terima kasih kerana setia  

assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian
pertama sekali aku nak minta maap kerana tak dapat update blog ini buat sementara waktu kerana sekarang ni waktu cuti semester dan aku berada dekat rumah.Maklum je lah dekat rumah kemudahan streamix tak ade.So, tak dapatlah aku update sangat.Tapi aku tetap berusaha meningkatkan mutu blog ini.

Sebenarnya aku dah tambah banyak e-book dekat dalam ruang share box di sebelah ni.Korang semua bolehlah download. Aku dah masukkan pelbagai maklumat tentang graphic, design, blogger google dan macam-macam lagi.Korang semua bolehlah pilih sendiri mane yang korang beminat. Banyak ilmu baru yang korang boleh dapat.

Lagi satu, aku amat galakkan korang semua download google search better di sebelah. Ia merupakan sebuah software yang membolehkan korang mencari maklumat dengan cepat. Dalam software tu, korang boleh terus pilih bahan yang korang nak. sungguh cepat dan berkesan .Aku jumpa benda ni 6 blan lepas dan alhamdulillah ia amat membantu aku dalam mencari maklumat dalam search engine .Kalau korang tak percaya boleh cuba sendiri. Bila cari maklumat untuk long report aku aku dapat jimatkan masa dengan cepat terutama mencari theory long report.Sebenarnya terdapat kod-kod dalam search engine yang membolehkan maklumat yang hendak kita cari tu lebih tepat. ( dia secara automatik mengasingkan gambar,e-book,website,vcd,dll).Korang cuma pilih je ape yang korang nak.

Untuk masa depan aku akan berikan e-book tentang adsence pula. Aku dah baca dah buku ni, dan aku yakin ia pasti amat berguna untuk kita sebagai blogger. Tapi, aku tak dapat upload buku tu sekarang sebab aku dekat cc ni.Masa tak banyak hendak di luangkan pada blog. Di harap korang semua yang boleh menulis posting di sini dapat berkongsi maklumat dan sama-sama membantu ahli menjadi blogger yang terbaik.

p/s: masa aku search2 blog kat tenet ni, tetiba terjumpalah blog Dr Mahathir. Menakjubkan sekali apabila blog dia baru buka 2 hari dah ade lebih 100 000 pengunjung. Tenyata dia masih mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia ni... ha ha rupanya sekarang ni pemimpin Malaysia memiliki kerja sambilan menjadi blogger.korang boleh layari untuk lebih lanjut www.chedet.com

Kalau korang kenal kawan-kawan korang yang berasal dari utem dan memiliki web site sendiri, ajaklah diaorang bersama-sama menjadi ahli di blog ini.. kerjasama daripada anda amat di hargai.

AddThis Social Bookmark Button

0 comments

Post a Comment