Boikot Harian Metro!
Harian Metro merupakan surat khabar Melayu yang paling ramai pembaca di Malaysia. Muka depan akhbar ini selalu memaparkan berita-berita yang bersifat sensasi, seksual, mistik dan gosip. Sebagai agen penyampai maklumat, Harian Metro seharusnya lebih peka terhadap isus-isu yang lebih penting dan membina jati diri masyarakat Islam terutamanya.
Laman ini diwujudkan bagi mendesak pihak editor Harian Metro supaya lebih bertanggungjawab dalam penyiaran berita dengan mengambil kira beberapa hal seperti berikut:
1. Tidak memberikan fokus yang keterlaluan kepada berita-berita yang bersifat seksual, mistik dan sensasi.
2. Menulis sesuatu berita dengan kadar yang sepatutnya dan tidak pula berlebihan dengan membawa maklumat 'tambahan' didalam beritanya.
3. Bertanggungjawab menulis sesuatu yang difikirkan membawa manfaat kepada masyarakat, bukan pula memikirkan keuntungan dan jualan semata.
4. Membuang semua iklan yang mempromosikan nombor ekor dan ramalan nasib. Kehadiran iklan-iklan seperti ini sangat melampau didalam sebuah akhbar yang majoriti pembacanya Muslim.
Laman ini akan dipadam sekiranya pihak editor Harian Metro memenuhi tuntutan seperti yang dinyatakan diatas.
October 27, 2010 at 1:56 PM
berita harian pun banyak iklan2 tak sedap mata memandang....erm..any fan page too??
November 2, 2010 at 8:36 PM
xpe la bro. x suka x payah beli. byk lagi surat khabar lain yg ok
November 4, 2010 at 10:17 AM
Harian metro kan kategori tabloid.so,memanglah cara penyampaian dia macam tu.Kalau tabloid ni lebih bersifat hiburan, gossip dan lain2 dan tidak terikat kepada fakta.Sebab itu artikel2 yang berkaitan dengan alam mistik pun boleh dimasukkan seperti kes histeria.Walaupun secara logik dia xboleh diterima akal melalui fakta science.
Beza dengan akhbar, seperti NST,B Harian yang bukan tabloid. Semua ceritanya mestilah fakta dan xboleh dimasukkan perkara yang tak logik seperti alam mistik. Sebab tu kita xjumpe B harian laporkan kes histeria,jin ke,jembalang ke.
so,kena pandai pilih lah masa nak beli tu..kena tahu dia kategori ape?
December 7, 2010 at 9:09 AM
internet kan de..tv pas de...hahahhaa