1 UTeM: Pelajar diutamakan, Staff dipentingkan?

Jika namanya klinik PELAJAR, kenapa perlu berada dibangunan kediaman staff?
Jika namanya klinik PELAJAR, kenapa perlu berada jauh dari kediaman pelajar?
Wahai MPP UTeM bijak bestari, kenapa perlu jadi begitu?
Penempatan doktor di kolej kediaman telah dibincangkan tetapi masalah tempat masih belum diselesaikan antara pihak kolej kediaman dan klinik. Kita sedang membuat permohonan pertambahan kakitangan untuk membuka beberapa lagi klinik yang bakal ditempatkan di kolej kediaman.
Namun begitu harapan tetap ada disana.. perancangan untuk kemudahan adalah mewujudkan talian kecemasan bagi pelajar menghubungi ambulan UTeM untuk kes-kes krtikal.
Rasanya tak perlu muskil kenapa di DT.. kerana disitulah UTeM. Sebenarnya saya pun rasa pelajar semakin kurang mengunjungi pejabat HEPA berbanding di kampus yang kita tumpang dulu.. Pusat Persatuan Pelajar pun hanya meriah bila ada latihan karate pada hari Rabu malam. Masalah jauh ini telah berkali-kali disuarakan termasuk kepada pihak kementerian sendiri.
Ada cadangan untuk membuka kembali kemudahan klinik panel yang berdekatan di kolej kediaman untuk kemudahan pelajar dan perkara ini masih ditahap perbincangan.Bagi pelajar di kolej kediaman, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran ke hospital pada bila-bila masa dengan menghubungi Pengetua atau Felo-felo yang dilantik.
Berkenaan jauh kat Hulu.. sapa cakap klinik dekat.. saja le tu.. nak bodek pengurusan universiti.. memang jauh.. huhuhu.. tapi disitulah tempat yang kosong sekarang ini. FKEKK pun dah arah untuk kosongkan One Stop Center.. nak buat makmal baru..
Takpe.. insya Allah semua akan dapat diselesaikan secepat mungkin.. Sama2 lah kita doakan.
Read More...




