PTPTN  



Aku dengar PTPTN masuk 27/1/2010. Ada sesiapa yang boleh verify berita ni?

PENGUMUMAN:

PTPTN Update!! Sila baca dengan TELITI SAMPAI HABIS...Sy dh hntr surat pd NC pagi ini, malangnya NC sdg brcuti. Walaubgaimanapun, sy dh brbncg dgn Prof Zol (Dekan HEPA), Dato' Md Nor (TNCA) dan Pgwai Unit Kebajikan..hsil prbncgn.. Utk mohon suntikan pdhuluan khas rm500 ke dlm akaun pljr yg melibatkan jutaan ringgit, Jawatankuasa Kewangan prgkt unvsti prlu brsidang..dan ini akan memakan masa yg lama krna prlu melalui prosedur yg ketat yg tlh ditetapkn oleh Audit Negara.

Kptusnnya, Pljr2 yg mmrlukn wang bolhlah memohon Pinjaman Jangka Pendek (PJP) secara online di portal SMP...walaubagaimanapun, prosedur telah diringankan..hsil rundign, pljr2 thun akhir yg aslnya tidak lyk memohon PJP dibenarkn memohon dgn mngemukakan surat prjanjian byrn.. Bagi mmprcepatkn prmohonn, kaedh intrview telah diringkskn dan akan dijlnkn scpt mgkin..pljr akn dipggil intrview 1 atau 2 hari slps memohon..pihak HEPA sdg brbncg dgn bndhri utk mmbatalkn prosedur interview ini jika tidak melanggar tatacara yg tlh ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU)..hasil prbncgn akn dimklumkn kmudian..

bagi proses bank-in ke akaun pljr, sy tlh mghbungi Timbalan Bendahari dan brbncg mngenai prkara ini dan beliau brjnji akan memasukkan duit yg dimohon dlm masa 2 hari bkrja SELEPAS KELULUSAN DEKAN HEPA...Dekan HEPA juga telah mmberi jaminan,beliau tidak ada masalah utk meluluskn mana2 pljr yg memohon..

Pmotongan dari akaun PTPTN akan dibuat pada semester hadapan..so, untuk mengelak brlaku masalah "xckup duit" pd semster hadapan, pljr2 yg memohon PJP dinasihatkan supaya mmbayar terus ke Pejabat Bendahari stlh PTPTN mengkreditkan wang pada semester ini..so, tiada pemotongan pada semster hadapan..

Seperkara berkaitan, memandangkan isu ini sangat kritikal, Dekan HEPA hari ini akn berjumpa dgn Pengarah PTPTN di Kuala Lumpur utk brbncg mengenai isu ini..tiada kata putus setakat ini..jika ada kptusan sy akan mklumkn kmudian.. Apa2 pun, NC belum baca surat saya..jika beliau mmbri kptusn yg brbeza, sy akn mklumkn juga kmudian..

Diharap para pljr brpuashati dgn kptusn ini..inilah kputusn terbaik yg dpt dibuat..

BOLEH MULA MEMOHON PJP MULAI SEKARANG!! Mohon secepat mungkin untuk dapat lebih cepat! Maklumkan pada rakan2 yang lain.. Notis Rasmi akan dikeluarkan hari ini oleh Unit kebajikan, HEPA.


Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD THORIQ BIN MOHAMAD ZAID
Timbalan Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar, UTeM

4 Januari 2009

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SEO SOFTWARE:IBusinessPromoter  

Baiklah,hari ini sebab aku tak tau nak buat ape aku pun update blog ni lagi..Hehe kita bincang soal SEO lagi.Bagi sesiapa yang mahu menceburi bidang perniagaan internet,dan mahu website korang berada top 10 rankings google,software ini amat penting.Jangan risau sebab anda dijamin 100% website korang akan Top 10.Kalau takde apa lagi,boleh la mintak duit korang tu dikembalikan semula.Senang cerita.Antara pengguna software ini adalah Motorola,Siement,Ebay,Caterpillar,Canon dan banyak lagi company besr-besar.Dari segi harga pula untuk pakej standard ialah USD249 dan pakej business USD 499.Mahal bukan??Haha ,tapi aku rasa lagi berbaloi korang beli benda ni daripada pergi beli ebook atau kursus pasal SEO yang belum tentu lagi berjaya korang paham..Untuk sesiapa yang nak test guna software ni,bolehlah download free demo je.Percuma. KLIK DISINI



selamat mencuba semua.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

apa itu SEO?  

