Teresa Kok, Raja Petra Kamarudian dan Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily) ditahan ISA pada malam 12 Sept. Sila click link di bawah utk berita:

http://tinyurl.com/4qyd8d

Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, sensiviti agama dan perkauman wajib (perkataan harus tidak sesuai digunakan) dijaga agar keharmonian negara terjamin.

http://pmr.penerangan.gov.my/?action=kontrak%20sosial.htm

Peace Malaysia !!!

AddThis Social Bookmark Button

6 comments

  • Anonymous  
    September 14, 2008 at 10:00 PM

    tapi aku memang taksuka lah dekat teressa kok ni.. padan muka dia kena masuk ISA.Raja petra pun sama..sesuka je kutuk islam..

  • Pantherian  
    September 16, 2008 at 7:13 AM

    aku secara konsisten menekankan bahawa siapa yang didapati bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan .ISA merupakan penahan tanpa bicara ,org yg tentu mereka tinggal bbrp lama ialah Menteri dalam negeri.Aku berpegang kepada saranan Mufti Perlis dalam kenyataan barunya menentang tindakan ISA kerana tidak mengikut prinsip keadilan yng ditekan dalam Islam...

  • Great Gladiator  
    September 16, 2008 at 12:22 PM

    Secara peribadi,
    Aku rasa ISA perlu ada di Malaysia.
    Ini bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.
    Walau bagaimanapun, aku bersetuju dengan kenyataan Datuk Shahril Abdul Samad yang menyatakan bahawa ISA perlu digunakan atas dasar kepentigan awam, bukannya untuk kepentingan politik. Bukan apa,sekarang ni kita dapat lihat bermacam-macam sandiwara yang mampu menggugat keamanan negara dan, berhubung Islam dan Melayu khususnya. Dan ini mampu mencetuskan rusahan kaum. Sanggupkah kita melihat peristiwa berdarah 13 Mei berulang kembali?

  • Pantherian  
    September 16, 2008 at 7:00 PM

    Sebab tu kalau melihat tindakan Datuk zaid meletak jawatan sebagai Menteri Di JPM bhgn undang2 adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan ISA. Aku setuju dengan katanya ISA digunakan hanya untuk mencegah pengganas yang ingin menggulingkan kerajaan dan bukan dikenakan kepada golongan awam dan ahli politik.

    Mungkin ISA patut dipinda hanya digunakan untuk pengganas.Ada akta lain seperti Akta Hasutan yang boleh digunakan ke atas kes melibatkan kaum dan agama ini.

    Kita perlu balik kepada basic of justice.Siapa yang didapati atau disyaki bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan tak kira org itu besar mana kedudukannya..

    Perlu beri keadilan kepada tertuduh tersebut..sehingga dia sudah dibuktikan bersalah.

  • Great Gladiator  
    September 17, 2008 at 1:39 AM

    Datuk Zaid tu macam nak raih populariti je. Isu Muhyiddin dia bising, isu ISA dia bising, pastu tau-tau dah letak jawatan. Untuk apa dia letak jawatan,kalau nak pertahankan pendirian dia tentang ISA, bahasla di parlimen.Kalau usul dia ditolak, barulah resign. Ini nak merajuk-merajuk pulak.Kalau taraf dia sama macam Tun Dr.Mahathir lain la cerita.

    Tapi pasal ISA tu, memang ada benarnya pandagan ikhwan'pantherians'. Pinda ISA hanya untuk cegah pengganas.Tapi kalau nak pinda,kena pastikan Akta Hasutan benar2 kukuh untuk tangani isu-isu yang boleh memecah belahkan perpaduan kaum ni.Baru boleh pinda

  • Anonymous  
    September 20, 2008 at 2:00 PM

    Salam
    Aku rasa ISA bukan pertikaian relevan atau tidak. Kerana yang menentang sekarang ini pun tidak berbuat apa terhadap akta ini ketika beliau dalam kerajaan.
    Kita berbalik kepada punca kenapa Teresa ditahan. Beliau sendiri tahu apa kesannya jika melakukan perbuatan menggugat kestabilan negara.Beliau juga tahu betapa sinonimnya, orang melayu dengan tulisan jawi,betapa
    sensitifnya melayu dengan babi. Kenapa menongkah masih berani menongkah harus? Berani buat berani tanggung.
    http://kumbangpemalu-shybug.blogspot.com/2008/09/bahasa-melayu-bahasa-kebangsaan-kenapa.html
    Wassalam

Post a Comment