Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Entry ini khas buat bakal mahasiswa/i UTeM atau para pelajar lama yang nak mengimbau kenangan masuk UTeM. Sebagai permulaan, oleh kerana sekarang musim “1”. Penulis mengucapkan Salam 1Pelajar, 1Blogger, 1Entry.
Bagi mengelakkan blog ini jadi hidup segan mati tak mahu, penulis berusaha menulis 1Entry. Brader Sukrul (admin) tak perlu bayar royalti untuk ini. List exchange link dekat seratus secara pukal, merangkap penulis bersama. Sangat membanggakan! Tapi 1 entry untuk sebulan, payah juga. Ye dok? Internet ni kalau pandai main, piliharanya kampus tahun depan kita tak payah tampal poster. Mpp 07 dulu pun ada blog untuk nak maklum perkembangan isu. Lingkup juga. Peel budak la ni, lebih ke main Facebook tengok notifications. Apa pun, bagi bakal mahasiswa/I UTeM, segala info detail boleh dapat dari pelbagai fan/group di Facebook. Tapi ingat! Tak perlulah nak tambah lagi group “1000000 Budak UTeM” mahupun “I hate FKE/FKM/FKP etc”. Tinggal lah perangai budak-budak tu dekat sekolah/matrik. Coretan ini sekadar pembuka selera sebelum ke UTeM. Panjang pulak intro ye dok?
Apa yang bestnya UTeM ni?
Kita cerita dari segi hiburan dulu. Budak la ni, mentalitinya, masuk universiti ialah masa untuk berhibur. Penulis faham tu. UTeM ni.. antara IPTA strategik. Dari hostel ke kampus, 10 minit. Dari hostel ke pusat bandar, pun 10 minit. Bila dah masuk nanti, baru tahu untung dapat universiti dekat dengan bandar. Nak delivery mekdi pizza pun masuk dalam range. Nak ke kampus, bagi yang pakai motor. Sedikit peringatan. Musim final exam sem ganjil dan genap adalah musim hujan Melaka. Dalam 10minit, anda boleh jadi sayur rebus. Weekend pula, anda boleh turun Zoo Melaka, Tasik apa benda entah, dan Wonderland yang baru dibuka. Tutup cerita.
Dari segi pembelajaran pula. UTeM mengamalkan konsep terbaru, iaitu 50% Teori 50% Praktikal. Ngam ngam suey orang kata. Dan anda batch pertama yang merasmikannya. Untung tak untung, anda rasa sendiri lah ya?. Teori ni secara khasnya sekarang, adalah peratusan Final exam. Praktikal pula adalah hal-hal kerja lab, assignment lah bagai, presentation, kuiz, test 1 dan segala berkaitan. Mudah kan nak faham? Susah senang belajar tu, tak boleh nak kata apa lah. Benda ni abstrak. Kalau dah memang dasar pemalas dan main tangguk, lingkop comfirm.
Kemudahan-kemudahan di UTeM?
Pertamanya, sudah tentu lah ada Fakulti masing-masing. FKE kaler oren, FKEKK kaler biru, FTMK kaler kuning telor kuning, FKP kaler maroon, dan FKM hijau padang jarak padang terkukur. Ya, FKM dalam proses pembikinan. Orang putih kata.. under construction. FPTT? Penulis tak pasti hal ini kerana ia adalah kos baru diwujudkan. Dengar cerita ia mengguna pakai kampus bandar. Maaf dari pihak penulis.
Lain-lain, anda sangat beruntung kerana anda batch pertama yang mengguna pakai Masjid UTeM secara rasmi, nama masjid pula.. penulis tak berapa pasti. Mesin-mesin ATM pelbagai agensi bagi orang yang boros.. berada dimana-mana. Bagi yang nak bergiat dalam aktiviti kesukanan, semua jenis sukan anda boleh try dekat kompleks sukan. Dan juga Stadium UTeM. Stadium UTeM ni antara stadium universiti terbaik. Anda boleh nilai dari digital scoreboard nya, walau baru sekali dua diguna. Ok la tuu. Indoor outdoor semua boleh. Aktiviti main air macam kayak pun boleh. Kita ada tasik sendiri. Namun difahamkan, aktivit kapal layar tidak pernah wujud di UTeM. Dan.. wall climbing tu dah siap belum?
