Oh Durian Tunggalku.. :(  

Aku betul2 tak faham bila agaknya masalah dkt Durian Tunggal Nak Selesai. Mau taknye aku geram, time hujan je sakit hidung dengan tekak aku tahan bau ayam.. Macam nak kena stroke di buatnye.. Bau busuk mengalahkan tempat pembuangan sampah.. Memang aku sanggup duduk dekat dewan kuliah @ makmal dari keluar menghirup bau ayam tu.. Kenapa lah diaorng tak nak pindahkan reban tu? Gilalah.. Kalau jadi lah buat asrama dekat D.T tu, aku tak taulah.. mau mati sesak napas semua budak utem ni..
Fkekk pun hairan aku tengok.. Bilik kosong punya lah banyak.. baiklah dibuat surau.ade gak faedah.Ni bilik tuto dekat atas tu dijadi kan bilik tido.. he he sebab gelap & sunyi.. Tp time nak semayang, kena beratur panjang2..Tempat mesin kedatangan pun sama.Sem lepas beriya pakai, sem ni dah jadi perhiasan je..Minta student tukar kad matrix, tp mesin t takleh pakai.. Ish.. menyusahkan betullah..Library pun semakin lama semakin sempit.Duduk dalam dah macam pasar.bising..bila lah nak besar kemudahan tu?
Cafe di D.T pun hairan aku tengok.Kenapa makanan selalu kurang? Pengurusan jangan cakap lah..lemah..Lalat punya lah banyak.. Tempat duduk pula kurang..yela, mana taknya.. bila masuk time rehat je..student takde tempat nak lepak..pondok ade satu je..Tp selamatlah dkt fkekk dah dibnyakkan kerusi..boleh gak duduk2.klo dulu memang aku kerja tido dkt bilik gelap je.. ha ha xde port lain dah.nak balik asrama/rumah jauh.. tu je lah tempatnya.
Banyak lagi yang aku tak faham dengan Utem ku ini.. Kenapa di Fkekk tangga ade, tapi laluan tak ade? kdg2 aku terfikir gak,tangga dekat tengah2 tu boleh lalu ke tak? korang perasan tak. Kenapa pula floor 3 & 4 tak digunakan? Kenapa perlu di biarkan kosong...Bas pula kenapa kdg2 terlalu lambat nak gerak.. Kami kadang2 terpaksa tunggu lama , Tp tempat menunggu tak ade.. terpaksa berpanas klo tengah hari.. Kalau taknak pun, duduk dekat Cafe..Mcm mane Cafe x jadi padat & student nak makan pun takde tempat....?Wajarkah FKEKK & FKE berkongsi Cafe yang sama, & waktu rehat yang hampir serentak.. Yang hairan tu, Library pun terpaksa kongsi.. kesian kdg2 tgk bdk FKE menapak jauh semata-mata nak print report @ assignment..

SEBAGAI MAHASISWA AKU BUKAN MERUNGUT.TAPI AKU MENGHARAPKAN HAK & KEADILAN KEPADA KAMI SEBAGAI PELAJAR. KITA MAHASISWA UTEM MAHUKAN KESELESAAN KERANA KAMI JUGA MEMBAYAR YURAN SEPERTI MAHASISWA UNIVERSITI LAIN.PERLU DI INGAT BAHAWA KAMI SANGGUP BERHUTANG DGN PTPTN & DI IKAT BERPULUH TAHUN LAMANYA SEMATA-MATA UNTUK SEGULUNG IJAZAH @ DIPLOMA. BERIKANLAH HAK KAMI UNTUK MENDAPATKAN KEMUDAHAN YANG SEMPURNA. MPP, PERTAHANKANLAH HAK KAMI.. TUNJUKKANLAH KEPRIHATINAN ANDA KEPADA PELAJAR2 UTEM.

AddThis Social Bookmark Button

13 comments

  • Anonymous  
    September 18, 2008 at 9:05 AM

    dengar cite utem nak bina asrama dl nnt dkt DT.pastu, Tahun dpn cubic dah xnak dipakai lg lepas bangunn cancelor siap.betul ke? kelas pn akan di buat sampai mlm di DT. klo student dah pindah,tp reban ayam tu tak pindah nanye kita.. ish2

  • Anonymous  
    September 18, 2008 at 10:16 AM

    dah 5 tahun aku kat utem ni..dari klass kat rumah kedai, fasa b, cubic smpi la skang kat campus tetap dt.. dah berbuih da kabo dari dulu lg kat nc, dekan, lecturer...camtu gak. ini sume sbb political elements dlm utem je..student gak jd mangsa.

