Suara bantahan AUKU di Dewan Negara  



AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA


Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismail. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.

Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.

Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?

Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.

AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.

Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?

Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?

Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?

Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.

Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.

Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.

Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.

Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.

Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara
03 Ogos 2010

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

My 3 Principles in Learning  

Being a student, I tend to find that there are three principles that I hold up high. 1st, respect your teachers regardless of how annoying he/she could, how old and quite sometimes a senile fellow, getting confused at some point or just some random uptight person. Because at the end of the day, he/she is the one that had the knowledge and whether you like it or not, you are the student.

You might hate the person being the teacher, getting at the receiving end during lectures, sometimes had to solve the problems at the front when he/she actually knew that you had no idea on how to solve but purposely called you up front. Or how you seem to score in the exam but never receive praise on your effort but get comment on how you can achieve better than this. Or perhaps the one that seem to favour certain student over others, perhaps the brainy ones, the pretty ones, the lickspittle. And you seem to be the blip in his radar, sometimes best being an unknown in his class until the end of the semester (owh if you reach this level, you can skip the class anytime you want, this is heaven haha).

But truth be told, you just have to respect their way of teaching. If he/she is good at what they do, then good for you. But if they are as bad as their attitude, you just have to endure the torment and be patient. Because you don’t have the luxury to choose who or how they will teach you. It is up to you to meet the challenge. If they raise the bar higher, you jump higher. It is simple as that.

And at times, they will teach you valuable lesson in life. Lesson that you sometimes won’t find in any other classes or lectures that you attend. I don’t know how to put it into words, or find the perfect example, but I’m pretty sure you know what I’m talking about.

2nd, uphold your place of learning to the highest point even when at times, people seem to condemn your learning institution as crap, of how disorganised or how dysfunctional certain department is, of how at times the organisation seemed to embezzle student’s money (OK, I hear this quite a lot actually). Yes at times, these organisations do suck. Big time, trust me. I have been at the receiving end. But perhaps not the whole time. Because I believe there are some people in the organisation that worked their arse off to try and make things works, even when things are falling apart. Aren’t we all human? We are not angel that is perfect to do every God’s will. So people are normal human that can't help themselves from making mistakes. The same people that work in these organisations make mistakes. Sometimes the mistakes don’t affect our daily lives but others people’s lives. Or perhaps sometimes the mistakes take the toll on us. And we end up having to take short semester for the sake of EAC. Owh this one sounds familiar isn’t it hehe.

But what do we do to help? No we don’t. We nag all the way, complaint here and there. Spreading false rumours when at times like this, the management try their best to settles the problems. If we are a good engineer, we tend to know that every logic had its flaws. Every design had its flaw. But we seem to be turned blind by our emotion and tend to blame everyone for this mistake. United we stand, divided we fall. You got to stick to your place of learning be it your school, your university, your kindergarten or whatever it is. Be proud of it and in due times you will remember that this is the place that get you started in life. This is the place where you learn, play, flirts, dated someone, grad with flying colours, grad with so-so result and still secured a job, or whatever life experienced you have there. Because those memories, those moments cannot be remake anymore. You only got one shot back there.

And finally the 3rd, what you give, you get back. Whatever knowledge that you seek and get, share it with the people around you, your friends, your peers & colleagues, subordinates. Anyone at all. Because by sharing you will not lose, but gain more and more afterwards. If not in this life, perhaps in the Afterlife. Like the popular saying, sharing is caring. Or whatever means that it may hold haha.

To you guys who just enrolled, please enjoy your campus life. Perhaps it might be different from other established universities but if I may say this, your campus life is on the making so it depends on how you want to create it. Other established universities had been developed for many years and some of it already had their culture, their way of campus life, so rigid that you had to adapt but here, in UTeM it is totally up to you. Owh and under the limit of the university rules of course.

So study hard and have fun while you still at it. Because we all did.


