tanggapan umum mendefinasikan perpaduan itu menjurus kepada kesamaan dan kesefahaman dalam banyak perkara, wal hal dalam politik kita memerlukan kerencaman pemikiran, perbedaan dalam idea-idea pembangunan negara dan kepelbagaian dalam pembentukan nilai-nilai kenegaraan. Kita memerlukan segala perbezaan ini dalam lapangan politik, namun begitu kita masih boleh mencapai perpaduan dalam erti kata yang sebenar. Perpaduan yang sebenar di dalam politik adalah apabila pemain-pemain politik Melayu Islam mampu bersama mempertahankan dan menyatakan secara terbuka tentang keseriusan mereka mempertahankan prinsip dan etika yang menjadi asas kepada kekudusan Islam di Malaysia. Di dalam konteks politik semasa, apa yang diperlukan ialah satu bentuk kerjasama politik yang memberikan penekanan terhadap hal ini, bukan pula memberikan penekanan terhadap usaha untuk menggabungkan kedua parti terbabit. Jika ada pihak yang serius untuk meneruskan agenda penyatuan ini, bermakna mereka sedang melakukan usaha yang sukar walaupun tidak mustahil. Penyatuan parti Melayu Islam di atas nama perpaduan masih belum tentu menjamin kesepakatan dalam mempertahankan Islam, indahnya perpaduan hanya pada nama namun belum tentu dalam tindakannya. Umat Islam di Malaysia harus bijak meletakkan keutamaan pada setiap tindakannya, apakah dengan berlakunya penyatuan parti politik lebih utama daripada memberikan penekanan terhadap kesepakatan dikalangan politikus Islam mengenai perkara-perkara dasar yang wajib dipertahankan? Soalan yang wajar untuk kita semua fikirkan.
Kelihatan sedikit aneh apabila ada segelintir pemimpin di dalam kedua-dua parti yang bersifat sangat negatif apabila membincangkan hal perpaduan ini. Sebahagian mereka memandang parti lawan penuh curiga, kadangkala memberikan reaksi balas dengan kadar yang sedikit gelojoh. Ada beberapa hal yang difikirkan menjadi punca kepada reaksi ini, pertamanya kebimbangan jika berlakunya penyatuan politik maka akan terhapuslah peranan sedia ada dan potensi masa depan kerjaya politik mereka. Menghalang sebarang usaha perpaduan antara kedua parti adalah pilihan terbaik yang ada pada mereka. Keduanya wujud sikap dendam dan isu peribadi yang melibatkan sebahagian pemimpin kedua parti. Permusuhan ini berlaku disebabkan oleh faktor sejarah dan juga persekitaran sosial politik yang ada. Sudah seakan menjadi lumrah politik, segelintir pihak akan memaki hamun dan memfitnah musuh politik mereka. Hal ini sudah menjadi makanan ahli politik dan ia sudah membarahi ikatan persaudaraan Islam yang sedia terjalin. Punca ketiga ialah sikap fanatik dan taksub pada parti politik anutan mereka. Ahli politik jenis ini menganggap parti wakilan mereka seolah-olah sudah menjadi ‘agama’ yang wajib mereka taati dan pertahankan daripada campur tangan pihak luar. Apabila ahli politik secara keterlaluan taksub pada politik kepartiannya, segala bentuk fikir akan menjurus dalam konteks yang sempit. Apa sahaja isu yang akan dibawa atau dibincangkan, politikus jenis ini akan sentiasa meletakkan keutamaan pada keuntungan parti anutannya sahaja. Berikut merupakan antara cabaran dalaman terbesar yang perlu dihadapi oleh kedua-dua parti jika mereka serius untuk mengadakan kerjasama politik. Penyakit aneh sebahagian ahli politik ini dapat diubati jika mereka jelas terhadap matlamat utama berpolitik dalam Islam yang mana mementingkan kesejahteraan rakyat dan bukan pula bermatlamatkan kepentingan peribadi. Entah betapa ramai politikus yang kononnya mereka berjuang untuk rakyat, namun apabila diminta berkorban demi kepentingan rakyat, namun golongan ini menyepi dan bersembunyi dibalik timbunan emas mereka. Hal ini merupakan sifat kedangkalan berpolitik yang hanya akan merugikan umat Islam. Politikus yang matang dan bijak akan menilai setiap isu melangkaui batasan parti dan sentiasa meletakkan keutamaan Islam melebihi keuntungan peribadi dan parti. Kita kekurangan ahli politik Islam seperti ini yang mana mempunyai daya tajdid dalam pemikirannya. Pemikiran politik lama yang beku dan rigid sudah tidak releven pada zaman ini, ia sudah berada pada satu tahap yang mana tidak bergerak. Tanpa daya tajdid dalam pemikiran ahli politik Islam kini, maka sukar untuk merealisasikan perpaduan Islam dikalangan politikus sekalian.