Kita ada Bangunan Canselori berbumbungkan minangkabau, 3 kafe pelajar setakat ini, 1 kafe staf, Perpustakaan 3 tingkat, Pusat Cyber untuk update blog, Koperasi untuk beli gula-gula, Klinik dan Pejabat Keselamatan untuk beli sticker. Lebih cemerlang, kita ada ambulans kita sendiri, walaupun hanya pakai untuk Joghaton. Ok laa.
Lain lain pejabat, tak perlu lah anda nak tahu. Anda kesini nak belajar, bukan bekerja.
Pengangkutan UTeM?
Kita ada bas sendiri, yang mengangkut student dari hostel ke kampus. Namun, dari hostel ke bandar hanyalah wujud untuk Kampus Bandar. Sahaja. Bas UTeM tiada kuota, masuk sampai penuh. Bagi yang ingin berpeleseran ke bandar selepas kelas, anda boleh naik bas Panorama yang masuk ke dalam kampus. Laluan ini mungkin laluan kerugian bagi bas Panorama, penulis sendiri pun tak pernah naik.
Bagi yang ada lesen, anda dibenarkan membawa kenderaan sendiri. Namun stok minyak tidak diberikan subsidi. Pengharaman kenderaan hanyalah ketika Minggu Haluan Siswa, sama seperti Dunhill, Surya mahupun Sallem. Tapi kalau nak buat kepala sendiri, masalah anda.
Lain-lain hal?
Apa benda lagi? Penulis pun taktau apa yang anda nak tahu. Sebagai penutup, entry ini sengaja dipublish pada weekend. Bagi mengelakkan bekas student UTeM yang bekerja, menyalahguna internet pejabat.
Terimalah lagu UTeM ku gemilang nyanyian penulis feat Nanti Mentor. Bye.
May 28, 2010 at 10:20 AM
1st.
(pengomen salu nampak org buat gini, jadi pengomen ikut-ikut)
aktiviti kayak memang seronok. pengomen telah mencubanya, dan ingin pergi lagi banyak-banyak kali. Namun, bau air tasik kureng sikit. Tapi padanlah dengan harganya yang free.
Sedikit fakta bagi MAHASISWI yang bakal masuk FKEKK, anda kurang bernasib baik SIKIT, kerana FKEKK kekurangan lelaki kacak bergaya. Ini fakta. Sob. Tapi adalah jugak seorang dua yang boleh belah.
Selamat berjaya di UTeM.
May 28, 2010 at 6:05 PM
fasiliti agak menarik.. walaupun menunggu bas mcm tgu buah sukun jatuh.. xper.. tempat tgu bas mmg sentiasa dekat ngan kafe... dgr kata mesin atm dah bertambah.. selain bank islam dekat bangunan canselori tuh... kpd fkekk.. jika kekurangan leelaki kacak.. pandang ke kiri.. ader bdk fke... n pergi mkn jauh sket kat kafe 2 ader bdk fkp.. nak lebih beriman pergi masjid terus.. depan mata kot...
May 28, 2010 at 10:40 PM
Ya, ya. setuju dengan saudara amore. boleh usya lelaki fakulti lain. adalah juga penyedap mata memandang.
May 29, 2010 at 1:23 AM
aku tak setuju. lelaki FKEKK lah yang paling kacak dan penyanyang.
oh tambah lagi. masuk UTeM boleh jadi artis, tak percaya tengok entri sebelum-sebelum ni.
May 30, 2010 at 4:39 AM
aku sokong pendapat fendy. maybe lelaki2 kacak fkekk selalu ke library kot, tu yg x nmpak haha. tp bab penyanyang tu aku rasa ko je fendy ahaha.
