ISLAM: Antara Keajaiban Atau Keaiban
1. Jika kita perasan, ramai dikalangan umat Islam yang terlalu ghairah untuk mengaitkan sesuatu peristiwa dan hal yang kelihatan pelik serta ajaib kepada unsur-unsur mistik. Akhirnya, kaitan itu akan disandarkan kepada ajaran Islam. Kita pastinya pernah mendengar kisah-kisah seperti ada tulisan nama Allah pada hirisan daging, anak derhaka bertukar menjadi binatang, keajaiban para wali dan lain-lain. Aku fikir, hal ini berlaku mungkin kerana sebahagian mereka ingin memperlihatkan kehebatan dan kebenaran agama Islam. Namun, kadang kala ada kisah yang ingin ditonjolkan itu hanya mengundang gelak tawa masyarakat bukan Islam.
2. Biar aku berikan contoh yang mudah dan dekat dihati masyarakat kita. Pernah dengar air jampi menjadi pandai? Fenomena minum air jampi ini akan kerap melanda pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan juga SPM. Ibu bapa pelajar terbabit akan berjumpa Ustaz atau orang yang kelihatan pandai agama dan meminta Ustaz itu menjampi air untuk diberikan kepada anak mereka agar berjaya menduduki peperiksaan dengan cemerlang. Cuba kita bandingkan pelajar hasil air jampi itu dengan pelajar bukan Islam yang tidak minum air jampi, mana yang mendapat keputusan peperiksaan lebih baik? Jawapan kepada soalan itu mengecewakan bukan? Apakah ini bermakna ‘keajaiban’ air jampi ala-ala Islam itu satu pembohongan? Tatkala pelajar bukan Islam sedang sibuk menelaah pelajaran, kita masih bergantung pada ‘keajaiban’. Rahsia untuk berjaya dalam pelajaran bukan meminum air jampi pada malam peperiksaan, namun ia memerlukan sejumlah besar usaha dan kerajinan yang berterusan.
4. Penulisan ini bukan bermakna ingin menolak keajaiban secara total, namun agar keajaiban itu dilihat dari sudut yang lebih rasional. Bagaimana mahu melihat dari sudut rasional? Ini mungkin kisah yang boleh dijadikan contoh. Seorang hamba Allah yang beragama Islam begitu ghairah menjaja cerita tentang bentuk awan yang mirip tulisan nama Allah dilangit. Ini menandakan kebenaran agama Islam katanya. Kemudian, seorang penganut kristian menunjukkan kepada orang Islam itu awan yang mirip berbentuk salib. Kemudian hamba Allah itu kelu seribu bahasa. Apakah kebenaran suatu agama itu bergantung pada ‘keajaiban’ seperti itu? Sila fikirkan sendiri.
5. Difahamkan, Nabi Muhammad s.a.w juga ada menggunakan jampi yang menurut Quran. Namun itu bukanlah jampi yang mampu menjadikan seseorang itu bijak dalam sekelip mata, atau juga air jampi yang mampu memurtadkan orang Islam seperti mana yang dipercayai sesetengah pihak yang mana apabila orang Islam meminum ‘Holy Water’, maka dia akan menjadi murtad kerana sudah tidak mampu mengucap. Jika benarlah ada air jampi yang mampu mengubah akidah seseorang, maka tidak perlulah Nabi bersusah payah berdakwah pada masyarakat Arab jahiliah. Lebih baik sahaja Nabi menjampi air zam zam di Makkah, pastinya seluruh penduduk Makkah ketika itu akan menjadi Muslim. Read More...