Selamat Datang ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entry ini khas buat bakal mahasiswa/i UTeM atau para pelajar lama yang nak mengimbau kenangan masuk UTeM. Sebagai permulaan, oleh kerana sekarang musim “1”. Penulis mengucapkan Salam 1Pelajar, 1Blogger, 1Entry.

Bagi mengelakkan blog ini jadi hidup segan mati tak mahu, penulis berusaha menulis 1Entry. Brader Sukrul (admin) tak perlu bayar royalti untuk ini. List exchange link dekat seratus secara pukal, merangkap penulis bersama. Sangat membanggakan! Tapi 1 entry untuk sebulan, payah juga. Ye dok? Internet ni kalau pandai main, piliharanya kampus tahun depan kita tak payah tampal poster. Mpp 07 dulu pun ada blog untuk nak maklum perkembangan isu. Lingkup juga. Peel budak la ni, lebih ke main Facebook tengok notifications. Apa pun, bagi bakal mahasiswa/I UTeM, segala info detail boleh dapat dari pelbagai fan/group di Facebook. Tapi ingat! Tak perlulah nak tambah lagi group “1000000 Budak UTeM” mahupun “I hate FKE/FKM/FKP etc”. Tinggal lah perangai budak-budak tu dekat sekolah/matrik. Coretan ini sekadar pembuka selera sebelum ke UTeM. Panjang pulak intro ye dok?

Apa yang bestnya UTeM ni?

Kita cerita dari segi hiburan dulu. Budak la ni, mentalitinya, masuk universiti ialah masa untuk berhibur. Penulis faham tu. UTeM ni.. antara IPTA strategik. Dari hostel ke kampus, 10 minit. Dari hostel ke pusat bandar, pun 10 minit. Bila dah masuk nanti, baru tahu untung dapat universiti dekat dengan bandar. Nak delivery mekdi pizza pun masuk dalam range. Nak ke kampus, bagi yang pakai motor. Sedikit peringatan. Musim final exam sem ganjil dan genap adalah musim hujan Melaka. Dalam 10minit, anda boleh jadi sayur rebus. Weekend pula, anda boleh turun Zoo Melaka, Tasik apa benda entah, dan Wonderland yang baru dibuka. Tutup cerita.

Dari segi pembelajaran pula. UTeM mengamalkan konsep terbaru, iaitu 50% Teori 50% Praktikal. Ngam ngam suey orang kata. Dan anda batch pertama yang merasmikannya. Untung tak untung, anda rasa sendiri lah ya?. Teori ni secara khasnya sekarang, adalah peratusan Final exam. Praktikal pula adalah hal-hal kerja lab, assignment lah bagai, presentation, kuiz, test 1 dan segala berkaitan. Mudah kan nak faham? Susah senang belajar tu, tak boleh nak kata apa lah. Benda ni abstrak. Kalau dah memang dasar pemalas dan main tangguk, lingkop comfirm.


Kemudahan-kemudahan di UTeM?

Pertamanya, sudah tentu lah ada Fakulti masing-masing. FKE kaler oren, FKEKK kaler biru, FTMK kaler kuning telor kuning, FKP kaler maroon, dan FKM hijau padang jarak padang terkukur. Ya, FKM dalam proses pembikinan. Orang putih kata.. under construction. FPTT? Penulis tak pasti hal ini kerana ia adalah kos baru diwujudkan. Dengar cerita ia mengguna pakai kampus bandar. Maaf dari pihak penulis.

Lain-lain, anda sangat beruntung kerana anda batch pertama yang mengguna pakai Masjid UTeM secara rasmi, nama masjid pula.. penulis tak berapa pasti. Mesin-mesin ATM pelbagai agensi bagi orang yang boros.. berada dimana-mana. Bagi yang nak bergiat dalam aktiviti kesukanan, semua jenis sukan anda boleh try dekat kompleks sukan. Dan juga Stadium UTeM. Stadium UTeM ni antara stadium universiti terbaik. Anda boleh nilai dari digital scoreboard nya, walau baru sekali dua diguna. Ok la tuu. Indoor outdoor semua boleh. Aktiviti main air macam kayak pun boleh. Kita ada tasik sendiri. Namun difahamkan, aktivit kapal layar tidak pernah wujud di UTeM. Dan.. wall climbing tu dah siap belum?

Kita ada Bangunan Canselori berbumbungkan minangkabau, 3 kafe pelajar setakat ini, 1 kafe staf, Perpustakaan 3 tingkat, Pusat Cyber untuk update blog, Koperasi untuk beli gula-gula, Klinik dan Pejabat Keselamatan untuk beli sticker. Lebih cemerlang, kita ada ambulans kita sendiri, walaupun hanya pakai untuk Joghaton. Ok laa.

Lain lain pejabat, tak perlu lah anda nak tahu. Anda kesini nak belajar, bukan bekerja.

Pengangkutan UTeM?

Kita ada bas sendiri, yang mengangkut student dari hostel ke kampus. Namun, dari hostel ke bandar hanyalah wujud untuk Kampus Bandar. Sahaja. Bas UTeM tiada kuota, masuk sampai penuh. Bagi yang ingin berpeleseran ke bandar selepas kelas, anda boleh naik bas Panorama yang masuk ke dalam kampus. Laluan ini mungkin laluan kerugian bagi bas Panorama, penulis sendiri pun tak pernah naik.

Bagi yang ada lesen, anda dibenarkan membawa kenderaan sendiri. Namun stok minyak tidak diberikan subsidi. Pengharaman kenderaan hanyalah ketika Minggu Haluan Siswa, sama seperti Dunhill, Surya mahupun Sallem. Tapi kalau nak buat kepala sendiri, masalah anda.

Lain-lain hal?

Apa benda lagi? Penulis pun taktau apa yang anda nak tahu. Sebagai penutup, entry ini sengaja dipublish pada weekend. Bagi mengelakkan bekas student UTeM yang bekerja, menyalahguna internet pejabat.

Terimalah lagu UTeM ku gemilang nyanyian penulis feat Nanti Mentor. Bye.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Iklan Permohonan Jawatan @ UTeM  


UTEM BLOGGERS UNITED ( YUBIYU )



Klik gambar untuk lihat Iklan Permohonan Jawatan
 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan) di Universiti ini seperti yang telah diiklankan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web Universiti bermula 24 Mei 2010.
 
Note :
 
Bagi permohonan jawatan akademik - terbuka sepanjang tahun
Bagi permohonan jawatan bukan akademik - sehingga 20 Jun 2010
 
..............................................................

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SUBJEK TAMBAHAN KEPADA TAHUN AKHIR  




Siapa yang terlibat..Jom bincang sikit apa masalah..hehe Klik image untuk di perbesarkan

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Mentor Musim ke - 4  





ex-singer Orkestra UTeM, Nani Hadzwani Salleh (duduk hadapan) di dalam rancangan MENTOR 4 protege kepada komposer Azmeer di TV3!Jom kita komen sikit.. hehe ramai tak peminat dia?




Yang atas ni korang teka sendiri la gambar dia yang mane?hehe

Read More...
AddThis Social Bookmark Button