SEO, Search Engine Optimization ialah satu proses untuk meningkatkan jumlah dan kualiti trafik ke website melalui enjin pencari ( search engine ) melalui hasil carian yang natural ( “organik” / “algoritmatik” ) terhadap sesuatu katakunci (keywords). Kebiasaannya, laman web yang berada di kedudukan teratas untuk sesuatu kata kunci akan mendapat trafik pelawat yang lebih tinggi berbanding laman web di kedudukan terbawah.



Ramai pembuat website mencari kaedah bagaimana mahu menjadikan website mereka berada kedudukan 1-10 di website google.Hari ini aku akan berkongsi tips mudah cara nak dapatkan kedudukan itu di google.Cara yang paling mudah dan kalau korang malas nak belajar pening-pening soal SEO ini ialah gunakan keyword yang mendapat pemintaan tinggi di google.Kemudian jadikan keyword tu sebagai nama website korang.

Macam mane nak dapat keyword yang paling tinggi lak?tengok di tepi website google.contoh bawah ni



so,korang akan nampak keyword utem ada 4,200,000.Bila korang nak bagi nama blog korang nanti bolehlah tulis guna format macam ni. xxx-utem.com,xxx-utem.blogspot.com (xxx-keyword. com) atau apa-apa punlah.So setiap kali orang taip perkataan utem di search engine,blog korang adalah yang paling cerah mendapat kedudukan tertinggi di kedudukan 1-10 dalam masa tak sampai masa setahun.

Untuk blog ini berjaya berada kedudukan 1 dan 2 bagi keyword ",utem blog,utem blogger,blog utem,blogger utem,yubiyu". Untuk keyword Utem pula blog ni berada di kedudukan 9.Sebab tulah korang tengok cukup banyak pengunjung negara lain tersesat masuk kedalam blog niNtah bendera mane pun aku tak tau.Haha Ok lah..cukuplah tips aku buat hari ini. sesiapa yang nak mencuba boleh lah buat.


Perhatian untuk semua ahli .Hantarkan alamat website korang terbaru di blog ini bagi membolehkan website korang di masukkan di ruangan update ( PERKEMBANGAN BLOG KAMI).Insyaalah,kaedah ini mampu menarik pembaca blog ini pergi ke blog korang. Ada beberapa website ahli didapati sudah tiada kerana bertukar alamat.So,blog korang tidak dapat dimasukkan di ruangan update.Harap kerjasama.


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Tempahan T-Shirt Fakulti Dibuka Sekarang  

Perhatian kepada semua mahasiswa/i UTeM. Kami di sini membuka tempahan T-Shirt fakulti. Sebanyak 6 design mengikut fakulti masing-masing disediakan. Harga bagi setiap helai adalah RM20.00. Untuk tempahan anda perlu membayar wang deposit sebanyak RM10.00 dan memberikan butir-butir berikut :-

1. Nama (Yang mudah dikanali)
2. No. Phone (Yang mudah dihubungi)
3. Saiz baju (Mengikut kesesuaian badan)
4. Jenis Design(Design fakulti mana?)

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Time Relapse at Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya  







Taken from 4.00 pm to 6.00 pm at Kolej Kediaman Bunga Raya using Nikon Coolpix P90 at 30 seconds block.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Cara Membuat Student Web Mail Utem  

Assalamualaikum,
hari ini aku nak tunjukkan cara membuat e-mail bagi student utem.


1. Mula-mula masuk portal rasmi
utem > student webmail > go
2.kemudian ikut langkah-langkah dibawah



1.Klik butang




2.
Paparan antaramuka Windows Live akan muncul pada skrin.


















3.

MasukkannoMatrik@student.utem.edu.mydi ruangan Windows Live ID,

dan123456 pada ruangan Password


Klik butang Sign In. Antaramuka Provide account information akan dipaparkan.

Anda dinasihatkan untuk mengikuti kesemua arahan yang disediakan ini untuk

memastikan anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengingati segala

maklumat penting yang telah dimasukkan dan tiada kesukaran untuk mengakses

email@student.utem.edu.my pada masa akan datang.




Sila masukkan imej seperti yang tertera pada paparan tetingkap anda.

4.


Masukkan 123456pada ruangan password

.
5.


