Harga Minyak turun 15 sen  


Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa tengah malam semalam.Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.
Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam semalam selepas pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan semalam.

Anyway , apa pendapat rakan-rakan blogger lain ?adakah penurunan sebanyak 15sen @ sekupang 5 duit (bahasa utara) ini cukup untuk mengurangkan tekanan inflasi yang semakin meningkat?

Terdahulu, Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ,Datuk Shahrir Samad berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Julai meningkat sebanyak 4.4 peratus kepada 109.8 berbanding dengan 105.2 pada tempoh yang sama tahun lepas.Beliau berkata kenaikan paling ketara ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol iaitu sebanyak 6.9 peratus, pengangkutan (6.7 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api lain (1.4 peratus).


AddThis Social Bookmark Button

5 comments

Post a Comment