Khutbah Jumaat
written by Mohd Nasri
at Friday, January 16, 2009
Setiap hari Jumaat, kaum lelaki yang beragama Islam akan menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid. Saya juga pergi solat Jumaat pada hari ini dan khutbah Jumaat pada kali ini menarik perhatian saya kerana ia menceritakan kisah disebalik serangan rejim Yahudi laknatullah di Palestin khususnya di Gaza City. Dan ini merupakan antara input yang saya terima :
- Memperbanyakkan doa dan solat hajat memohon kekuatan diperoleh seluruh rakyat Palestin dan pejuang Islam yang mempertahankan agama Islam daripada ditindas. Mungkin pejuang Islam kalah dari segi ketenteraan kerana Amerika dan Israel sentiasa ada bekalan ketenteraan yang canggih tapi tidak siapa boleh melawan kekuasaan Allah s.w.t.
- Yahudi laknatullah memang terkenal dengan sifat kebencian terhadap agama Islam dan terus berusaha untuk menjatuhkan Islam dengan cuba menawan negara-negara Arab seperti Palestin, Jordan, Syria serta Madinah. Ada terdapat ayat Al-Quran yang menceritakan perihal Yahudi yang telah dilaknat di dalam kitab Injil dan Zabur. Yahudi teramat marah dengan perkara itu dan berusaha untuk menjatuhkan Islam.
- Sentiasa memboikot barangan yang memberi kepentingan kepada Israel dan Amerika. Dengan cara ini, sedikit sebanyak kita mampu menolong saudara kita di Palestin dengan tidak membantu sekutu ini menyediakan peralatan ketenteraan. Jika boleh, kita hendaklah berterusan memboikot produk-produk ini sehingga ke akhir hayat kita.
- Telah diceritakan perihal Yakjuj dan Makjuj yang akan datang membawa bencana di dunia. Ini sedikit sebanyak memberi persamaan kepada peristiwa yang sedang berlaku sekarang ini di mana Amerika dan Israel merupakan "Yakjuj dan Makjuj" iaitu dua sekutu yang memberi bencana kepada dunia yang aman ini.
- Perihal negara-negara besar dunia yang hanya mendiamkan diri apabila Palestin yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam dibom dan ditindas oleh rejim Yahudi laknatullah sedangkan apabila berlaku krisis kemanusiaan sebelum ini seperti pengeboman di Bali, negara-negara besar ini dengan pantas mengutuk pengeboman tersebut.
Ayuh rakan-rakan semua, marilah kita sama-sama membantu saudara kita di Palestin dengan menghulurkan bantuan tidak kira dengan wang ringgit mahupun harta benda. Namun, paling penting sekali, kita haruslah sentiasa tidak putus-putus berdoa memohon keampunan Allah s.w.t dan memberikan kekuatan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia umumnya dan kepada pejuang Islam yang sentiasa menegakkan kebenaran khususnya. Janganlah kita hanya menjerit memekik "Hancur Israel!!" "kami sayang palestin!!!" tetapi tiada apa yang kita boleh bantu. Ia hanya mensia-siakan sahaja malah, ia boleh mendatangkan dosa khususnya kepada kaum perempuan kerana dalam Islam sendiri sudah menyebut bahawa suara kaum wanita tidak boleh ditinggikan.
Sekian..
Fatwa yang mengharamkan sokongan kita pada Israel dan sekutunya : Klik di sini
Diambil dari : Blog Saya
January 16, 2009 at 4:53 AM
intipati yang hampir sama dengan khutbah jumaat yang aku dengar tadi..
cuma aku xbley tahan bile imam bertanya, orang palestin di sana mati syahid pertahankan agama dan negara tapi kalau kita mati apa?
January 16, 2009 at 5:30 AM
adakah semua org yg berada di palestin mati sebagai mati syahid? kalau cmtu aku pun nak g palestin gk..pstu lari2 kt situ tggu yahudi bom..