Kita harus mengambil sikap rasional yang mana mewujudkan satu medan perbincangan sihat bagi mewujudkan kesefahaman bukan sahaja dikalangan politikus Islam, bahkan dengan ahli politik bukan Islam. Mungkin akan timbul masalah persepsi dan prejudis pada peringkat awal pelaksanaan perbincangan perpaduan Islam seperti sikap kurang senang masyarakat bukan Islam. Masalah ini boleh diatasi dengan menjelaskan kepada mereka apa sebenarnya hala tuju perbincangan itu, manfaat hasil kepada mereka dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan ke arah perpaduan kedua parti terbesar. Perpaduan politik di antara parti UMNO dan Pas akan membawa manfaat kepada negara apabila menjadikan keadaan politik semasa lebih stabil, ini mampu menarik pelabur luar datang melabur di Malaysia. Hal ini juga akan memberikan implikasi yang baik terhadap pembangunan negara apabila banyak dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik apabila mendapat sokongan kuat daripada semua pihak. Kesemua manfaat ini dapat dinikmati kesannya kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Ini menjadi dalil yang kuat bagi parti politik bukan Melayu untuk menyokong dan turut serta menyertai perbincangan ke arah perpaduan di antara UMNO dan juga Pas.
Umat Islam di Malaysia kini dianggap lemah, sana sini masyarakat membincangkan hal ini. Kedengaran pelbagai teori punca masalah ini, antara yang kuat dicanang adalah kerana parti UMNO yang kini dilihat lemah dan sedang bergelut dengan suasana politik baharu. Apa yang menjadi tunjang kepada masalah umat Islam di Malaysia kini bukan kerana lemahnya UMNO, bukan juga kerana kuatnya asakan DAP, tetapi kerana kita seringkali mengambil langkah mendiamkan diri dalam banyak hal. Kita kekurangan kesepakatan dan ketegasan dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan umat Islam di Malaysia. Jika ada pun nada yang dilontarkan, ia lebih kepada lepasan emosi yang berlebihan. Oleh itu, objektif perbincangan mengenai kerjasama politik Melayu Islam ini harus jelas, mencari kesepakatan dikalangan ahli politik mengenai prinsip dan dasar yang wajib dipertahankan sesama mereka walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza. Dalam kesepakatan itu, masih lagi memelihara kepentingan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Sekali lagi ingin ditegaskan, apa yang diperlukan kini ialah kesepakatan dan perpaduan, bukan pula penyatuan kedua parti politik. Kedua-dua parti mengaku mendasari kepentingan Melayu Islam, ia juga memiliki sejumlah besar pengikut yang setia dan mempunyai pemimpin yang berpengalaman luas dalam arena politik, namun jika mereka gagal untuk duduk semeja berbincang dan bersetuju dalam beberapa perkara, alangkah malang nasib umat Islam di Malaysia miliki pemimpin seperti mereka!
written by Mohd Nasri
at Saturday, December 27, 2008
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Baginda mangkat pada jam 11.45 pagi tadi di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan setelah mengadu sakit kepala dan ketidakselesaan pada jam 8.10 pagi tadi. Istiadat pengebumian jenazah akan diadakan pada hari Isnin selepas solat Asar kerana menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.
Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa tengah malam semalam.Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter. Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.
Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam semalam selepas pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satukenyataan semalam.
Anyway , apa pendapat rakan-rakan blogger lain ?adakah penurunan sebanyak 15sen @ sekupang 5 duit (bahasa utara) ini cukup untuk mengurangkan tekanan inflasi yang semakin meningkat?
Terdahulu, Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ,Datuk Shahrir Samad berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Julai meningkat sebanyak 4.4 peratus kepada 109.8 berbanding dengan 105.2 pada tempoh yang sama tahun lepas.Beliau berkata kenaikan paling ketara ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol iaitu sebanyak 6.9 peratus, pengangkutan (6.7 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api lain (1.4 peratus).
