Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Khutbah Jumaat  

Setiap hari Jumaat, kaum lelaki yang beragama Islam akan menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid. Saya juga pergi solat Jumaat pada hari ini dan khutbah Jumaat pada kali ini menarik perhatian saya kerana ia menceritakan kisah disebalik serangan rejim Yahudi laknatullah di Palestin khususnya di Gaza City. Dan ini merupakan antara input yang saya terima :

  1. Memperbanyakkan doa dan solat hajat memohon kekuatan diperoleh seluruh rakyat Palestin dan pejuang Islam yang mempertahankan agama Islam daripada ditindas. Mungkin pejuang Islam kalah dari segi ketenteraan kerana Amerika dan Israel sentiasa ada bekalan ketenteraan yang canggih tapi tidak siapa boleh melawan kekuasaan Allah s.w.t.

  2. Yahudi laknatullah memang terkenal dengan sifat kebencian terhadap agama Islam dan terus berusaha untuk menjatuhkan Islam dengan cuba menawan negara-negara Arab seperti Palestin, Jordan, Syria serta Madinah. Ada terdapat ayat Al-Quran yang menceritakan perihal Yahudi yang telah dilaknat di dalam kitab Injil dan Zabur. Yahudi teramat marah dengan perkara itu dan berusaha untuk menjatuhkan Islam.

  3. Sentiasa memboikot barangan yang memberi kepentingan kepada Israel dan Amerika. Dengan cara ini, sedikit sebanyak kita mampu menolong saudara kita di Palestin dengan tidak membantu sekutu ini menyediakan peralatan ketenteraan. Jika boleh, kita hendaklah berterusan memboikot produk-produk ini sehingga ke akhir hayat kita.

  4. Telah diceritakan perihal Yakjuj dan Makjuj yang akan datang membawa bencana di dunia. Ini sedikit sebanyak memberi persamaan kepada peristiwa yang sedang berlaku sekarang ini di mana Amerika dan Israel merupakan "Yakjuj dan Makjuj" iaitu dua sekutu yang memberi bencana kepada dunia yang aman ini.

  5. Perihal negara-negara besar dunia yang hanya mendiamkan diri apabila Palestin yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam dibom dan ditindas oleh rejim Yahudi laknatullah sedangkan apabila berlaku krisis kemanusiaan sebelum ini seperti pengeboman di Bali, negara-negara besar ini dengan pantas mengutuk pengeboman tersebut.
Memang tidak dinafikan bahawa walaupun kita tahu Amerika merupakan sekutu kuat Israel, negara-negara besar yang sebahagian besarnya "dilindungi" oleh Amerika juga merupakan sekutu rapat Israel, cuma negara-negara ini tidak memberi sokongan secara terbuka. Ini dapat dilihat apabila hanya negara-negara Islam sahaja yang mengutuk serangan di Palestin sedangkan negara lain hanya tunduk dan diam sahaja.

Ayuh rakan-rakan semua, marilah kita sama-sama membantu saudara kita di Palestin dengan menghulurkan bantuan tidak kira dengan wang ringgit mahupun harta benda. Namun, paling penting sekali, kita haruslah sentiasa tidak putus-putus berdoa memohon keampunan Allah s.w.t dan memberikan kekuatan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia umumnya dan kepada pejuang Islam yang sentiasa menegakkan kebenaran khususnya. Janganlah kita hanya menjerit memekik "Hancur Israel!!" "kami sayang palestin!!!" tetapi tiada apa yang kita boleh bantu. Ia hanya mensia-siakan sahaja malah, ia boleh mendatangkan dosa khususnya kepada kaum perempuan kerana dalam Islam sendiri sudah menyebut bahawa suara kaum wanita tidak boleh ditinggikan.

Sekian..

Fatwa yang mengharamkan sokongan kita pada Israel dan sekutunya : Klik di sini
Diambil dari : Blog Saya

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Al-Fatihah  

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Baginda mangkat pada jam 11.45 pagi tadi di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan setelah mengadu sakit kepala dan ketidakselesaan pada jam 8.10 pagi tadi. Istiadat pengebumian jenazah akan diadakan pada hari Isnin selepas solat Asar kerana menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Lagi berita

Berita Harian Online
News Straits Time Online
Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bernama News
Bernama Versi Melayu
Kibar bendera separuh tiang mula hari Isnin

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

IJN akan diswastakan ,Siapa Untung ?  

oleh Amin Inskandar@ Black

 Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.

Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu


Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?

Posting Asal

Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Kata beliau,

“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?


Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Antara yang awal membantah adalah dari PAS melalui Ketua Penerangannya ,YB Mahfuz Omar melalui kenyataan disini bahawa PAS membantah keras penswastaan IJN ini.


Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.

Apa pula kata rakyat?


p/s** Bagi saya rakyat bawahan terutama golongan berpendapatan rendah akan mengalami kesukaran untuk menjalani perubatan di IJN nanti disebabkan oleh kadar bayaran yang mungkin tinggi dikenakan terhadap pesakit. Anak Pak lang saya pernah menjalani pemeriksaan di IJN disebabkan anaknya yang mengalami penyakit jantung berlubang selepas dilahirkan. Tetapi anaknya meninggal dunia sebulan kemudian kerana jantungnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Apa yang saya hendak tegaskan disini adakah selepas ini Pak Lang saya yang hanya bekerja sebagai penjual daging mampu untuk menghantar anaknya atau sesiapa sahaja mendapat rawatan jantung di IJN ??

Bagi saya SIME Darby tetap sebuah konglomerat besar negara tidak akan berkompromi dari segi keuntungan seperti PLUS juga yang tidak menurunkan kadar tol walaupun sudah untung berlipatkali ganda.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Mudahnya mendapat gelaran Datuk  

Sewaktu menerima berita ini, saya cuma mampu ketawa besar. Harapnya ia cuma gurauan waktu tengahari semalam , tetapi rupa-rupanya ia satu perkembangan yang sahih. Esok, aktor Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. Rujuk Utusan Malaysia

Sewaktu Nicol David dianugerahkan Datuk, saya masih boleh terima kerana beliau konsisten mengharumkan nama negara.. tetapi Lee Chong wei dapat gelaran datuk tu, saya agak tidak bersetuju kerana beliau kalah kepada Lin Dan.Tetapi kalau semudah itu boleh dapat anugerah Datuk, apalah nak dihairankan dengan Shah Rukh Khan dapat Datuk! Mungkin Datuk tu boleh dibeli agaknya.

Terfikir saya, apa jasa Shah Rukh Khan sehingga mahu dianugerahkan Datuk? Ramai pejuang negara di luar yang perlu dihargai sumbangan mereka, tetapi aktor Bollywood seorang ini juga yang jadi pilihan hati.

Di England, penganugerahan Darjah Kebesaran sangat terkawal, dan sesiapa yang memperoleh Darjah sangat dihormati. Tetapi senario tersebut berbeza di Malaysia. Saban tahun ribuan Datuk bakal ‘dilahirkan’.

Selepas ini, mungkinkah Amitabh Bachan bergelar Datuk Seri ???

Jangan terkejut kalau orang yang bergesel bahu dengan anda di Puduraya atau mana-mana stesen LRT nanti juga bergelar Datuk!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button