Penangan Nescafe
written by Mohd Nasri
at Friday, November 21, 2008
Siapa rasa dia banyak minum Nescafe, terutamanya Nescafe 3 in 1 yang ada krimer di dalamnya? Adakah anda mengalami sakit-sakit, atau ketidakselesaan di dalam badan? Atau anda tiada rasa apa-apa? Nescafe merupakan antara minuman paling banyak diminum terutamanya oleh pelajar yang ingin study pada lewat malam kerana dipercayai Nescafe akan menghilangkan rasa mengantuk. Nescafe juga seperti rokok, kebanyakkan orang yang meminumnya pasti akan ketagih sehingga ada orang yang seolah-olah terseksa jika tidak minum Nescafe. Namun begitu, di sebalik kesedapan Nescafe yang menjadi antara tarikan utama, Nescafe boleh menyebabkan ginjal rosak untuk jangka masa panjang. Simptom-simptom berikut mungkin akan dialami :
- Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
- Kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

- Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
- Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
- Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
- Tapak tangannya semakin basah.