DAPATKAN LOGO YUBIYU ANDA DISINI. COPY DAN PASTE CODE DI WEBSITE ANDA.BAGI MEREKA YANG MEMILIKI AKAUN BLOGGER,HANYA KLIK LOGO DI BAWAH INI UNTUK DAPATKAN LOGO YUBIYU INI.TERIMA KASIH
SELAMAT DATANG WARGA UTeM
Assalamualaikum aku ucapkan kepada semua warga utem yang di hormati sekalian,di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi ke blog ini, tujuan utama aku wujudkan blog ini adalah untuk menjadikan blog ini sebagai medium untuk semua blogger2 dari utem untuk berhimpun seterusnya mewujudkan komuniti yang kukuh.Segala idea,permasalahan dan bolehlah di pos di sini untuk di bincangkan bersama. ANDA INGIN JOIN GROUP INI? SILA MENDAFTAR
Nikmat Naik MRT
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Kali ini aku
nak bercerita pasal MRT. Rasa macam aku tak pernah lagi cerita pasal tren
di Le...
Black Lives Matter
-
Ini kisah sedih yang ada segelintir rakyat Malaysia merasakan mereka juga
berada pada tempat George Floyd ni. Ditidakkan hak kerana bangsa mereka.
Sebenarn...
KERETA TERBANG MALAYSIA - PAK WAN TERLALU GELOJOH
-
1. Wawasan 2020 dan kereta terbang memang sinonim. Terutama bagi mereka
yang lahir sekitar tahun 80-an dan awal 90-an.
2. Kereta terbang merupakan satu be...
HATI TISU
-
i need to write this, hari ni call mak. dari seberang corong telefon
terdengar mak batuk2.tak berenti. agak teruk juga. tp mulut macam biasala
bila mak kat...
Things to Do While You Are in Sydney
-
Australia is a wide spread continent with several breath-taking sights. You
can enjoy your strolls on the white sands, wander through the rich and
green ra...
Just keep swimming!
-
If you want move forward, something have to change. Alah, macam kita nak
berjalan, kita kena melangkah, kena gerakkan kaki, makanya kaki kita bukan
di kedu...
Draft
-
Assalamualaikum and Hi Guys;
Ada 42 draft!!
errrr.. ada 4 cerita yang dlm draft tu tidak di publish.
The rest pernah di publish. dan di simpan dalam draft ...
Agen Mie Lidi Sidoarjo
-
Untuk Info lebih lanjut, silahkan kunjungi web JualMilidi.Com pada Link di
Bawah ini
Penyetok JualMilidi.Com
Agen Mie Lidi Sidoarjo - Kita adalah Toko mi...
Vientiane, Laos: Bahagian #3 (Bahagian Terakhir)
-
Assalamua'laikum!
Entah kenapa hari ni aku rasa nak *update blog*. Hahaha. Mungkin sebab baru
*retrieve* balik gambar-gambar lama masa *travel* dulu-dulu. ...
The Program (2015) Streaming in hd
-
Download The Program High Quality. Watch Movie The Program Movie Streaming with
duration 120 Min and released on 2015-11-19 and MPAA rating is 0.
- *Or...
After 22 November 2014
-
It has been a long time aku tak post anything on own blog.
Dah bersarang dengan post lama.
Let me restart all over again.
Hai. Saya Rara. 25. Dan ya, saya b...
diy kawen project : paper brown beg
-
assalamualaikum!
aku kalau bab diy2 nie memang aku suka walaupun hasil nya xde la cantik
mana. hahaha so untuk kahwin nie memang kalau boleh diy aku diy...
Kerana Kopi
-
Kerana kopi..
Aku susah tidur.
Pusing dari kanan ke kiri.
Tukar posisi.
Masih juga begini.
Kerana kopi..
Terimbau perkara lama.
Terjenguk update rakan sebay...
Ukuran Tanah : Saiz 1 ekar tanah besar mana?
-
Saya tertanya-tanya bagaimana nak gambarkan keluasan tanah seluasa 1 ekar?
Apa perbandingan yang sama saiz dengan saiz 1 ekar ni?
Anggaran tepat keluasan ...
Jeruk Mangga Asam Boi
-
Sekarang ni kan kalau korang perasan kat Fb tengah viral gambar2 jeruk
mangga asam boi ni. Pergh..terliur dibuatnye..Dah la aku ni memang
penggemar jeruk...
Travian Speed Indonesia: Perhatian Serangan !!!
-
*Travian Speed Indonesia: Perhatian Serangan !!!*
Berhubung sekarang sudah mulai masuk ke mid game, seluruh personil *Aliansi
- GK-SE 1™* harus memperhatik...
resepi nasi lemak mudah simple
-
olahan resepi sahabat baik. nutt.
tulis kat blog untuk rujukan masa hadapan.
tade lah nk whatsapp sahabat baik malam3 buta minta resepi nasi lemak.
nasi lem...
