Selamat Tahun Baru 2009  


Click here to get hot comments and graphics...







p/s: Selamat Menyambut Tahun 2009 buat semua di ucapkan buat semua pengunjung sekalian terutamanya pelajar2 Utem. Semoga Tahun ini mendapat lebih keberkatan & membawa seribu keuntungan. Sebagai tanda penghargaan, tinggalkan ucapan Tahun baru anda di ruang komen buat semua rakan2 anda.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Al-Fatihah  

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Baginda mangkat pada jam 11.45 pagi tadi di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan setelah mengadu sakit kepala dan ketidakselesaan pada jam 8.10 pagi tadi. Istiadat pengebumian jenazah akan diadakan pada hari Isnin selepas solat Asar kerana menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Lagi berita

Berita Harian Online
News Straits Time Online
Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bernama News
Bernama Versi Melayu
Kibar bendera separuh tiang mula hari Isnin

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

IJN akan diswastakan ,Siapa Untung ?  

oleh Amin Inskandar@ Black

 Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.

Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu


Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?

Posting Asal

Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Kata beliau,

“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?


Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Antara yang awal membantah adalah dari PAS melalui Ketua Penerangannya ,YB Mahfuz Omar melalui kenyataan disini bahawa PAS membantah keras penswastaan IJN ini.


Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.

Apa pula kata rakyat?


p/s** Bagi saya rakyat bawahan terutama golongan berpendapatan rendah akan mengalami kesukaran untuk menjalani perubatan di IJN nanti disebabkan oleh kadar bayaran yang mungkin tinggi dikenakan terhadap pesakit. Anak Pak lang saya pernah menjalani pemeriksaan di IJN disebabkan anaknya yang mengalami penyakit jantung berlubang selepas dilahirkan. Tetapi anaknya meninggal dunia sebulan kemudian kerana jantungnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Apa yang saya hendak tegaskan disini adakah selepas ini Pak Lang saya yang hanya bekerja sebagai penjual daging mampu untuk menghantar anaknya atau sesiapa sahaja mendapat rawatan jantung di IJN ??

Bagi saya SIME Darby tetap sebuah konglomerat besar negara tidak akan berkompromi dari segi keuntungan seperti PLUS juga yang tidak menurunkan kadar tol walaupun sudah untung berlipatkali ganda.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SIAPA NAK SIHAT?  

p/s: apalah nak jadi sekarang ni? makin bertambah ilmu, semakin pelik-pelik saranan yang di berikan oleh pakar.Kepada anda semua yang sanggup mengikuti saranan ini, dipersilakan. ha ha aku tak sanggup. klik gambar untuk membaca artikel dengan lebih lanjut.(diperbesar dan diperjelaskan)

kepada pelajar utem yang baru pulang dari latihan industri,tahniah kerana telah berjaya melepasi ujian di luar sana. Aku baru je start wat latihan industri. Masih di tahap permulaan. Kerja pun tak banyak lagi.Masih banyak masa terluang. Mari berkongsi pengalaman bulan pertama Latihan Industri di tempat anda.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB  

"SEBAGAI RESPONS KEPADA POSTING SEBELUM INI BERKAITAN ASB, SILA BACA DAN MENILAI DENGAN ADIL"

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

ASB?

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sekian, Wassalam



[1] http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf

[2] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155



http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Salam Aidil Adha  

Salam Aidil Adha
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham.

YUBIYU ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga pelajar UTeM yang beragama Islam dan umat Islam di Malaysia yang lain. Di hari yang diwarnai sejarah pengorbanan ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar, pengajaran dan seterusnya menterjemahkan makna pengorbanan yang tersemat di dalam Sirah Islam, bersempena dengan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sesuai dalam konteks kontemporari hari ini.

Di samping kita meraikan hari bersejarah ini disisi keluarga dan sanak saudara yang tersayang, ingatan dan doa kami khas ditujukan kepada mereka yang ditimpa bencana dan diduga Tuhan. Sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan takziah dan penuh rasa simpati kepada keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa, kejadian kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Tangkak dan warga Pantai Timur yang terpaksa berhadapan dengan belenggu banjir.


Orang Haji pergi ke Mina
Balik membawa kurma nabi
Aidil Adha disambut bersama
Salam muafakat tersemat di hati



Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Fatwa: Ada haram dan harus  

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis


p/s : Ini adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 22/11/2008 di pejabat Jakim.Fatwa ini menerangkan kepada umat Islam bahawa kita dilarang mengamalkan senaman yoga.Kesan daripada fatwa ini telah membuatkan beberapa pihak terutama kaum bukan Islam mempersoalkan langkah pengharaman yoga ini oleh pihak Majlis Fatwa.Saya sempat mengikuti seisi penerangan oleh Jakim di rancangan Isu Semasa di TV 1 mengenai fatwa pengharaman yoga ini dan antara isu penting diketengahkan ialah fatwa ini hanyalah untuk umat Islam dan ia tidak melarang kaum bukan Islam untuk mengamalkan senaman yoga.Jakim juga sama sekali tidak mengatakan senaman yoga diharamkan di Malaysia tetapi hanya melarang umat Islam mengamalkannya kerana bertujuan untuk menjaga akidah umat Islam.Hal ini sememangnya sudah jelas dan tidak perlu dipersoalkan lagi oleh kaum bukan Islam kerana ia tidak akan melibatkan mereka.


Fatwa juga ada melibatkan perkara harus dilakukan dan tidak melibatkan semua haram sahaja.Contohnya pada bulan Februari 2008, JK Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahwa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional(ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB) serta dividen yang diterima adalah harus.Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.Marilah kita melabur di ASB dan ASN...!!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button