Pada ruangan Change Password, anda perlu memasukkan katalaluan baru anda. Katalaluan ini memerlukan sekurang-kurangnya 6 aksara. Anda perlu mengisikan kedua-dua ruangan ini dengan katalaluan yang sama.



Ruangan Select a question and secret answer adalah sangat penting sekiranya
anda terlupa dan perlu untuk mengingati semula katalaluan baru yang telah anda
masukkan.

Pihak Pusat Komputer tidak akan bertanggungjawab sekiranya
anda terlupa katalaluan yang telah anda masukkan.
6.

Sila pilih soalan yang dirasakan dapat diingati dan masukkan jawapannya rahsia yang dirasakan susah untuk diagak oleh pengguna lain pada ruangansecret answer.


7.


Cara lain yang boleh menyelamatkan anda sekiranya terlupa katalaluan ialah dengan memasukkan alamat email lain yang biasa anda pakai. Sila masukkannya diruanganAlternate e mail address.



8.


Sila penuhkan ruangan Your Information dengan memilih nama Negara dan tahun kelahiran anda.


9.


Langkah terakhir merupakan prosedur biasa dalam setiap pendaftaran akaun email. Sila baca semua keterangan yang terdapat pada Windows Live Service Agreement dan Privacy Statement.



10.

Sila klik butang I accept sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat yang telah

ditetapkan oleh pihak Windows Live, antaramuka Provide account information

berikut akan dipaparkan. Klik butang Sign in to Windows Live untuk meneruskan

penggunaan akaun email anda.


11.
12.

Anda perlu memasukkan nomatrik@student.utem.edu.my pada ruangan Windows

Live ID dan katalaluan baru yang telah anda masukkan sebelum ini pada ruangan

Password. Selamat menggunakan perkhidmatan Windows Live ini dengan berhemat.



ok.. dah siap pun. Sekarang anda akan memiliki email utem anda sendiri.
alamat email anda seperti berikut.

noMatrik@student.utem.edu.my

So,lepas ini anda akan maklumat terkini dari utem secara langsung kedalam email anda..
Selamat mencuba.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SIDANG MEDIA DR ASRI MENYANGKAL TUDUHAN PGSM  

Mari luangkan sedikit masa memahami isu ini. Moga anda tidak tersalah faham pada fitnah-fitnah yang melanda.


Penjelasan 1


Penjelasan 2



Penjelasan 3

Rentetan daripada isu ini dan pelbagai, berlaku pula siri penahanan Dr Asri selepas selesai menyampaikan satu ceramah di Taman Sri Ukay atas alasan berceramah tanpa tauliah. Apakah hal ini suatu yang wajar terjadi pada bekas Mufti?

sila rujuk link ini: Utusan

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Bolehkah Puasa Qada Dan Syawal Digabungkan?  

Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya... " (Riwayat Al-Bukhari). .

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Tiada Dalil Gabungkan Puasa Sunat Syawal Dan Qada Dalam Satu Niat

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin. net

Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya, " katanya.

"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq ) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim ( Jordan ), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.

Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya.

Reference : Gadis Kalis Peluru

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook  

kuiz

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).


Ustaz Abu Umair, (link)

Madinah, KSA.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Majlis Hari Raya 09  

salam lebaran dr kami...
Add Image
tapak konvo = berlangsungnya majlis sambutan hari raya aidilfitri 09
warna warni aidilfitri..
1 malaysia....hehehehe

wajah2 ceria pelajar UTeM..


Selamat Hari Raya semua..khusus kepada semua warga UTeM...semalam sy menterjebakkan diri dengan majlis sambutan hari raya UTeM yang bertempat di kampus durian tunggal, Wow sungguh meriah, yang lelakinya segak berbaju melayu bagai laksamana DO Re Me..hehehhe yang gadisnya ayu berbaju kurung bak siti sifir ngeh2x, dan deorg sume lebih hangat daripada biasa bak kata farah fauzan..:)..Sambutan hari raya kali ni agak meriah dan teratur, tak seperti tahun lepas makanan tak cukup, kena beratur panjang, last2 makanan tak de, nak carik air secawan pun susah, kena bersesak2.. hehhehe..penyertaan pelajar pun agak ramai baru lah meriah, suka tengok masa mereka bersalaman dan saling bermaaf maafan, lumrah seoarang manusia,..semoga majlis ini akan terus kekal dan meriah sepanjang tahun..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

 

