Kira Keputusan Peperiksaan UTeM  

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Kira pointer 'unofficial' untuk semester 1/2010..
Hanya boleh dikira sekiranya kesemua subjek telah mempunyai gred..
GOODLUCK semua!



UiTM secara rasminya telah mengeluarkan keputusan peperiksaan semester 1/2010 kepada setiap pelajar mereka pada hari jumaat yang lalu(10 Disember 2010).. bagi para pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) pula, keputusan rasmi dijangka dikeluarkan selepas mesyuarat senat diadakan pada 22 Disember 2010 ini..

Tetapi bagi mereka yang telah mempunyai kesemua gred subjek bolehlah mengira sendiri pointer yang 'unofficial' korang dengan beberapa kaedah yang diberi dekat bawah ini:

1st sekali login dekat SMP masing-masing atau klik dekat SINI!
 kemudian pergi ke laporan.. rujuk gambar di bawah untuk lihat gred bagi setiap subjek.. (dekat tanda yang warna merah tu)


(pergi ke 'Laporan' dan klik 'Keputusan Gred Peperiksaan')

Ketahui jam kredit korang:

nilai jam kredit boleh rujuk pada no. kod subjek setiap subjek..
nilai dia dekat hujung kod tu..


contoh: BENE2133, so jam kredit dia adalah 3..
Kaedah manual:

NILAI POINTER GRED(NPG) X JAM KREDIT(JK)= NPGxJK
[kira untuk setiap subjek kemudian tambahkan untuk dapat total NPGxJK]

example: BENT C --> kira dia macam kat bwh nie

2.0 X 3 = 6.0
NILAI POINTER GRED(NPG) X JAM KREDIT(JK)= NPGxJK

nilai pointer untuk setiap GRED:
A [cemerlang] - 4.0
A- [cemerlang] - 3.7
B+ [kepujian] - 3.3
B [kepujian] - 3.0
B- [kepujian] - 2.7
C+ [lulus] - 2.3
C [lulus] - 2.0
C- [lulus bersyarat] - 1.7
D+ [lulus bersyarat] -1.3
D [lulus bersyarat] -1.0
E [gagal]- 0.0


bila dah kira dan dapat total NPGxJK
korang boleh la bahagikan dengan total jam kredit korang..

equation full untuk kira pointer GPA sem nie adalah seperti di bawah nie..

[TOTAL (NPG X JK) FOR ALL SUBJEK] / TOTAL JK = GPA

Kaedah mudah:

Sila klik link dekat bawah nie:

KIRA GPA ANDA

kemudian masukkan gred-gred bagi setiap subjek di ruang yang disediakan dan setiap jam kredit bagi subjek-subjek tersebut..

SEMOGA BERJAYA!! entry nie khas untuk kanak-kanak insan-insan yang berani menerima kenyataan sahaja.. Hehehe..

Thats all..

-TAMAT-

p/s: semoga anda dapat menerima fakta-fakta yang telah ada.. itu lah usaha yang anda telah buat sepanjang semester lepas.. jangan nak 'down' lebih-lebih pula ok? apa-apa hal pun korang tunggu je la keputusan official yang akan di keluarkan selepas mesyuarat senat nanti, 22 Disember 2010..

AddThis Social Bookmark Button

9 comments

Post a Comment