Boikot Harian Metro!  



Harian Metro merupakan surat khabar Melayu yang paling ramai pembaca di  Malaysia. Muka depan akhbar ini selalu memaparkan berita-berita yang  bersifat sensasi, seksual, mistik dan gosip. Sebagai agen penyampai  maklumat, Harian Metro seharusnya lebih peka terhadap isus-isu yang  lebih penting dan membina jati diri masyarakat Islam terutamanya.

Laman  ini diwujudkan bagi mendesak pihak editor Harian Metro supaya lebih  bertanggungjawab dalam penyiaran berita dengan mengambil kira beberapa  hal seperti berikut:

1. Tidak memberikan fokus yang keterlaluan kepada berita-berita yang bersifat seksual, mistik dan sensasi.
2.  Menulis sesuatu berita dengan kadar yang sepatutnya dan tidak pula  berlebihan dengan membawa maklumat 'tambahan' didalam beritanya.
3.  Bertanggungjawab menulis sesuatu yang difikirkan membawa manfaat kepada  masyarakat, bukan pula memikirkan keuntungan dan jualan semata.
4.  Membuang semua iklan yang mempromosikan nombor ekor dan ramalan nasib.  Kehadiran iklan-iklan seperti ini sangat melampau didalam sebuah akhbar  yang majoriti pembacanya Muslim.

Laman ini akan dipadam sekiranya pihak editor Harian Metro memenuhi tuntutan seperti yang dinyatakan diatas.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Fakta IPv4  

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. IPv4 ialah Internet Protocol version 4. Ia mula diperkenalkan dalam dunia Internet pada tahun 1981. Sehingga sekarang, hampir 99% laman web dihos menggunakan IPv4. Beberapa fakta ini diambil dari Internet supaya kita tahu apa yang telah, sedang mahupun yang akan berlaku kepada IPv4 yang semakin uzur.

IPv6 bakal menguasai Internet?.


IPv4 pada masa silam
  • IPv4 mula diperkenalkan pada tahun 1981. IPv4 juga merupakan versi pertama bagi protokol internet.

  • IPv4 menggunakan skema alamat dot-desimal 32-bit (contoh = 10.62.1.48) sebagai alamat bagi sesuatu hos dan penerima.

  • Dengan menggunakan skema alamat sebegitu, IPv4 boleh menyediakan sehingga 4 billion alamat (laman web mahupun menggunakan dot-desimal). Sewaktu di awal pengenalan IPv4, tidak banyak aktiviti trafik internet yang berlaku.

  • Bagaimana semua komputer dan server menggunakan IPv4 sebagai protokol internet utama? Pada 1 Januari 1983, kesemua komputer dan server di seluruh dunia ditutup bagi mengemaskini komputer dan server supaya ia menerima IPv4 sebagai protokol Internet utama. Dunia Internet dihidupkan semula dengan kesemua komputer dan server berkomunikasi menggunakan IPv4 sebagai protokol internet.

  • Pada tahun 1992, ada laporan mengatakan bahawa salah satu kelas alamat dalam IPv4, Kelas B bakal kehabisan alamat. Pada masa itu, projek penyelidikan IPv6 telah pun bermula tetapi IPv6 waktu itu dikenali sebagai IPng (Internet Protocol next generation). Versi yang diletakkan pada IPng pada waktu itu ialah 6.

  • Pada tahun 1995, penyelidikan ke atas IPv6 dimulakan secara rasmi apabila ramai yang menyedari alamat dalam IPv4 akan habis dalam masa beberapa tahun. Pada waktu itu, IPv6 diperkenalkan dalam Mac OS, seterusnya dalam Linux dan akhir sekali Windows (Windows Vista merupakan versi Windows pertama yang menggunakan IPv6 sebagai protokol alternatif)


Option IPv6 dalam Windows Vista dan 7.


IPv4 pada masa kini
  • Ada laporan mengatakan bahawa alamat dalam IPv4 akan habis pada tahun 2011. Ini berdasarkan kepada trend penggunaan Internet yang semakin meluas serta banyak domain baru yang diwujudkan. (anggaran dalam 1 juta domain dalam seminggu).

