ISLAM: Antara Keajaiban Atau Keaiban  

1. Jika kita perasan, ramai dikalangan umat Islam yang terlalu ghairah untuk mengaitkan sesuatu peristiwa dan hal yang kelihatan pelik serta ajaib kepada unsur-unsur mistik. Akhirnya, kaitan itu akan disandarkan kepada ajaran Islam. Kita pastinya pernah mendengar kisah-kisah seperti ada tulisan nama Allah pada hirisan daging, anak derhaka bertukar menjadi binatang, keajaiban para wali dan lain-lain. Aku fikir, hal ini berlaku mungkin kerana sebahagian mereka ingin memperlihatkan kehebatan dan kebenaran agama Islam. Namun, kadang kala ada kisah yang ingin ditonjolkan itu hanya mengundang gelak tawa masyarakat bukan Islam.

2. Biar aku berikan contoh yang mudah dan dekat dihati masyarakat kita. Pernah dengar air jampi menjadi pandai? Fenomena minum air jampi ini akan kerap melanda pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan juga SPM. Ibu bapa pelajar terbabit akan berjumpa Ustaz atau orang yang kelihatan pandai agama dan meminta Ustaz itu menjampi air untuk diberikan kepada anak mereka agar berjaya menduduki peperiksaan dengan cemerlang. Cuba kita bandingkan pelajar hasil air jampi itu dengan pelajar bukan Islam yang tidak minum air jampi, mana yang mendapat keputusan peperiksaan lebih baik? Jawapan kepada soalan itu mengecewakan bukan? Apakah ini bermakna ‘keajaiban’ air jampi ala-ala Islam itu satu pembohongan? Tatkala pelajar bukan Islam sedang sibuk menelaah pelajaran, kita masih bergantung pada ‘keajaiban’. Rahsia untuk berjaya dalam pelajaran bukan meminum air jampi pada malam peperiksaan, namun ia memerlukan sejumlah besar usaha dan kerajinan yang berterusan.

3. Fenomena terbaharu, terdapat banyak produk keluaran umat Islam yang meletakkan air zam zam di dalam produk mereka. Hal ini tiada salah pada awalnya, namun apabila ada sesetengah pihak yang mula menjanjikan keajaiban hasil daripada kandungan air zam zam itu seperti mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kronik, menjadikan akal cerdas dan pintar, dan seribu keajaiban lain, maka ini suatu hal yang berbahaya. Lebih menduka cita, air zam zam ini sering kali dikaitkan dengan agama Islam. Tatkala dunia perubatan sedang bertungkus-lumus mencari penawar berbagai-bagai jenis penyakit kronik, umat Islam sebahagiannya masih bermalasan bergantung pada ‘keajaiban’ air zam zam semata. Jika benarlah air zam zam itu seajaib yang dikhabar, maka pastinya umat manusia di Makkah itu sudah terhindar daripada sebarang penyakit kronik dan menjadi pintar-pintar belaka. Namun hakikat menunjukkan sebaliknya. Apakah ini sekali lagi menunjukkan pembohongan yang disandarkan kepada ‘keajaiban’ Islam?

4. Penulisan ini bukan bermakna ingin menolak keajaiban secara total, namun agar keajaiban itu dilihat dari sudut yang lebih rasional. Bagaimana mahu melihat dari sudut rasional? Ini mungkin kisah yang boleh dijadikan contoh. Seorang hamba Allah yang beragama Islam begitu ghairah menjaja cerita tentang bentuk awan yang mirip tulisan nama Allah dilangit. Ini menandakan kebenaran agama Islam katanya. Kemudian, seorang penganut kristian menunjukkan kepada orang Islam itu awan yang mirip berbentuk salib. Kemudian hamba Allah itu kelu seribu bahasa. Apakah kebenaran suatu agama itu bergantung pada ‘keajaiban’ seperti itu? Sila fikirkan sendiri.

5. Difahamkan, Nabi Muhammad s.a.w juga ada menggunakan jampi yang menurut Quran. Namun itu bukanlah jampi yang mampu menjadikan seseorang itu bijak dalam sekelip mata, atau juga air jampi yang mampu memurtadkan orang Islam seperti mana yang dipercayai sesetengah pihak yang mana apabila orang Islam meminum ‘Holy Water’, maka dia akan menjadi murtad kerana sudah tidak mampu mengucap. Jika benarlah ada air jampi yang mampu mengubah akidah seseorang, maka tidak perlulah Nabi bersusah payah berdakwah pada masyarakat Arab jahiliah. Lebih baik sahaja Nabi menjampi air zam zam di Makkah, pastinya seluruh penduduk Makkah ketika itu akan menjadi Muslim.

AddThis Social Bookmark Button

4 comments

  • Kuwe  
    June 20, 2010 at 10:15 PM

    Orang islam mengharapkan keajaiban semata-mata tanpa usaha. Celah mana nak dapat. Terlalu taksub dengan jalan singkat, tapi amalan entah kemana mana.

  • Shepha  
    June 20, 2010 at 11:49 PM

    orang kita taksub sangat dengan benda2 kecik sampai benda2 besar diabaikan.

    kadang-kadang sampai satu istilah Lord/God pun punya lah berdebat tak hengat sedangkan anak2 remaja kita beranak lepas tu buang anak kat tong sampah takde sape nak ambik tindakan.

    Allah kan Maha tahu.apa yg kita cakap,apa yg kita buat,semua Dia tahu.in what ever terms you say it,Dia paham.bagi aku,semuanya dari nawaitu hati.

    bagi aku boleh nak ikhtiar just jangan taksub sangat.anak kau tak belajar,bagi minum satu telaga air jampi pon Allah tak tolong beb.

    sekian :)

  • RastaMat  
    June 21, 2010 at 10:19 AM

    Allah Maha Besar...

  • lotikus disarimankan  
    July 7, 2010 at 11:19 PM

    Masyarakat sekarang.nak senang tanpa susah.

Post a Comment