PENDAFTARAN WAJIB MATA PELAJARAN SEMESTER II SESI 2009/2010

PEMBERITAHUAN

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
--------------------------------------------------------------------------------

PENDAFTARAN WAJIB MATA PELAJARAN SEMESTER II

SESI 2009/2010

PENDAFTARAN WAJIB MATA PELAJARAN SEMESTER II SESI 2009/2010 AKAN BERMULA DARI:



28 SEPTEMBER 2009

HINGGA

16 OKTOBER 2009.




SEHUBUNGAN ITU, SUKACITA DIINGATKAN KEPADA SEMUA PELAJAR AGAR DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DALAM MASA YANG DITETAPKAN BAGI MENGELAKKAN DIKENAKAN TINDAKAN DENDA LEWAT MENDAFTAR MATA PELAJARAN.


SEKIAN.



Saya yang menurut perintah,


Noor Asyikin Sulaiman
Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik

b/p Pendaftar
Date of this item added :
2009-09-29

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT HARI RAYA SEMUA (^_^)Y  


Get More Best Graphics Aidilfitri Comments at Myfwenster

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Kenali Potensi Diri  

Aku menulis ni bukan main hentam2 ye.. aku tulis ni daripada pengalaman dalam kursus Public Speaking dengan salah sebuah Recruitment Company (kunun-kununnye dulu aku dapat keje sebagai guru ICT di sekolah rendah).. Dalam kursus tu aku dapatla sedikit ilmu untuk dikongsikan dengan pembaca blog aku nih.

Macam mana nak kenal personality atau sifat semulajadi diri kita? Untuk melihat siapa kita sebenar, lihatlah kembali zaman kanak – kanak. Zaman kanak – kanak adalah zaman paling menyeronokkan, kita tidak mempunyai rasa malu, segan, kekok dan tidak pandai menipu diri sendiri. Pada usia akil baligh, manusia mula mencari identiti diri dimana setiap manusia mula mempunyai rasa malu, dan mula menjaga penampilan diri kononnya supaya mudah didekati ramai dan sesuai dengan keadaan dan peredaran zaman. Pada usia awal akil baligh, kita mula mencipda identiti baru dalam diri dan berubah daripada seorang kanak-kanak dan menjadi seorang dewasa.Kita mula hidup dalam topeng dan berselindung di sebalik topeng tersebut untuk menyembunyikan personaliti asal kita. Lama – kelamaan, kita mula rasa selesa dengan identiti tersebut dan menganggap ia adalah personaliti sebenar kita.

Untuk mengenal sifat peribadi sendiri, anda perlu mempunyai kejujuran, kemahuan untuk mengenali diri sendiri. Kenapa kita perlu berbohong untuk menjadi indiviu lain? Tidakkah tuhan menjadikan setiap manusia penuh dengan kesempurnaan? terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kebijaksanaan masing – masing untuk menggunakan kesempurnaan tersebut sebaik mungkin. Aku kurang bersetuju dengan ayat yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang terutamanya Melayu yang berbunyi :

“Manusia semuanya tidak sempurna”

Padahal, dalam al-Quran sekalipun telah menyebut bahawa manusia dijadikan dengan penuh kesempurnaan, lebih sempurna berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakanNya.
Manusia selalunya berasa tidak cukup dengan apa yang ada. Bahkan, tidak pernah mensyukuri apa yang  telah diberikan. Tahukah anda, Anda diberikan akal yang waras, mahukah anda menjadi gila sekiranya digantikan dengan kekayaan dunia?Anda diberikan 2 mata untuk melihat alam ciptaan Tuhan, mahukah anda menggantikan sebelah mata anda dengan sebuah Ferrari? Anda diberikaan sepasang tangan, mahukah anda kudungkan tangan anda untuk mendapat Kekayaan dunia? Anda diberikan kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap serta lidah untuk merasa makanan – makanan yang enak.

Tidakkah anda sedar, semuanya itu adalah  tidak ternilai. Anda adalah seorang yang istimewa jika dibandingkan dengan mereka yang lain. Anda bangun pagi menyantap makanan-makanan yang enak, tempat tidur yang empuk, mempunyai rumah, pakaian dan kelengkapan asas yang cukup. Tidakkah anda sedar bahawa ada orang lain yang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi? Cuba ranungkan, dan ingatlah, sesungguhnya anda adalah seorang yang sangat sempurna!