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

UMNO & Pas: Antara Perpaduan atau Penyatuan  



Cadangan supaya wujudnya perpaduan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan oleh Saudara Lokman Noor Adam, Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kembali menghangatkan suasana politik di Malaysia. Jika dahulu pernah timbul cadangan isu kerajaan perpaduan antara UMNO dan juga Pas, namun isu itu kelihatan selesai apabila pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyatakan komitmen terhadap kerjasama di antara mereka tanpa melibatkan pihak luar. Semua rakyat sedia maklum tentang keperluan wujudnya perpaduan di antara parti UMNO dan Pas dalam hal yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu di negara ini. Keperluan yang mendesak ini memaksa tokoh-tokoh besar agama seperti Sahibu Samahah Tan Sri Harussani dan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid turut sama menyatakan pandangan menyokong usaha ke arah perpaduan ini. Kita telah dilambakkan dengan pelbagai alasan dan sebab kepada keperluan itu, maka penulisan ini diharapkan mampu untuk memberikan satu pandangan baharu agar kita dapat melihat isu ini dalam perspektif yang lebih luas.
Terdapat kekeliruan pemikiran dikalangan kita apabila memperkatakan tentang perpaduan Islam dan Melayu di negara ini. Kita sering membayangkan satu bentuk penyatuan parti besar Melayu seperti UMNO dan Pas. Seolah-olah mereka beranggapan bahawa perpaduan Melayu dan Islam itu hanya mampu dibina apabila bersatunya parti-parti politik Melayu di bawah satu kerajaan atau parti sahaja. Benar, itu boleh menjadi salah satu bentuk ukuran kepada perpaduan dan kesepakatan. Namun jika dilihat dalam kaca mata yang lebih fleksibal dan dinamik, perpaduan dalam konteks politik tidak semestinya menjurus kepada kewujudan penyatuan politik di bawah satu jenama parti tertentu. Ini kerana, tanggapan umum mendefinasikan perpaduan itu menjurus kepada kesamaan dan kesefahaman dalam banyak perkara, wal hal dalam politik kita memerlukan kerencaman pemikiran, perbedaan dalam idea-idea pembangunan negara dan kepelbagaian dalam pembentukan nilai-nilai kenegaraan. Kita memerlukan segala perbezaan ini dalam lapangan politik, namun begitu kita masih boleh mencapai perpaduan dalam erti kata yang sebenar. Perpaduan yang sebenar di dalam politik adalah apabila pemain-pemain politik Melayu Islam mampu bersama mempertahankan dan menyatakan secara terbuka tentang keseriusan mereka mempertahankan prinsip dan etika yang menjadi asas kepada kekudusan Islam di Malaysia. Di dalam konteks politik semasa, apa yang diperlukan ialah satu bentuk kerjasama politik yang memberikan penekanan terhadap hal ini, bukan pula memberikan penekanan terhadap usaha untuk menggabungkan kedua parti terbabit. Jika ada pihak yang serius untuk meneruskan agenda penyatuan ini, bermakna mereka sedang melakukan usaha yang sukar walaupun tidak mustahil. Penyatuan parti Melayu Islam di atas nama perpaduan masih belum tentu menjamin kesepakatan dalam mempertahankan Islam, indahnya perpaduan hanya pada nama namun belum tentu dalam tindakannya. Umat Islam di Malaysia harus bijak meletakkan keutamaan pada setiap tindakannya, apakah dengan berlakunya penyatuan parti politik lebih utama daripada memberikan penekanan terhadap kesepakatan dikalangan politikus Islam mengenai perkara-perkara dasar yang wajib dipertahankan? Soalan yang wajar untuk kita semua fikirkan.
Kelihatan sedikit aneh apabila ada segelintir pemimpin di dalam kedua-dua parti yang bersifat sangat negatif apabila membincangkan hal perpaduan ini. Sebahagian mereka memandang parti lawan penuh curiga, kadangkala memberikan reaksi balas dengan kadar yang sedikit gelojoh. Ada beberapa hal yang difikirkan menjadi punca kepada reaksi ini, pertamanya kebimbangan jika berlakunya penyatuan politik maka akan terhapuslah peranan sedia ada dan potensi masa depan kerjaya politik mereka. Menghalang sebarang usaha perpaduan antara kedua parti adalah pilihan terbaik yang ada pada mereka. Keduanya wujud sikap dendam dan isu peribadi yang melibatkan sebahagian pemimpin kedua parti. Permusuhan ini berlaku disebabkan oleh faktor sejarah dan juga persekitaran sosial politik yang ada. Sudah seakan menjadi lumrah politik, segelintir pihak akan memaki hamun dan memfitnah musuh politik mereka. Hal ini sudah menjadi makanan ahli politik dan ia sudah membarahi ikatan persaudaraan Islam yang sedia terjalin. Punca ketiga ialah sikap fanatik dan taksub