Sudut Pidato IPT  


KUALA LUMPUR, Dis 30 – Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.

Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu.

Beliau berkata ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ‘Speaker’s Corner’ yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun1960-an dan 70-an.

“Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini.

Saifuddin berkata sudut pidato juga diharap dapat melonjakkan penganjuran dan penyertaan penuntut dalam kegiatan pengucapan awam yang kini berada di tangga paling bawah dalam lapan teras kokurikulum di universiti.

“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut,” katanya.

“Kalau sudut pidato ini dibuat sebagai sebagai satu platform akademik, saya yakin ia tidak akan menjadi masalah. Akta Universiti dan Kolej Universiti sudah dipinda, jadi penuntut boleh bercakap soal politik tapi janganlah bercakap atas platform parti dan perlulah sesuai dengan pendekatan ilmiah yang sesuai dengan pengajian,” tambahnya.

Kategori Bahasa Melayu dimenangi pemidato Universiti Putra Malaysia (UPM) Amirrudin Abd Rahman manakala kategori bahasa Inggeris dimenangi pemidato Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ain Anissa Mohamed, dan masing-masing membawa pulang hadiah RM5,000, piala pusingan serta piala iringan dan sijil penyertaan.

sumber: TMI


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pemilihan MPP UTeM 2010/2011  

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Cara tingkatkan trafik ke blog  

Soalan ini juga selalu bermain di minda kita.Macam mana nak tingkatkan traffik ke blog kita? Disini aku letakkan tips mudah cara untuk meningkatkan traffik sambil menjana wang.Caranya adalah dengan memberikan menyediakan 1 ruangan untuk download percuma di blog kita.Sebagai contoh,kita boleh berikan download percuma seperti perisian,e-books,gambar,mp3 atau sebagainya yang susah di dapati oleh pengguna.Simpankan data itu di Ziddu dan setiap kali ada pelawat yang download bahan yang kita berikan,kita akan mendapatkan bayaran percuma.Lihatlah, bagaimana mudahnya kita mendapatkan wang tanpa disedari oleh pengunjung.

Pengunjung pasti berasa gembira mendapatkan bahan-bahan percuma dan mereka akan kembali semula ke blog kita pada bila-bila masa. Semakin banyak bahan berguna yang diberikan kepada kita untuk pengunjung download,semakin kerap mereka datang ke blog kita.Walaupun anda tidak menggunakan medium pengiklanan di blog anda, anda tetap mampu menghasilkan pendapatan melalui download percuma ini.Malah,ada pemilik laman web sengaja mereka website khas untuk download MP3 percuma,gambar-gambar percuma,video dan lain-lain.Mereka menghasilkan pendapatan tanpa disedari oleh pengunjung yang download semua bahan yang mereka berikan percuma.

Kaedah mudah ini selain dapat meningkatkan traffik ke website kita,ia juga menghasilkan pendapatan sampingan kepada pemilik website.Sekiranya anda berminat mencuba teknik ini bolehlah klik banner dibawah.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PTPTN  



Aku dengar PTPTN masuk 27/1/2010. Ada sesiapa yang boleh verify berita ni?

PENGUMUMAN:

PTPTN Update!! Sila baca dengan TELITI SAMPAI HABIS...Sy dh hntr surat pd NC pagi ini, malangnya NC sdg brcuti. Walaubgaimanapun, sy dh brbncg dgn Prof Zol (Dekan HEPA), Dato' Md Nor (TNCA) dan Pgwai Unit Kebajikan..hsil prbncgn.. Utk mohon suntikan pdhuluan khas rm500 ke dlm akaun pljr yg melibatkan jutaan ringgit, Jawatankuasa Kewangan prgkt unvsti prlu brsidang..dan ini akan memakan masa yg lama krna prlu melalui prosedur yg ketat yg tlh ditetapkn oleh Audit Negara.

Kptusnnya, Pljr2 yg mmrlukn wang bolhlah memohon Pinjaman Jangka Pendek (PJP) secara online di portal SMP...walaubagaimanapun, prosedur telah diringankan..hsil rundign, pljr2 thun akhir yg aslnya tidak lyk memohon PJP dibenarkn memohon dgn mngemukakan surat prjanjian byrn.. Bagi mmprcepatkn prmohonn, kaedh intrview telah diringkskn dan akan dijlnkn scpt mgkin..pljr akn dipggil intrview 1 atau 2 hari slps memohon..pihak HEPA sdg brbncg dgn bndhri utk mmbatalkn prosedur interview ini jika tidak melanggar tatacara yg tlh ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU)..hasil prbncgn akn dimklumkn kmudian..

bagi proses bank-in ke akaun pljr, sy tlh mghbungi Timbalan Bendahari dan brbncg mngenai prkara ini dan beliau brjnji akan memasukkan duit yg dimohon dlm masa 2 hari bkrja SELEPAS KELULUSAN DEKAN HEPA...Dekan HEPA juga telah mmberi jaminan,beliau tidak ada masalah utk meluluskn mana2 pljr yg memohon..

Pmotongan dari akaun PTPTN akan dibuat pada semester hadapan..so, untuk mengelak brlaku masalah "xckup duit" pd semster hadapan, pljr2 yg memohon PJP dinasihatkan supaya mmbayar terus ke Pejabat Bendahari stlh PTPTN mengkreditkan wang pada semester ini..so, tiada pemotongan pada semster hadapan..

Seperkara berkaitan, memandangkan isu ini sangat kritikal, Dekan HEPA hari ini akn berjumpa dgn Pengarah PTPTN di Kuala Lumpur utk brbncg mengenai isu ini..tiada kata putus setakat ini..jika ada kptusan sy akan mklumkn kmudian.. Apa2 pun, NC belum baca surat saya..jika beliau mmbri kptusn yg brbeza, sy akn mklumkn juga kmudian..

Diharap para pljr brpuashati dgn kptusn ini..inilah kputusn terbaik yg dpt dibuat..

BOLEH MULA MEMOHON PJP MULAI SEKARANG!! Mohon secepat mungkin untuk dapat lebih cepat! Maklumkan pada rakan2 yang lain.. Notis Rasmi akan dikeluarkan hari ini oleh Unit kebajikan, HEPA.


Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD THORIQ BIN MOHAMAD ZAID
Timbalan Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar, UTeM

4 Januari 2009

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SEO SOFTWARE:IBusinessPromoter  

Baiklah,hari ini sebab aku tak tau nak buat ape aku pun update blog ni lagi..Hehe kita bincang soal SEO lagi.Bagi sesiapa yang mahu menceburi bidang perniagaan internet,dan mahu website korang berada top 10 rankings google,software ini amat penting.Jangan risau sebab anda dijamin 100% website korang akan Top 10.Kalau takde apa lagi,boleh la mintak duit korang tu dikembalikan semula.Senang cerita.Antara pengguna software ini adalah Motorola,Siement,Ebay,Caterpillar,Canon dan banyak lagi company besr-besar.Dari segi harga pula untuk pakej standard ialah USD249 dan pakej business USD 499.Mahal bukan??Haha ,tapi aku rasa lagi berbaloi korang beli benda ni daripada pergi beli ebook atau kursus pasal SEO yang belum tentu lagi berjaya korang paham..Untuk sesiapa yang nak test guna software ni,bolehlah download free demo je.Percuma. KLIK DISINI



selamat mencuba semua.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button