Mengenali diri kita yang sebenar bukannya sesuatu yang susah, yang penting ada kemahuan dan kejujuran dalam diri sendiri. Jujurlah pada diri sendiri. Jadilah diri anda yang sebenar. Jika anda berasal dari kampung, katakanlah “aku budak kampung”, jika anda berasal daripada keluarga yang susah, katakanlah “aku bukan terdiri daripada golongan yang kurang berada”. Kenapa anda perlu berpura-pura sebagai orang kaya padahal anda adalah seorang yang serba kekurangan? Jadilah diri sendiri. Bercakap apa yang benar. Sesungguhnya bercakap benar adalah lebih mudah. Bercakap benar dengan diri sendiri dan bercakap benar dengan orang lain. Anda tidak perlu memikirkan “jalan cerita” intuk bercakap bohong.

Kenapa kita “terpaksa” menipu? Kadang kala, anda berasa anda terpaksa menipu. Cuba fikirkan semula, kenapa anda menipu? Untuk menidakkan apa yang benar? Sesungguhnya, jawapannya sangat mudah. Anda berbohong kerana takut berasa malu. Kenapa? Cuba carikan jawapan, kenapa anda perlu berasa takut kepada sesuatu yang belum terjadi? Sama juga seperti anda inginkan sesuatu perubahan. Anda boleh lakukannya tetapi anda berasa takut. Anda masih mahu berada di “comfort zone” dimana anda telah berada di sesuatu keadaan yang anda anggap selesa. Anda takut jika anda lakukan perubahan, sesuatu yang buruk akan berlaku. Kenapa perlu takut pada sesuatu yang belum terjadi?

Cerita Selanjutnya di www.utemlife.co.cc
by hack87

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

NOTIS CUTI KHAS  

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Bakal Graduan UTeM  

Assalamualaikum...

Kepada bakal graduan UTeM 2009, berikut merupakan info buat tatapan...

Info Majlis Konvokesyen UTeM 2009

  1. Tarikh 02 october 2009 : Rehearsal
  2. Tarikh 03 & 04 October 2009 : konvokesyen
  3. Tempat : Dewan UTeM, Kampus Durian Tunggal (korang yg first rasmi konvo sana :D)

SESI PERTAMA 3/10/2009 PAGI

  1. IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  2. IJAZAH SARJANA SAINS DALAM KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
  3. IJAZAH SARJANA SAINS DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
  4. IJAZAH SARJANA PERTADBIRAN PERNIAGAAN ( PENGURUSAN OPERASI TERMAJU)
  5. IJAZAH SARJANA PERTADBIRAN PERNIAGAAN ( PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN INOVASI)
  6. IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
    • REKA BENTUK DAN INOVASI – DENGAN KEPUJIAN
    • STRUKTUR DAN GAHAN – DENGAN KEPUJIAN
    • TERMAL BENDALIR – DENGAN KEPUJIAN

SESI KEDUA 3/10/2009 PETANG

  1. IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
    • KAWALAN, INSTRUMENTASI DAN AUTOMASI – DENGAN KEPUJIAN
    • ELEKTRONIK KUASA DAN PEMACU – DENGAN KEPUJIAN
    • MEKATRONIK – DENGAN KEPUJIAN
    • KUASA INDUSTRI – DENGAN KEPUJIAN
    • KEJURUTERAAN KOMPUTER – DENGAN KEPUJIAN
    • ELEKTRIK INDUSTRI – DENGAN KEPUJIAN
    • ELEKTRONIK TELEKOMUNIKASI – DENGAN KEPUJIAN

SESI KETIGA 4/10/2009 PAGI

  1. IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PEMBUATAN
    • ROBOTIK DAN AUTOMASI – DENGAN KEPUJIAN
    • BAHAN KEJURUTERAAN – DENGAN KEPUJIAN
    • PROSES PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
    • REKABENTUK PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
    • PENGURUSAN PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
  1. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER
    • RANGKAIAN KOMPUTER – DENGAN KEPUJIAN
    • PENGURUSAN PANGKALAN DATA – DENGAN KEPUJIAN
    • PEMBANGUNAN PERISIAN – DENGAN KEPUJIAN
  1. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  2. DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
  3. DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
  4. DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sumber: http://www.konvo.com.my/utem/penerangan.html

Sekian,

Zulfadhli
http://shuttersyndrome.blogspot.com

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Perhatian para Alumni UTeM yang dikasihi...  