May 30, 2010 at 9:35 PM
Bagi mengelakkan bekas student UTeM yang bekerja, menyalahguna internet pejabat -- terasa lah mcm ini
fendy - saya sokong.kacak,penyayang,pengasih,penuhsifat-sifat mahmudah.
June 3, 2010 at 9:33 AM
haha. sebab tu lah aku sayang UTeM
June 10, 2010 at 10:40 AM
sesape yang masuk FTMK terutamanya lelaki, sila jangan jadi mandom.
hahaha
June 18, 2010 at 12:44 AM
yeahhhhhhhhhhhhhhh...ak dak ftmk....rancak xcna??july melaka mari~~ha777....
June 22, 2010 at 12:26 PM
FKEKK adalah satu-satunya bangunan yang siap sepenuhnyaaa hahaha .tapi aku benci parking lot staff yang lagi byk dari student ahhaha
zhazu.blogspot.com
thanks :)
July 25, 2010 at 8:04 AM
kepada student FKP, belajar lah seadanya sebab hakikatnya anda menumpang di bangunan FTMK..heaven jugak sebenarnye sebab banyak gadis2 haha..
jangan pula ditanya bila bangunan FKP nak siap sebab anda akan disogokkan dengan pelbagai jawapan..
apa2 pun, selamat belajar dan semoga berjaya khas untuk student FKP dan seluruh warga UTeM secara amnya..
Kompetensi Teras Kegemilangan..
p/s : aku dah tunggu dari 2002 tapi sampai skang baru ade piling sket n signboard rezab tanah FKP..
October 5, 2010 at 3:31 AM
Dr. Sharimllah Devi a/p Ramachandran and Dr. Nik Rahila bt. Dato’ Wan Ibrahim of UTEM are poor and lousy English lecturers in UTEM. They are working in Department of Language & Communication. They just have paper qualifications (masters) but they are incompetent to teach / lecture students of higher institutes of learning. This is standard of Malacca University. Very poor. What a pity to their students! What will happen to their students standard. These people only want money but they are not willing to work hard for it. Only god can judge them! This university is of inferior standard for hiring people like them.
October 5, 2010 at 3:31 AM
WTF?
October 5, 2010 at 3:32 AM
Betul tu! Dr. Sharimllah Devi a/p Ramachandran memang malas!
October 5, 2010 at 3:48 AM
Dr. Sharimllah Devi a/p Ramachandran and Dr. Nik Rahila bt. Dato’ Wan Ibrahim of UTEM are poor and lousy English lecturers in UTEM. They are working in Department of Language & Communication. They just have paper qualifications (masters) but they are incompetent to teach / lecture students of higher institutes of learning. This is standard of Malacca University. Very poor. What a pity to their students! What will happen to their students standard. These people only want money but they are not willing to work hard for it. Only god can judge them! This university is of inferior standard for hiring people like them.
October 5, 2010 at 4:17 AM
who are you anonymous? tau complain but use anonymous? coward.
October 24, 2014 at 3:14 AM
is not about being a coward. this is about saving your own ass. Yup, has to agree with anon. Nik rahila is so pathetic. Pity her. Im quite close to her. She is a kind of a lady who loves to find and point out someone's mistake. She thought she is perfect in so many ways, yet she is not.
She is the most sad and sick person on earth. She is a bad witch. She breaks many people heart. hello...lady listen. Who are you to be consulted? I hope God gives you true happiness. This is because, u love to take away ones' happiness.
pls...stay away from us. Go away. Go away. Go away!!!!
October 28, 2014 at 7:31 PM
dah lepas 4 tahun baru nak reply ke wei!!
July 23, 2020 at 8:00 AM
Nik rahila is still PUAN. no Dr..LOL
January 9, 2022 at 5:47 AM
Suprisingly, rahila is still teaching at utem. Her online classes are worst. Class always cancelled. Give notes n ask to watch videos. Stupid videos. Mpp n hep should do something la wei. Who is her boss now? Want to report. And
March 21, 2022 at 1:46 AM
Agree.. the worst ever.
August 18, 2022 at 9:27 PM
pakaian untuk student perempuan ke kelas macam mana eh, bebas ke?