pada parti politik anutan mereka. Ahli politik jenis ini menganggap parti wakilan mereka seolah-olah sudah menjadi ‘agama’ yang wajib mereka taati dan pertahankan daripada campur tangan pihak luar. Apabila ahli politik secara keterlaluan taksub pada politik kepartiannya, segala bentuk fikir akan menjurus dalam konteks yang sempit. Apa sahaja isu yang akan dibawa atau dibincangkan, politikus jenis ini akan sentiasa meletakkan keutamaan pada keuntungan parti anutannya sahaja. Berikut merupakan antara cabaran dalaman terbesar yang perlu dihadapi oleh kedua-dua parti jika mereka serius untuk mengadakan kerjasama politik. Penyakit aneh sebahagian ahli politik ini dapat diubati jika mereka jelas terhadap matlamat utama berpolitik dalam Islam yang mana mementingkan kesejahteraan rakyat dan bukan pula bermatlamatkan kepentingan peribadi. Entah betapa ramai politikus yang kononnya mereka berjuang untuk rakyat, namun apabila diminta berkorban demi kepentingan rakyat, namun golongan ini menyepi dan bersembunyi dibalik timbunan emas mereka. Hal ini merupakan sifat kedangkalan berpolitik yang hanya akan merugikan umat Islam. Politikus yang matang dan bijak akan menilai setiap isu melangkaui batasan parti dan sentiasa meletakkan keutamaan Islam melebihi keuntungan peribadi dan parti. Kita kekurangan ahli politik Islam seperti ini yang mana mempunyai daya tajdid dalam pemikirannya. Pemikiran politik lama yang beku dan rigid sudah tidak releven pada zaman ini, ia sudah berada pada satu tahap yang mana tidak bergerak. Tanpa daya tajdid dalam pemikiran ahli politik Islam kini, maka sukar untuk merealisasikan perpaduan Islam dikalangan politikus sekalian.  
Kita harus mengambil sikap rasional yang mana mewujudkan satu medan perbincangan sihat bagi  mewujudkan kesefahaman bukan sahaja dikalangan politikus Islam, bahkan dengan ahli politik bukan Islam. Mungkin akan timbul masalah persepsi dan prejudis pada peringkat awal pelaksanaan perbincangan perpaduan Islam seperti sikap kurang senang masyarakat bukan Islam. Masalah ini boleh diatasi dengan menjelaskan kepada mereka apa sebenarnya hala tuju perbincangan itu, manfaat hasil kepada mereka dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan ke arah perpaduan kedua parti terbesar. Perpaduan politik di antara parti UMNO dan Pas akan membawa manfaat kepada negara apabila menjadikan keadaan politik semasa lebih stabil, ini mampu menarik pelabur luar datang melabur di Malaysia. Hal ini juga akan memberikan implikasi yang baik terhadap pembangunan negara apabila banyak dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik apabila mendapat sokongan kuat daripada semua pihak. Kesemua manfaat ini dapat dinikmati kesannya kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Ini menjadi dalil yang kuat bagi parti politik bukan Melayu untuk menyokong dan turut serta menyertai perbincangan ke arah perpaduan di antara UMNO dan juga Pas.
Umat Islam di Malaysia kini dianggap lemah, sana sini masyarakat membincangkan hal ini. Kedengaran pelbagai teori punca masalah ini, antara yang kuat dicanang adalah kerana parti UMNO yang kini dilihat lemah dan sedang bergelut dengan suasana politik baharu. Apa yang menjadi tunjang kepada masalah umat Islam di Malaysia kini bukan kerana lemahnya UMNO, bukan juga kerana kuatnya asakan DAP, tetapi kerana kita seringkali mengambil langkah mendiamkan diri dalam banyak hal. Kita kekurangan kesepakatan dan ketegasan dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan umat Islam di Malaysia. Jika ada pun nada yang dilontarkan, ia lebih kepada lepasan emosi yang berlebihan. Oleh itu, objektif perbincangan mengenai kerjasama politik Melayu Islam ini harus jelas, mencari kesepakatan dikalangan ahli politik mengenai prinsip dan dasar yang wajib dipertahankan sesama mereka walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza. Dalam kesepakatan itu, masih lagi memelihara kepentingan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Sekali lagi ingin ditegaskan, apa yang diperlukan kini ialah kesepakatan dan perpaduan, bukan pula penyatuan kedua parti politik. Kedua-dua parti mengaku mendasari kepentingan Melayu Islam, ia juga memiliki sejumlah besar pengikut yang setia dan mempunyai pemimpin yang berpengalaman luas dalam arena politik, namun jika mereka gagal untuk duduk semeja berbincang dan bersetuju dalam beberapa perkara, alangkah malang nasib umat Islam di Malaysia miliki pemimpin seperti mereka!    
oleh: Ajim (www.ajimtajdid.com)

