Kemana halatuju “Social Networking Website”?  

Artikel asal dari blog (bukan promote)

“Aku takde fs la,ms pun takde,fb tagged pun,ym x bole ke?gua kolot je..” . Sehingga artikel ini ditulis, penulis masih jenuh nak menjawab dengan member-member, penulis seorang yang tidak moden kerana tidak memiliki sebarang akaun “Social Networking Website”.

Sebenarnya penulis pernah memiliki dua akaun aktif dari Myspace dan Friendster lewat tahun 2003/04 mungkin, iaitu selepas setahun jagung website tersebut dilancarkan/ditemui. Friendster (2002), Myspace (2003) , Facebook (2004) , Tagged (2004) dan beberapa sekutu website yang lain. Entry ini diwujudkan bukan untuk menambahkan kekolotan penulis, tapi hanya ingin berkongsi dengan para pembaca, kemana sebenarnya halatuju “Social Networking Website” ini? Secara peribadinya, mengapa penulis sudah tidak memiliki sebarang akaun tersebut, atau lebih jelas lagi, “delete”.

Tertarik dengan konsep diterapkan, sama seperti orang lain juga, penulis tidak melepaskan peluang untuk register, yelah nanti orang cakap ketinggalan pulak. Tapi selepas beberapa tahun melayan, penulis terasa sedikit muak, rasanya konsep untuk mencari kenalan, merapatkan hubungan, photo sharing, media sharing seperti ada yang tidak kena. Penulis sangat jelas dengan apa yang ingin dicoretkan disini.

Matlamat “Social Networking Website”, lebih senang penulis short form kan sahaja kepada SNW, adalah untuk “connecting people” secara global, terang lagi bersuluh sebenarnya user hanya lebih selesa browse bakal kenalan senegara sahaja, itupun kalau di Malaysia, orang semenanjung sendiri pun lebih selesa mencari bakal kenalan bukan dari Sabah Sarawak dan begitu jugalah sebaliknya. Itu baru mencari kenalan, konsep pun sudah lari. Kalau ada manusia yang menjadikan SNW ini platform untuk berhubung dengan rakan-rakan sendiri sahaja bagaimana pula? Adakah matlamat mencari kenalan masih kena?. Perkara tersebut membuatkan penulis sedikit tersenyum, mengapa masih nak bermain membalas comment/testi dengan rakan sekelas mungkin, sedangkan setiap hari pun masih pergi makan kat cafe bersama-sama. Mungkin banyak sangat ingin diborak hingga terlajak ke dalam SNW. Mungkin mereka sangat bangga bila comment mencecah ribuan biarpun semua comment sudah melaluk yang bukan-bukan.

SNW ini pun sebenarnya menggelirukan,bukan sahaja user. Mereka jelas dengan matlamat mereka ingin menemukan kenalan baru, dan juga membesarkan jaringan kenalan pengguna, tapi mengapa function private profile diwujudkan? Sudahla penat nak browse, bila dah click, private profile pulak, nak add, minta berbagai-bagai email dengan last name apela pulak, ini dikatakan menemukan kenalan baru?. User pun satu hal, kalau nak private sana-sini, buat apa nak ada akaun SNW?, mesti nak comment-comment dengan rakan sekelas kan kan. Kasihan mereka tiada YM.

Bercakap pula tentang photo and media sharing, ini lagi satu kisah. SNW sebenarnya masih lagi relevan kerana ada user yang mengaplikasi baik function tersebut. Ruangan memori simpanan untuk gambar-gambar pengguna cukup besar, oleh itu pengguna dapat berkongsi memori manis bersama kenalan-kenalan maya dan realiti juga mungkin. Itupun kalau tidak di private kan ye tak? Sharing la sangat. Function ini juga sangat bagus kerana ada pengguna berlumba-lumba menghasilkan gambar kreatif dan abstrak untuk dikongsi bersama, tidak cukup dengan itu, gambar di edit pula untuk menampakkan menarik, sekurangnya masih ada benda yang bagus dari SNW ini. Itupun kalau tak ada user yang upload berpuluh-puluh keping gambar ngam-ngam size muka yang diambil menggunakan handset. Dengan gaya mendongak keatas,ketepi,kebawah,hasilnya sama sahaja, yang berbeza mungkin kali ini lidah sedikit terjelir, seterusnya mungkin kening terangkat sedikit mahupun mulut termuncung-muncung. Mereka kreatif!!