  • Di India, TRAI (The Telecom Regulatory Authority of India) sudah pun menghantar surat kepada kerajaan India supaya menukar protokol dari IPv4 ke IPv6. Sumber.

  • Negara yang paling banyak menggunakan IPv4 ialah Amerika Syarikat dengan alamat yang berjumlah 143 million. Sumber.

  • Kebanyakkan laman web sudah berhijrah ke IPv6. Untuk mengetahui laman web itu boleh diakses dengan IPv6 atau tidak boleh berkunjung ke sini.

  • Silalah fikir dua tiga empat lima kali sebelum anda membeli domain. Pastikan domain itu boleh diakses dengan menggunakan IPv6.


Dunia Internet yang semakin sesak. Sumber.


IPv4 pada masa akan datang
  • Alamat dalam IPv4 bakal habis pada tahun 2011. Pada masa itu Internet mungkin akan "mati" kerana manusia tidak boleh mengakses Internet tanpa alamat. Anda boleh ibaratkan sebagai makanan yang sudah kehabisan yang hanya menunggu bantuan tiba.

  • Adakah peristiwa seperti yang berlaku pada 1 Januari 1983 akan berulang? Mungkin. Tetapi mampukah kesemua komputer ditutup kerana dirasakan mungkin terdapat lebih dari berbillion komputer yang keluar sebelum tahun 2006 (Windows Vista mula diperkenalkan).

  • Ada juga cadangan iaitu kesemua alamat Internet yang menggunakan IPv4 bertukar kepada IPv6. Mungkin cadangan ini dianggap gila kerana terdapat lebih berbillion-billion alamat yang perlu ditukar dan ianya bukanlah mengambil masa yang singkat.


Sekarang ini tidak dipastikan lagi Internet di Malaysia sudah dilengkapi dengan IPv6 atau belum. Tetapi aku try masuk laman web yang menggunakan IPv6 dan berjaya. Akhir sekali, janganlah terlalu excited jika anda sudah ada domain sendiri, tanya pada admin jika domain anda boleh diakses menggunakan IPv6. Takpun sila ke link ni untuk tahu jika anda boleh mengakses mana-mana laman web dengan menggunakan protokol IPv6
Sekian, terima kasih.

Sumber-sumber

IPv4 Unallocated Address Space Exhaustion
When Today’s ’Net Dies
IPv4 Not Dead Yet: 625 Days of IPv4 Addresses Remain
RFC2101 - IPv4 Address Behaviour Today
IPv4 Timeline - Google
Lacks of IPv4
IPv6 is becoming a reality
The history and success of the KAME project 1

*Entri dari blog Mohd Nasri, 3/3/2010

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Perhatian warga YUBIYU!  

Salam kepada semua warga YUBIYU!

Aku selaku antara admin didalam blog ini merasakan peranan blog YUBIYU semakin kurang menyerlah. Semakin kurang kiriman-kiriman yang menarik daripada warga YUBIYU. Aku mengharapkan semua ahli aktif menyumbangkan apa-apa sahaja berkaitan info, artikel, rencana yang membantu menaikan kembali blog yang semakin suram ini.

Aku juga ingin menyerahkan peranan sebagai admin kepada mana-mana ahli yang merasakan mampu membawa perubahan kepada laman blog ini. Sila berikan e-mail dan laman blog pada ruangan komen.

Sekian.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Internal Hard Disk 640GB For Sale  

Hard Disk Masih Dalam Plastik

Capaciti : 640GB
Model : Sata
Brand : Western Digital
Waranty : 2 Tahun
Condition : Tip Top [10/10]
Caption : Belum pernah pakai, masih dalam plastik
Prize : RM 180
Pos : RM10
COD : Sekitar Melaka
Cantact : 0136241730 (wan)

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Suara bantahan AUKU di Dewan Negara  



AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA


Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismail. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.

Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.

Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?

Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.

AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.

Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?

Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?

Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?

Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.

Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.

Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.

Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.

Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.

Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara
03 Ogos 2010

Read More...
AddThis Social Bookmark Button