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

ISLAM: Antara Keajaiban Atau Keaiban  

1. Jika kita perasan, ramai dikalangan umat Islam yang terlalu ghairah untuk mengaitkan sesuatu peristiwa dan hal yang kelihatan pelik serta ajaib kepada unsur-unsur mistik. Akhirnya, kaitan itu akan disandarkan kepada ajaran Islam. Kita pastinya pernah mendengar kisah-kisah seperti ada tulisan nama Allah pada hirisan daging, anak derhaka bertukar menjadi binatang, keajaiban para wali dan lain-lain. Aku fikir, hal ini berlaku mungkin kerana sebahagian mereka ingin memperlihatkan kehebatan dan kebenaran agama Islam. Namun, kadang kala ada kisah yang ingin ditonjolkan itu hanya mengundang gelak tawa masyarakat bukan Islam.

2. Biar aku berikan contoh yang mudah dan dekat dihati masyarakat kita. Pernah dengar air jampi menjadi pandai? Fenomena minum air jampi ini akan kerap melanda pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan juga SPM. Ibu bapa pelajar terbabit akan berjumpa Ustaz atau orang yang kelihatan pandai agama dan meminta Ustaz itu menjampi air untuk diberikan kepada anak mereka agar berjaya menduduki peperiksaan dengan cemerlang. Cuba kita bandingkan pelajar hasil air jampi itu dengan pelajar bukan Islam yang tidak minum air jampi, mana yang mendapat keputusan peperiksaan lebih baik? Jawapan kepada soalan itu mengecewakan bukan? Apakah ini bermakna ‘keajaiban’ air jampi ala-ala Islam itu satu pembohongan? Tatkala pelajar bukan Islam sedang sibuk menelaah pelajaran, kita masih bergantung pada ‘keajaiban’. Rahsia untuk berjaya dalam pelajaran bukan meminum air jampi pada malam peperiksaan, namun ia memerlukan sejumlah besar usaha dan kerajinan yang berterusan.

3. Fenomena terbaharu, terdapat banyak produk keluaran umat Islam yang meletakkan air zam zam di dalam produk mereka. Hal ini tiada salah pada awalnya, namun apabila ada sesetengah pihak yang mula menjanjikan keajaiban hasil daripada kandungan air zam zam itu seperti mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kronik, menjadikan akal cerdas dan pintar, dan seribu keajaiban lain, maka ini suatu hal yang berbahaya. Lebih menduka cita, air zam zam ini sering kali dikaitkan dengan agama Islam. Tatkala dunia perubatan sedang bertungkus-lumus mencari penawar berbagai-bagai jenis penyakit kronik, umat Islam sebahagiannya masih bermalasan bergantung pada ‘keajaiban’ air zam zam semata. Jika benarlah air zam zam itu seajaib yang dikhabar, maka pastinya umat manusia di Makkah itu sudah terhindar daripada sebarang penyakit kronik dan menjadi pintar-pintar belaka. Namun hakikat menunjukkan sebaliknya. Apakah ini sekali lagi menunjukkan pembohongan yang disandarkan kepada ‘keajaiban’ Islam?

4. Penulisan ini bukan bermakna ingin menolak keajaiban secara total, namun agar keajaiban itu dilihat dari sudut yang lebih rasional. Bagaimana mahu melihat dari sudut rasional? Ini mungkin kisah yang boleh dijadikan contoh. Seorang hamba Allah yang beragama Islam begitu ghairah menjaja cerita tentang bentuk awan yang mirip tulisan nama Allah dilangit. Ini menandakan kebenaran agama Islam katanya. Kemudian, seorang penganut kristian menunjukkan kepada orang Islam itu awan yang mirip berbentuk salib. Kemudian hamba Allah itu kelu seribu bahasa. Apakah kebenaran suatu agama itu bergantung pada ‘keajaiban’ seperti itu? Sila fikirkan sendiri.

5. Difahamkan, Nabi Muhammad s.a.w juga ada menggunakan jampi yang menurut Quran. Namun itu bukanlah jampi yang mampu menjadikan seseorang itu bijak dalam sekelip mata, atau juga air jampi yang mampu memurtadkan orang Islam seperti mana yang dipercayai sesetengah pihak yang mana apabila orang Islam meminum ‘Holy Water’, maka dia akan menjadi murtad kerana sudah tidak mampu mengucap. Jika benarlah ada air jampi yang mampu mengubah akidah seseorang, maka tidak perlulah Nabi bersusah payah berdakwah pada masyarakat Arab jahiliah. Lebih baik sahaja Nabi menjampi air zam zam di Makkah, pastinya seluruh penduduk Makkah ketika itu akan menjadi Muslim.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

World Cup 2010  



Semperna World Cup 2010..Jom Layan LIVE disini..Enjoy =)

1)Kalau ada iklan tunggu sekejap dan akan ada button closed.
2)Boleh pilih TV pilihan anda..pilih yang mana clear.
3)Sila rujuk jadual perlawanan untuk menonton

Read More...
AddThis Social Bookmark Button