Secara kasarnya sahaja, lihatlah siapa yang mendominasi SNW ini? Sebab itu konsepnya banyak yang tidak kena, kerana apa? Biasalah, para remaja moden yang baru nak “up” sebenarnya yang menghuru-harakan konsep. Mereka bangga bila ribuan datang nak add, tapi sebenarnya semua tidak approve, mempunyai ribuan friends serata dunia, tapi bila di comment, semua tidak berbalas. Sudahla akaun hanya dibuka setahun sekali!. Ditambah dengan kepeningan SNW itu sendiri yang mewujudkan konsep top friends, adakah perlu ditonjolkan kawan yang mana paling rapat ataupun kawan yang biasa-biasa sahaja? kalau dah top first,takkan boleh letak 2 orang top first,susah nanti orang ada awek/pakwe ramai, Yea..connecting people..

Walaupun begitu, ia ternyata ada pro dan kontra tersendiri, sedangkan artis menjadi SNW sebagai platform untuk mempromosi album serta melayan peminat,tak cukup baguskah?.Ini cumalah pandangan peribadi yang dilontarkan untuk dikongsi, mungkin ada para pembaca diluar sana ingin berkongsi,lontarkan komen sahaja. Sekian.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Seorang Kamil Berpesan  

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera untuk semua,

di sini saya ada sedikit selingan ilmiah untuk dikongsikan bersama. semoga hari-hari yang kita lalui sepanjang bekerja di ofis atau sesiapa yang sedang blog walking pada hari ini akan terisi dan tidak sia-sia. Ada 10 pesanan yang telah disampaikan kepada Nabi Musa A.S untuk disampaikan kepada sekalian umat manusia.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah ra. berkata Rasulullah bersabda: "Allah SWT telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran as. dalam alwaah 10 bab:

1. Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. 
2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya akan Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
5. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
7. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab niscaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
8. Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
10. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah SWT menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa AS. dan Allah SWT memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

semoga selingan yang sedikit ini menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih bermakna dari hari ini. Awaluddin Ma'rifatullah. Amin.

p/s: saya bukan ahli agama, tapi cuma seorang kamil yang menulis untuk mengajak mendekati apa yang dilahirkan dengan nama agama, dan berkongsi apa yang dirasakan perlu. selamat bekerja/belajar. jangan stress2 ok. ^_^

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Bercakap dengan ZIONIS (siri 1)  

Penulisan ini merupakan satu usaha pendedahan terhadap gejala Zionism yang sedang berlaku dalam konteks sejarah dan kaitannya dengan isu yang berlaku di Palestin. Penulis akan memberikan beberapa sudut pandang yang mungkin berbeza dari perspektif perdana kerana ingin cuba membawa isu ini pada satu dimensi yang baru. Kebanyakan rujukan yang dibuat adalah berdasarkan pembentangan kertas kerja oleh panel di Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC (9 Mei 2009) anjuran PEMBINA & AMAN Palestin, penulisan Maszlee Malik dan pembacaan penulis.

Ramai dikalangan khalayak masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Penulis akan memberikan fakta yang menarik terhadap sekumpulan bangsa Yahudi non-Zionis pada siri-siri yang akan datang. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan ‘zion’ yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna ‘Land of Israel’.

Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionism mula menampakan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utama ialah:


1. Faktor ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakkan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.


2. Arab Revolt 1916

Kebangkitan semangat nasionalis dikalangan masyarakat arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara arab dari kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dikalangan masyarakat arab. Arab saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde’ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan Mc Mohan selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.


3. Perjanjian Sykes-Picot 1916

Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British.


Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People’ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dikalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:

“His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achiement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”


*siri berikutnya akan mengupas tentang kewujudan zionis dalam bentuk gerakan dan apa kaitannya dengan kuasa besar ketika itu..


Rujukan:

1. The Downfall of Islam (Ottoman Empire) & The Creation of The ‘Illegal’ State of Israel, Dr Roslan Mohd Nor (University Malaya)

2. Wikipedia; Zionism


Oleh: ajim

http://www.ajimtajdid.blogspot.com/

PENGUMUMAN: Oleh kerana beberapa masalah, sambungan siri ini hanya boleh didapati diblog penulis dan laman web www.al-ahkam.net sahaja.. harap maaf..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

baru update......  

sory guys......gue baru update blog gue........silalah masuk........aku bebtul bz 2,3 bulan nih........nih skali aku hupdate sumerr citer dalm satu hari.........selamat membaca.....

http://arcmalindahouse.blogspot.com/

Read More...
AddThis Social Bookmark Button