Janganlah Meniru Masa Exam>>  

aku faham masalah bagi kebanyakan pelajar universiti,mereka sukar menghafal rumus @ formula.. Sebagai mahasiswa kita wajarlah menunjukkan contoh yang berkualiti.. Seorang pelajar kejuruteraan sepatutnya menggunakan kemampuan & kefahaman mereka untuk menjawab semua soalan final.. Jadi lah kretif & jujur ketika dalam peperiksaan demi menjaga nama baik universiti kita.Bersamalah kita hapuskan gejala meniru di universiti kita andai berlaku.. lihatlah contoh di bawah ini bagaimana menghadapi dugaan ketika exam..

(p/s: cuma sbagai hiasan untuk berjenaka.. Harap gejala meniru di Universiti dapat dihapuskan walau di mana institusi sekali pun)









Read More...
AddThis Social Bookmark Button

artikel ini boring...orang x suke bace...  

Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja
memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.

Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.

Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.

Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.

Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

1. Bina sikap yang positif.
Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.

Dipetik daripada:-
Sudut Kaunseling,
Bersama Puan Noraini Ahmad
Ketua Kaunseling UIA

berkata senang je...

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

macam sepesen jerr.....  



hahahahahahhahahahhahahahahahahahahah..........

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Yakjud dan Makjud (walaupun panjang juga...x salah kalau bace....)  

Salam..hanya nak berkongsi...disebalik mcm2 amaran Allah yang berlaku sejak akhir2 ni...mungkin bumi kita ni dah tua dan mungkin gak dh nk smpai penghujungnya...wallahua'alam.
Serba sedikit perihal yakjuj dan makjuj.......

Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih ada satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekaligus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul dihadapan manusia. Akan tetapi, ketikamakhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa.Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk yang dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi "pusat tahanan" Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalm perkara ghaibyang wajib diimani manusia menerusi tanda besar kiamat.Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya(API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia keturunan Nabi Adam AS.Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.
"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96 dan 97", katanyaAllah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU: "Kemudian dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati dihadapan kedua-dua gunungitu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan."Mereka berkata:"Hai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuatdinding antara mereka?'"Zulkarnain berkata: "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.
Berilah aku potongan-potongan besi'."Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu."Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar".
Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir(Merekaberkata): 'Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.
"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehigga kini tetapi dipisahkan daripada manusia oleh Allah SWT menerusi tembok yang dibina oleh Zulkarnain.Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembalimeneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat.
Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kamatian Dajal yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka ikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.
"Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj: Baginda kemudia berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongn itu sehingga mati."Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi", katanya.
Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin dan mempertahankan akidah islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah keran mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiya di atas seperti firman-Nya:"(Mereka berkata):'Aduhai, celakalah kami, sesunggunnya kami adalah dalam kalalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Asal-usul Dajal (walaupun panjang...ambilah sedikit masa untuk tahu..)  

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R MuslimNamun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

marilah kita berdoa selamat....aaa..????  

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup  


Semoga Allah SWT menimpakan Azab Nya kepada seluruh Zionist Yahudi yang setuju Terhadap pembantaian Umat Islam Palestin & Lebanon.

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Written by Ummu Raihanah

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan.Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata'ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah.

Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerosakan di sekujur tubuh.Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam.Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon. ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir.Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya.

Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah SubhanahuWata'ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup.

Demikianlah,mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.



Benarlah firman Allah SubhanahuWata'ala :"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur'an itu benar "(Fushilat:53)

Dipetik dari:Majalah Qiblati, vol.01/no. 09/Mei-Juni 2006 terbitan Jeddah, KSA.

* Tambahan dari penulis : Berdasarkan berita terbaru minggu ini sampai saat ini Sharon masih koma (tidak sedarkan diri) dalam ruang ICU.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

cara meludah air liur  

Kadang kita tidak perasan,
kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.

Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya.
Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-
1) Jika meludah ke kiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)
2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)
3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. (Nauzubilah ) Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, Meludah lah Selalu ke Sebelah Kiri.

itu lah indahnya Islam, nak meludah pun ada caranya...

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi  

Untuk renungan bersama. Sumber dari isuhangat.blogspot.com


Subject: Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi -Beautiful Ending

Assalamualaikum,
Saya dapat gambar ni dari rakan di Riyadh,
untuk dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain,
alangkah indahnya jika dapat mati dalam keadaan begini,
insyaallah.. Amin

Fwdkan kerakan2 yg lain agar manjadi teladan semua.
Wallahualam..Helmi Buhollia
Riyadh, KSA


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

view la blog sy...  

hai semua kwn2 bloggers, sy menjemput anda semua untuk 'view' blog sy sendiri baru shj sy bina dan dlm proses peningkatan... harap anda semua dptla bg sebarang komen k kpd sy... ni alamat blog sy....

http://katahati2.blogspot.com/

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Puasa2... oh, cabaran yg paling hebat buat semua... yg beragama Islam.  


Rejab, syaaban telah meninggalkan kita,kini Ramadhan sedang berlalu... Oh,memang mencabar keimanan n ketaqwaan... Harap2 buln Ramadhan ni dpt bersihkn dri kita semua dr segala dosa2 yg lalu n digantikan dan dipenuhi dengan ibadah yg memberikan pahala... so mari lah kita semua bersama2 mendapatkan fadhilat buln puasa ni n ambil kesempatan utk tingkatkan ibadah kita... maaf la, bkn bermksd nk berkhutbah kt cni, tpi sekadar mengingatkn je...


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA BLOGGERS UTEM... N SLMT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL MENJELANG NANTI...

