Al Fatihah-Mohammad Hapiz b Mat Abas, Tahun 2 BMCS,UTeM(mekanikal)  



Setiap yang bernyawa tu pasti akan kembali menemui pencipta Nya semula. Tu lah janji Allah. Tidak pernah terxepat atau telewat walaupun sesaat. Hanya kita yang perlu bersedia.Macam kebetulan plak… Tak percaya pun iya juga.. Baru pagi tadi terbaca satu post dekat blog member mengenai kawan dia yang study di Mesir meninggal dunia. And lepas try jugak usha-usha facebook arwah sebelum family dia delete account tersebut. Memang ramai kenalan arwah yang ucapkan takziah dan doa disitu. Dan saya puas fikir tu kalau family or kawan-kawan yang tahu account tersebut, kalau tak tahu??

Puas dok fikir, tadi usha facebook jap, and suddenly ternampak post kawan baik saya tentang kematian classmate beliau.Walaupun tak berapa kenal dengan arwah tapi pernah jugaklah terserempak beberapa kali.  Mohammad Hapiz b Mat Abas, pelajar tahun 2 BMCS utem (mekanikal). Terkejut sekejap. Sebab baru sangat fikir pasal benda-benda ni. Lepas tu tergerak hati nak bukak fb arwah. Memang banyak post tentang kematian beliau. Arwah meninggal dunia semalam 13 march 2010. Mulanya dia kena demam panas. Nak buat sebab dia jatuh pengsan and dalam perjalanan ke hospital melaka, jantung arwah dah tak berfungsi. Menurut kawan-kawan dia yang mungkin ikut hantar arwah ke hospital, doctor cuba lebih setengah jam untuk selamatkan dia, tapi Allah lebih sayangkan dia.

Disebabkan kes ni dah jadi kes polis, polis perlu melakukan post-mortem ke atas jenazah di hospital melaka pagi tadi lebih kurang 8.30 pagi. Jenazah dah selamat dikebumikan petang tadi di perkuburan Islam shah alam seksyen 21. untuk sahabat2 yg ingin ziarah di pusara,nombor pusara beliau adalah 2968, tanah perkuburan shah alam, seksyen 21.Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin...

Alfatihah untuk Mohammad Hapiz b Mat Abas, dan takziah untuk seluruh ahli keluarga beliau…


AddThis Social Bookmark Button

11 comments

Post a Comment