Assalamualaikum.. Persatuan Alumni UTeM akan mengadakan Bengkel Pengurusan Portal dan Majlis Berbuka Puasa AUTeM. Berikut merupakan info untuk tatapan para Alumni UTeM.

BENGKEL & MAJLIS ini berhasrat untuk mengimarahkan bulan Ramadan ini dengan mengumpulkan Ahli AUTeM untuk berinteraksi eratkan ukhwah disamping menambahkan kesatuan serta menyumbang di dalam majlis Perkongsian Ilmu tentang Pengurusan Portal AUTeM & Social Networking yang telah diwujudkan seperti Facebook AUTeM, Yahoo Group, Frienster AUTeM dll.

Host:
Persatuan Alumni UTeM (AUTeM)

Price:
PERCUMA untuk 80 Ahli berdaftar terawal berdaftar

Date:
Saturday, 05 September 2009

Time:
09:35 - 20:35

Location:
DEWAN DI MITC ANCASA HOTEL, MELAKA

Street:
MITC Ancasa Hotel Melaka, opposite to the Melaka International Trade Centre
Town/City:
Ayer Keroh, Malaysia

Phone:
062957707

Email:
info@autem.org.my

Bagi mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli, bolehlah berbuat demikian di http://www.autem.org.my/portal/

Sekian,

Zulfadhli
http://shuttersyndrome.blogspot.com

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN 1430H/2009M  

Agenda Program

8:00 –9:00 pagi Pendaftaran

9:00 –9:45 pagi Kesan Puasa Terhadap Pembentukan Peribadi Muslim

Ustaz Zaidi Muhammad Jalil

Timbalan Yang-Dipertua ISMA Melaka

Pengajar MRSM Alor Gajah

9:50 – 10:20 pagi Pembukaan & Perasmian Majlis

10:20-10:35 pagi Persembahan Nasyid

10.40-11.10pagi Minum Pagi

11:15-12:15 tghari Fiqh Ramadhan

Ust Ahmad Zainal Abidin,

Yang-Dipertua ISMA Melaka

Pensyarah, Universiti Multimedia Melaka

12:15-1.15 tghari Soal-jawab Isu Ramadhan

1:15-1.30 ptg Majlis Penutup

1.30 petang Solat Zuhur dan bersurai.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Remaja 22 Tahun Jual Blog Beliau Pada Harga USD$15,000,000  


Kalau ada orang tanye apa faedahnye ber blog ni? inilah jawapan nye.. Ya, jangan terkejut remaja berusia 22 tahun (Sebaya dengan aku tu.hehe) yang bernama John Wu telah berjaya menjual blog peribadinya pada harga USD$15,000,000 (bersamaan RM49 Juta), apabila blog milik beliau iaitu www.bankaholic.com telah dibeli oleh Bankrate.com.Blog tersebut merupakan sebuah blog yang berkaitan dengan hal ehwal perbankan terkini. Punca utama kenapa blog tersebut dibeli pada harga yang terlalu ‘menakjubkan’ ialah kerana blog tersebut telah berjaya mendapat kedudukan (ranking) tertinggi di search engine seperti Google & Yahoo pada hampir setiap keyword (katakunci) yang berkaitan dengan perbankan.Bankrate.com amat yakin bahawa pelaburan mereka itu amat berbaloi untuk jangka masa panjang.Ini merupakan sejarah penjualan blog termahal di dunia.Fuhyoo.. hebat kan??


p/s: bila orang nak beli blog aku ni? RM5oo K pun jadilah.ha ha.. gurau jek



Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PTPTN: Sudah islamik?  

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ptptnpic.jpg

Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.

Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.

Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.

Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.

UJRAH

Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.

Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?

Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.

YANG BERBEZA

Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :

Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik

Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-

Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)

= RM 2,100

Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100

Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.

APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA

Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.

Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.

Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.

Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.

Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.

Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-

Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100

Average Asset During The Year

Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :

Average asset = A1 + A2

2

Nota Keterangan

A 1 : Total asset at beginning of the period

A 2 : Total Asset at the end of the period

Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.

KESIMPULAN

Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Sha'ban 1430 H

08 Ogos 2009







[1] Ahmad, A. (1993) Contemporary Practices of Islamic Financing Techniques. Islamic Research and Training Institute, Jeddah, Saudi Arabia

Read More...
AddThis Social Bookmark Button