Salam Aidil Adha  

Salam Aidil Adha
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham.

YUBIYU ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga pelajar UTeM yang beragama Islam dan umat Islam di Malaysia yang lain. Di hari yang diwarnai sejarah pengorbanan ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar, pengajaran dan seterusnya menterjemahkan makna pengorbanan yang tersemat di dalam Sirah Islam, bersempena dengan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sesuai dalam konteks kontemporari hari ini.

Di samping kita meraikan hari bersejarah ini disisi keluarga dan sanak saudara yang tersayang, ingatan dan doa kami khas ditujukan kepada mereka yang ditimpa bencana dan diduga Tuhan. Sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan takziah dan penuh rasa simpati kepada keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa, kejadian kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Tangkak dan warga Pantai Timur yang terpaksa berhadapan dengan belenggu banjir.


Orang Haji pergi ke Mina
Balik membawa kurma nabi
Aidil Adha disambut bersama
Salam muafakat tersemat di hati



AddThis Social Bookmark Button

1 comments

  • sukrul_azam  
    December 10, 2008 at 3:20 AM

    aku raya aji dapat cuti kejap je..
    sehari.. ceh.. pastu ujan lak tu.. geram betul aku !!! kenape cuti tak diselaraskan setiap negeri?

Post a Comment