Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Suara bantahan AUKU di Dewan Negara  



AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA


Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismail. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.

Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.

Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?

Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.

AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.

Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?

Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?

Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?

Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.

Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.

Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.

Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.

Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.

Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara
03 Ogos 2010

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Renungan buat mahasiswa di universiti  

Buat Mahasiswa....

Ini bukan tulisan asal saya namun untuk sekadar berkongsi dengan teman-teman pembaca.

Sayyid Abul Ala Maududi (1903-1979)

"‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.


Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.


I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’"


"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."


Syarah:


Mungkin, tidak ramai orang kita yang mengenali sosok pejuang Islam dari Pakistan ini. Sejarah telah mengukir betapa sosok ini berupaya berdiri sama tinggi dengan Imam Hassan Al Bana dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai Sistem Kehidupan di tanah air masing-masing. Sayyid Abul Ala Maududi merupakan seorang pejuang, intelektual dan da'ie yang cukup disegani dalam abad ke-20. Namanya senantiasa meniti dibibir para pejuang Islam yang dahagakan tiupan semboyan daripada pemimpin sepertinya. Beliau merupakan pengasas kepada Jamaat-e-Islami di Pakistan, sebuah gerakan Islam yang sama hebatnya dengan Ikhwanul Muslimin dibawah Imam Hassan Al Bana.

Ungkapan yang tajam dan tersirat di atas merupakan salah satu ekspresi diri beliau terhadap realiti sistem pendidikan yang telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan semenjak zaman kolonial hinggalah ke hari ini.
Kenapa begitu teruk sekali pandangan beliau terhadap universiti? Adakah pengorbanan mahasiswa tidak bererti dalam menimba ilmu? Persoalan ini akan terjawab jikalau kita bersikap kritikal dalam menilai sejarah dan impak yang tersirat didalam masyarakat. Memang benar. Universiti telah menjadi pusat penyembelihan kepada anak-anak muda yang suci pemikirannya. Disinilah mereka dikelar mindanya, dipatahkan tulang kesedarannya dan digantung maruah mereka selaku pengubah masyarakat. Para penyembelih yang terdiri daripada golongan aristokrat pendidikan telah mengupah manusia-manusia yang kelu untuk menyiat potensi minda perjuangan anak-anak muda ini. Diasingkan daripada realiti dan diangkat menjadi fantasi. Itulah keadaan sebenar pada hari ini. Golongan mahasiswa sudah dicincang dengan lumat sehingga tidak dapat dikenali lagi sebagai seorang 'insan' yang berguna pada rakyatnya. Terkurung daripada cahaya kebenaran, mahasiswa akhirnya dibutakan dengan lambakkan makanan berupa sampah untuk dibuntalkan perut minda mereka agar tidak ada apa lagi yang perlu dipersoalkan. Akhirnya, kegemukkan minda menghasilkan sifat kemalasan dan kepekaan kepada sekeliling menjadi pudar. Buta hati mula melingkar menusuk kalbu. Itulah mahasiswa. Hanyalah haiwan sembelihan buat golongan kapitalis yang menyedut darah merah yang segar daripada otak beku mereka.

Selagi mana golongan mahasiswa terpisah dengan realiti masyarakat, kehidupan yang sempit didalam kampus hanya mampu menjadikan mereka daging pejal buat golongan kapitalis yang saban hari menyediakan hidangan daging mentah buat umat manusia. Mungkin, inilah yang ingin cuba disampaikan oleh Pejuang Islam ini. Pendidikan warisan penjajah yang membunuh.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Penangan Nescafe  

Siapa rasa dia banyak minum Nescafe, terutamanya Nescafe 3 in 1 yang ada krimer di dalamnya? Adakah anda mengalami sakit-sakit, atau ketidakselesaan di dalam badan? Atau anda tiada rasa apa-apa? Nescafe merupakan antara minuman paling banyak diminum terutamanya oleh pelajar yang ingin study pada lewat malam kerana dipercayai Nescafe akan menghilangkan rasa mengantuk. Nescafe juga seperti rokok, kebanyakkan orang yang meminumnya pasti akan ketagih sehingga ada orang yang seolah-olah terseksa jika tidak minum Nescafe. Namun begitu, di sebalik kesedapan Nescafe yang menjadi antara tarikan utama, Nescafe boleh menyebabkan ginjal rosak untuk jangka masa panjang. Simptom-simptom berikut mungkin akan dialami :

  1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
  2. Kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  6. Tapak tangannya semakin basah.
Sebenarnya ini bukanlah simptom sebenar, ia hanyalah simpton yang dialami oleh seorang pelajar. Mesti ramai yang dah baca bukan? Saya terjumpalah 1 komen dari pembaca di blog ini yang menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Nescafe ini. Antara yang dikomennya ialah kandungan dalam Nescafe yang boleh menyebabkan kesihatan kita boleh menjadi negatif. Bolehlah baca di link di atas. Kesimpulan yang saya boleh buat, sepatutnya janganlah mengamalkan trend "stay-up" di tengah malam semata-mata ingin study. Dah la stay-up boleh menyebabkan biological clock kita berubah, malah benda-benda yang didakwa boleh menghilangkan rasa mengantuk juga boleh membawa padah kepada kesihatan kita seperti Nescafe. Kita amalkan trend "wake-up" jika ingin study. Pada pengalaman saya, "wake-up" untuk study boleh menyebabkan apa yang diulangkajinya cepat masuk ke dalam otak kerana otak kita berada di tahap kesegaran yang optimum. Sekian.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Keraguan Tentang Rakan Siswa  

"RakanSiswa.com adalah suatu ruang untuk meninjau isu-isu mengenai siapakah Tuhan, dan bagaimana rasanya mengenali Tuhan. Website nih mcm gerakan dakwah kristian je? Sasarannya pelajar universiti tempatan. Laman web ini dalam bahasa melayu. Guna perkataan Allah, bagi megelirukan org.

Antara tajuk yg mengelirukan:
Apakah Yesus adalah Tuhan?
Jwpn dlm website tu:
Kita boleh memperolehi pengertian atau kesimpulan bahawa Yesus adalah Allah yang tidak dapat dilihat, telah menunjukkan diri-Nya sebagai Peribadi yang dapat dilihat.
Nauzubillah, sapa2 ada info pasai website nih, tlg share.
p/s: hati2 la ngan website2 skrg, contoh macam rakan siswa nih, guna nama utk menarik visitor je. Padahal isi kandungan xda kena mengena dengan siswa. pastu, perkataan ALLAH digunakan dan di sama kan ngan yesus."

Dipetik dari buletin 'friendster'

adakah ini yang dimaksudkan dengan rakan siswa?
anda mungkin sekumpulan pedebat yang bagus.tapi tiada sebab untuk mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai alamat website untuk mengpopularkan website anda.
secara keseluruhannya memang tiada apa2 kandungan tentang perkembangan, isu semasa, berita dan info tentang mahasiswa di negara kita di dalam website ini.

hanya ingin menarik minat pembaca dikalangan mahasiswa (beragama islam, buddha, hindu dan sebagainya yang selain dari kristian) anda mengunakan nama 'rakansiswa' sebagai tajuk utama.

kepada semua mahasiswa, berhati-hati dengan dakyah seperti ini, terutama muslim.
kepada muslim, jangan mudah terpedaya dengan adanya website seperti ini.

Copy paste dari : Forum Ansara Serting

Komen : Saya rasa mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kewujudan laman web ini. Namun begitu, mungkin banyak lagi laman web yang mempunyai tujuan yang sama yang kita tak perasan. So, berjaga-jagalah.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button