Final Exam  

To All UTeM students,

Please be prepared for your Final Exam and Good Luck..


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Al Fatihah-Mohammad Hapiz b Mat Abas, Tahun 2 BMCS,UTeM(mekanikal)  



Setiap yang bernyawa tu pasti akan kembali menemui pencipta Nya semula. Tu lah janji Allah. Tidak pernah terxepat atau telewat walaupun sesaat. Hanya kita yang perlu bersedia.Macam kebetulan plak… Tak percaya pun iya juga.. Baru pagi tadi terbaca satu post dekat blog member mengenai kawan dia yang study di Mesir meninggal dunia. And lepas try jugak usha-usha facebook arwah sebelum family dia delete account tersebut. Memang ramai kenalan arwah yang ucapkan takziah dan doa disitu. Dan saya puas fikir tu kalau family or kawan-kawan yang tahu account tersebut, kalau tak tahu??

Puas dok fikir, tadi usha facebook jap, and suddenly ternampak post kawan baik saya tentang kematian classmate beliau.Walaupun tak berapa kenal dengan arwah tapi pernah jugaklah terserempak beberapa kali.  Mohammad Hapiz b Mat Abas, pelajar tahun 2 BMCS utem (mekanikal). Terkejut sekejap. Sebab baru sangat fikir pasal benda-benda ni. Lepas tu tergerak hati nak bukak fb arwah. Memang banyak post tentang kematian beliau. Arwah meninggal dunia semalam 13 march 2010. Mulanya dia kena demam panas. Nak buat sebab dia jatuh pengsan and dalam perjalanan ke hospital melaka, jantung arwah dah tak berfungsi. Menurut kawan-kawan dia yang mungkin ikut hantar arwah ke hospital, doctor cuba lebih setengah jam untuk selamatkan dia, tapi Allah lebih sayangkan dia.

Disebabkan kes ni dah jadi kes polis, polis perlu melakukan post-mortem ke atas jenazah di hospital melaka pagi tadi lebih kurang 8.30 pagi. Jenazah dah selamat dikebumikan petang tadi di perkuburan Islam shah alam seksyen 21. untuk sahabat2 yg ingin ziarah di pusara,nombor pusara beliau adalah 2968, tanah perkuburan shah alam, seksyen 21.Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin...

Alfatihah untuk Mohammad Hapiz b Mat Abas, dan takziah untuk seluruh ahli keluarga beliau…


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Sudut Pidato IPT  


KUALA LUMPUR, Dis 30 – Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.

Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu.

Beliau berkata ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ‘Speaker’s Corner’ yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun1960-an dan 70-an.

“Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini.

Saifuddin berkata sudut pidato juga diharap dapat melonjakkan penganjuran dan penyertaan penuntut dalam kegiatan pengucapan awam yang kini berada di tangga paling bawah dalam lapan teras kokurikulum di universiti.

“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut,” katanya.

“Kalau sudut pidato ini dibuat sebagai sebagai satu platform akademik, saya yakin ia tidak akan menjadi masalah. Akta Universiti dan Kolej Universiti sudah dipinda, jadi penuntut boleh bercakap soal politik tapi janganlah bercakap atas platform parti dan perlulah sesuai dengan pendekatan ilmiah yang sesuai dengan pengajian,” tambahnya.

Kategori Bahasa Melayu dimenangi pemidato Universiti Putra Malaysia (UPM) Amirrudin Abd Rahman manakala kategori bahasa Inggeris dimenangi pemidato Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ain Anissa Mohamed, dan masing-masing membawa pulang hadiah RM5,000, piala pusingan serta piala iringan dan sijil penyertaan.

sumber: TMI


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pemilihan MPP UTeM 2010/2011  

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Cara tingkatkan trafik ke blog  

Soalan ini juga selalu bermain di minda kita.Macam mana nak tingkatkan traffik ke blog kita? Disini aku letakkan tips mudah cara untuk meningkatkan traffik sambil menjana wang.Caranya adalah dengan memberikan menyediakan 1 ruangan untuk download percuma di blog kita.Sebagai contoh,kita boleh berikan download percuma seperti perisian,e-books,gambar,mp3 atau sebagainya yang susah di dapati oleh pengguna.Simpankan data itu di Ziddu dan setiap kali ada pelawat yang download bahan yang kita berikan,kita akan mendapatkan bayaran percuma.Lihatlah, bagaimana mudahnya kita mendapatkan wang tanpa disedari oleh pengunjung.

Pengunjung pasti berasa gembira mendapatkan bahan-bahan percuma dan mereka akan kembali semula ke blog kita pada bila-bila masa. Semakin banyak bahan berguna yang diberikan kepada kita untuk pengunjung download,semakin kerap mereka datang ke blog kita.Walaupun anda tidak menggunakan medium pengiklanan di blog anda, anda tetap mampu menghasilkan pendapatan melalui download percuma ini.Malah,ada pemilik laman web sengaja mereka website khas untuk download MP3 percuma,gambar-gambar percuma,video dan lain-lain.Mereka menghasilkan pendapatan tanpa disedari oleh pengunjung yang download semua bahan yang mereka berikan percuma.

Kaedah mudah ini selain dapat meningkatkan traffik ke website kita,ia juga menghasilkan pendapatan sampingan kepada pemilik website.Sekiranya anda berminat mencuba teknik ini bolehlah klik banner dibawah.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button