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Oh Durian Tunggalku.. :(  

Aku betul2 tak faham bila agaknya masalah dkt Durian Tunggal Nak Selesai. Mau taknye aku geram, time hujan je sakit hidung dengan tekak aku tahan bau ayam.. Macam nak kena stroke di buatnye.. Bau busuk mengalahkan tempat pembuangan sampah.. Memang aku sanggup duduk dekat dewan kuliah @ makmal dari keluar menghirup bau ayam tu.. Kenapa lah diaorng tak nak pindahkan reban tu? Gilalah.. Kalau jadi lah buat asrama dekat D.T tu, aku tak taulah.. mau mati sesak napas semua budak utem ni..
Fkekk pun hairan aku tengok.. Bilik kosong punya lah banyak.. baiklah dibuat surau.ade gak faedah.Ni bilik tuto dekat atas tu dijadi kan bilik tido.. he he sebab gelap & sunyi.. Tp time nak semayang, kena beratur panjang2..Tempat mesin kedatangan pun sama.Sem lepas beriya pakai, sem ni dah jadi perhiasan je..Minta student tukar kad matrix, tp mesin t takleh pakai.. Ish.. menyusahkan betullah..Library pun semakin lama semakin sempit.Duduk dalam dah macam pasar.bising..bila lah nak besar kemudahan tu?
Cafe di D.T pun hairan aku tengok.Kenapa makanan selalu kurang? Pengurusan jangan cakap lah..lemah..Lalat punya lah banyak.. Tempat duduk pula kurang..yela, mana taknya.. bila masuk time rehat je..student takde tempat nak lepak..pondok ade satu je..Tp selamatlah dkt fkekk dah dibnyakkan kerusi..boleh gak duduk2.klo dulu memang aku kerja tido dkt bilik gelap je.. ha ha xde port lain dah.nak balik asrama/rumah jauh.. tu je lah tempatnya.
Banyak lagi yang aku tak faham dengan Utem ku ini.. Kenapa di Fkekk tangga ade, tapi laluan tak ade? kdg2 aku terfikir gak,tangga dekat tengah2 tu boleh lalu ke tak? korang perasan tak. Kenapa pula floor 3 & 4 tak digunakan? Kenapa perlu di biarkan kosong...Bas pula kenapa kdg2 terlalu lambat nak gerak.. Kami kadang2 terpaksa tunggu lama , Tp tempat menunggu tak ade.. terpaksa berpanas klo tengah hari.. Kalau taknak pun, duduk dekat Cafe..Mcm mane Cafe x jadi padat & student nak makan pun takde tempat....?Wajarkah FKEKK & FKE berkongsi Cafe yang sama, & waktu rehat yang hampir serentak.. Yang hairan tu, Library pun terpaksa kongsi.. kesian kdg2 tgk bdk FKE menapak jauh semata-mata nak print report @ assignment..

SEBAGAI MAHASISWA AKU BUKAN MERUNGUT.TAPI AKU MENGHARAPKAN HAK & KEADILAN KEPADA KAMI SEBAGAI PELAJAR. KITA MAHASISWA UTEM MAHUKAN KESELESAAN KERANA KAMI JUGA MEMBAYAR YURAN SEPERTI MAHASISWA UNIVERSITI LAIN.PERLU DI INGAT BAHAWA KAMI SANGGUP BERHUTANG DGN PTPTN & DI IKAT BERPULUH TAHUN LAMANYA SEMATA-MATA UNTUK SEGULUNG IJAZAH @ DIPLOMA. BERIKANLAH HAK KAMI UNTUK MENDAPATKAN KEMUDAHAN YANG SEMPURNA. MPP, PERTAHANKANLAH HAK KAMI.. TUNJUKKANLAH KEPRIHATINAN ANDA KEPADA PELAJAR2 UTEM.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Beli Second Hand Handset  

Salam..
Ade sesapa yang jual second hand handset?
Saya nak beli
Budget dalam RM50--, Lagi murah lagi bagus
Handset dalam condition yang baik
Email kepada greatbadang@gmail.com atau along_smartguy@yahoo.com
Tq

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PERHATIAN  

kepada semua pemegang email ni, sila approved kan diri anda sebagai ahli ubu berdaftar.sila check email anda:

1.mohdikhwan_2@yahoo.com
2.
along_smartguy@yahoo.com
3.
muhsinrazak@gmail.com
4.
mfikri222@gmail.com
5.
amerbourdon82@yahoo.com.sg
6.
whatscaleofseyn@yahoo.com
7.
diya_doraemon@yahoo.com
8.
odette264@yahoo.com
9.
zero_162003@yahoo.com

ini bagi membolehkan anda menulis di blog ini..Segala permasalahan boleh di tulis di ruang komen .sekian.. terima kasih

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

mp3ku...mp3mu jua.....  

nak download links mp3...???
sila lawati..

http://copywrongcontrols.blogspot.com/

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

 

Teresa Kok, Raja Petra Kamarudian dan Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily) ditahan ISA pada malam 12 Sept. Sila click link di bawah utk berita:

http://tinyurl.com/4qyd8d

Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, sensiviti agama dan perkauman wajib (perkataan harus tidak sesuai digunakan) dijaga agar keharmonian negara terjamin.

http://pmr.penerangan.gov.my/?action=kontrak%20sosial.htm

Peace Malaysia !!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Semua yang sudi  

salam ramadhan buat semua,

sesiapa yang ade simpan soalan exam untuk subjek EMT, Numerichal Method, Data Comunication,
boleh tak emailkan dekat aku sukrulnizam@yahoo.com.Aku nak buat rujukan lah buat exam nnt.

p/s: Sem ni macam bosan je cuti raya 2 hari je.. huh mesti tak sempat raya sakan dkt rumah dan kena balik utem.. selamat berpuasa semua..

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

:: selamat berpuasa ::  

More RAMADHAN graphics

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua!!!!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button