Berpindah kali ke 5
-
Masuk kali ni je dah kali ke 5 aku terpaksa berpindah walaupun didalam sama
negeri. Beginilah padahnya kalau duduk di perantauan untuk mencari rezeki
yan...
-
*|ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA|*
~*MAAF SEMUA PELANGGAN MASIHBAIK* *KERANA SILENT DALAM MASA YANG AGAK
PANJANG* KERANA ADA URUSAN YG PENTING TIDAK D...
Officially missing you
-
Dearest,
it hard to know that you belong to someone.. and for this break you away
from me... hide my love and my jealousy is too hard... pretend nothing ...
Alhamdulillah.
-
Tiada ungkapan yang mampu ku ucapkan selain mengucap syukur padamu ya
ALLAH, Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, di malam nisfu syaaban
kali i...
Titik Istimewa
-
Ada satu kain rentang putih yang sangat luas seluas mata memandang.
Luasnya tidak terkira sehingga kamu tidak nampak penghujung kain. Kain ini
ada lukisan...
Doaku Untukmu Sayang
-
khas untuk sahabatku..
Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan aku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang
Aku tak akan ...
SAY NO TO STRETCH MARK!!
-
pejam celik pejam celik da masuk 29w da..
*STRETCH MARK!!! *
rasa nya sume mommies to be sure mcm gerun je kan kalo ada stretch mark..
stretch mark tu bol...
-
ASsalammualaikum.....
You All know kan yang aku sememangnya suka memancing, mancing ikan, mancing
udang, mancing di sungai... mancing d laut... di darat pun...
ExDIT0811
-
=ExDIT0811=
kawan2..
ak tau kita semua nih tgh struggle utk menyesuaikan diri..
ada yg gi kelas junior.. tumpang kelas senior..
macam2 ragam student skel...
Hey There Delilah :)
-
ramai kawan yang bercerita pasal kenangan tahun lepas (2011), ada yang
manis ada yang biasa yang pahit pun ada. bila satu persatu cerita kawan sy
baca, sem...
How To Be Kind
-
There are some simple ways to be kind:Buy a packet of nuts and a few packs
of chocolates from the supermarket and give them to a homeless personVisit
an ag...
marah?kecewa?sedih?
-
peristiwa ini childish bagi aku--------------> 27jan: sudah tidak
diperlukan lagi.tiada penyelesaian terbaik kerna keputusan telah
dibuat.tanpa memikirkan ...
-
. t a k e s t i me .
We knew each other for 3 years. He has always been in love with me, until
one day somethings going crazy!! A person whom you fell dee...
Philadelphia Experiment-true or not?
-
Philadelphia Experiment merupakan salah satu ekperimen rahsia yang telah
dijalankan oleh pihak Navy USA yang sepatutnya dijalankan di Philadelphia
Naval Sh...
Bebas seperti Burung..
-
Kini, dia bebas…. Bebas seperti burung - burung yang ada di muka bumi ini.
Akan tetapi kebebasannya hanyalah untuk sementara.. Kini, dia bebas dari
beleng...
VIPRE Antivirus (Trial edition)
-
*VIPRE Antivirus is high- performance antivirus software that doesn't slow
down your PC like older, traditional security products.*
- *Cutting-edge pro...
Lets POP!
-
Salam..
Kini aku umumkan laman web rasmi ZamzurySani telah dilancar! ^_^
Konsep awal ni aku hanya jadikan sebagai *online portfolio* je. Sila-sila
la datan...
Tghari yg panas!
-
Tittt!...Bunyi yg menandakan pintu pejabat sudah boleh ditarik.Pintu
pejabat ditarik malas olehku.Sekali lagi aku menempatkan diri di hadapan
opisku.Aku me...
Pengenalan Episod 2
-
haha..kla..utk arena blogging tok aku telah berjaya menyediakan benda2
basic..antaranya adalah:
aku x berani bukak palak aku then amik gamba nya, so aku s...
X-am Final Final
-
Assalamualaikum...
5hb 11 08 - 18hb 11 08 aku akan mengadap ketas pekse final
wat kali terakhir..4 thn lebih kat cni just to much experience and
life that ...
TAMAT RIWAYAT
-
Blog ini telah tamat riwayat. Atas sebab untuk meningkatkan prestasi secara
drastik pada semester ini dan semester depan, karya geliga dan panjang
lebar ya...