IJN akan diswastakan ,Siapa Untung ?  

oleh Amin Inskandar@ Black

 Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.

Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu


Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?

Posting Asal

Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Kata beliau,

“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?


Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Antara yang awal membantah adalah dari PAS melalui Ketua Penerangannya ,YB Mahfuz Omar melalui kenyataan disini bahawa PAS membantah keras penswastaan IJN ini.


Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.

Apa pula kata rakyat?


p/s** Bagi saya rakyat bawahan terutama golongan berpendapatan rendah akan mengalami kesukaran untuk menjalani perubatan di IJN nanti disebabkan oleh kadar bayaran yang mungkin tinggi dikenakan terhadap pesakit. Anak Pak lang saya pernah menjalani pemeriksaan di IJN disebabkan anaknya yang mengalami penyakit jantung berlubang selepas dilahirkan. Tetapi anaknya meninggal dunia sebulan kemudian kerana jantungnya tidak dapat diselamatkan lagi.

Apa yang saya hendak tegaskan disini adakah selepas ini Pak Lang saya yang hanya bekerja sebagai penjual daging mampu untuk menghantar anaknya atau sesiapa sahaja mendapat rawatan jantung di IJN ??

Bagi saya SIME Darby tetap sebuah konglomerat besar negara tidak akan berkompromi dari segi keuntungan seperti PLUS juga yang tidak menurunkan kadar tol walaupun sudah untung berlipatkali ganda.

AddThis Social Bookmark Button

6 comments

  • Anonymous  
    December 21, 2008 at 10:26 AM

    klo dah swasta nak wat mcm mane? kita orang bawahan ikut je la..

  • Pantherian  
    December 21, 2008 at 6:32 PM

    apa la nk ikut semua org atas kata,mana dia hak sebagai rakyat msia dlm negara demokrasi.Tak semestinya kita semua pak turut atau Yes Boss,kita boleh suarakan bantahan di media melalui NGO atau menghantar memorandum bantahan keras penswastaan IJN.Ini kerana IJN adalah untuk kemudahan untuk masyarakat Malaysia.Sebagai pelajar pun blh suarakan bantahan melalui MPP ka atau NGO belia.Kalau MPP di IPTA msia ini peka, inilah isu yang mereka boleh suarakan untuk kepentingan masyarakat.


    Takkan nanti golongan yang boleh mendapat rawatan jantung hanyalah seperti Tun Mahathir yang sebanyak 2 kali menjalani pembedahan di IJN.

  • a.b geldofg  
    December 22, 2008 at 8:52 AM

    jabatan pdana menteri tk nak dswtakan?

  • Anonymous  
    December 23, 2008 at 2:56 AM

    ramai2 la kita kerja swasta.. ha ha lagipun org2 kerajaan ni lembaplah.. kualiti kosong.. klo klinik kerajaan,memanglah murah.Tp datang pkl 8am dapat rawatan pukul 12pm.. ape dia..kalau menunggu boleh mati dah ..

  • Pantherian  
    December 23, 2008 at 7:45 AM

    hahhaha keja swasta...bila economy down..mcm la ni..mmg paling teruk swasta la..cth mcm electronic industry dan automotive industry.

    kita tk boleh kata hosp gov..kualiti kosong, skrg ni sdh peningkatan dr segi ms menunggu menerima rawatan dan benda ni tk mungkin kita dpt 100% mcm hosp swasta.hosp swasta hanya org ada duit dan org kaya ja yg pi..org miskin takkan dpt menerima rwtn disitu.

    Hosp swasta juga kalau tidak wang yg cukup, anda tidak dpt menjalani perubatan atau pembedahan dgn kadar segera.Kalu yg dh nk mati tu..no money alamat goal dulu la.

  • Syuk  
    December 30, 2008 at 11:07 PM

    hoho...
    mcm khir toyo cakap, org lain makan nangka, org lain kena getah...

    difahamkan ini merupakan cadangan penswastaan dr sebuah syarikat kepada kerajaan, bukan kerajaan yang buat penawaran.

    so, tugas kerajaan bila ada tawaran, akan dikaji la tawaran tu, ok ke tak, klu x ok atau x sesuai, reject atau tangguh.

    sama la mcm klu ada org ajak kita buat jahat, kt pk, klu kt rasa x elok, kita jgn buat. simple.

    sepatutnya kerajaan x dipersalahkan, Sime Darby yang mereng skit kod...

Post a Comment