  • Zalinda Zainol  
    September 18, 2008 at 10:22 AM

    huh...agak teruk gk ler dak2 fke ni kna mendaki ke lbrary or 1 stop center...
    kalu hari tu cuaca baik..ok ler..
    tp kalu hujan...sabo je laaa
    maunya mandi hujan kitaorg...huhuhu

  • w.a.k.  
    September 18, 2008 at 2:38 PM

    ermm aku rasa kan, even kalo siap asrama and sume fac dh pindah kat situ, reban ayam yu xkan berganjak walau seinci.sebab apa?

    cuba korg bukak google earth and tgk size reban ayam tu.kalo x salah pemahaman aku, size reban ayam tu dh nak ampir sama size kampus DT ni...
    dan ada org ckp, it tooks million to transfer that reban...

    aku pon x suka bau ayam nie tapi nk wat cane, maybe kena tgu solution laen...kalo nk cepat korg bakar je reban ayam tu hehehe

    p/s:owner reban claim yg bau tu bkn dari diaorg, but from ladang tembikai huhuhu...xtaw r mane yg btui

  • Fndy  
    September 18, 2008 at 10:04 PM

    antara pindah reban or pindah U. haha. buat la sistem penghalang bau ayam inteligent. amacam?

  • antu  
    September 18, 2008 at 11:51 PM

    aku pon dengar yang sama..maybe taun depan kat cubic dah takmo pakai lagi..FKP n FKM akan pindah ke DT..FTMK mungkin akan ke kampus bandar..huhu..naseb baik aku suda mau blah..huhuh..bagus gak kalu canselori dah pindah DT taun depan coz biar sume oang kat canselori tuh tau perasaan budak2 nak belajar dengan keadaan camtuh..hhuhuh..

  • Anonymous  
    September 19, 2008 at 4:02 AM

    ape yg aku nmpk skang..fakulti ftmk 50% dah siap..fkm ngan fkp xnmpk btg idung lg...canselori dah siap..ko-kurikulum dah siap...mpp dah siap....library dah siap...sume ni bangunan saje la..isi xsiap lg..

  • Anonymous  
    September 20, 2008 at 1:49 PM

    salam
    saudara sukrul, sebarang kritikan harap guna bahasa kiasan agar lebin manis.Bukan apa,takut meludah ke langit, kena muka sendiri. haha
    UTeM mungkin banyak masalah tapi tetap ada maruah.
    saling tegur menegur :-)
    http://kumbangpemalu-shybug.blogspot.com/
    wassalam

  • Anonymous  
    September 20, 2008 at 7:31 PM

    Stuju dgn Shaiful Bakhtiar,
    memang senang mentafsir dari pandangan kita..melakukan adalah satu perkara yang lain. Senang cerita, bukan senang untuk senang. Pentadbiran pndah ke kampus induk = dapat rasa & tengok masalah kat sane. FTMK ke kampus bandar - kos lain + kos lain = sesuatu yang telah difikirkan ada kebaikan bagi rancangan masa panjang, siapa tahu?dulu kita bermula di rumah kedai>kkampus industri>kampus tetap. Masih ada pertikaian. Bertanya sebab dan musabab mengelakkan kita bertindak dalam bahasa yang agak kasarnya, secara membabi buta. Takkan nak terus ke peringkat tertinggi. Macam kita ni taka ada adat/hormat. Kita orang timur. Persatuan fakulti, fakulti sendiri jika benar bersatu hati, takkan perkara ini tak disefahami. MPP jika bersama sokongan dari pelbagai peringkat, pelajar, persatuan fakulti & fakulti sendiri boleh berbuat sesuatu. Ini tidak, menghentam, mencaci menuduh itu ini. Mereka pun pelajar juga ada komitmen pelajaran seperti kalian. Tapi amanah tetap amanah jika disuarakan kepada mereka. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Bersatu teguh, bercerai roboh. Jangan kita sebagai mahasiswa yang hanya bagai melukut di tepi gantang. Mari sama-sama kita memberi satu halatuju dan apa yang patut dilakukan bagi menyempurnakan apa yang tidak sempurna. Itu lebih baik.

  • Anonymous  
    September 21, 2008 at 7:16 AM

    ya..may be u all just right.. mungkin kita terlalu mendesak.. mungkin pihak utem pun xmampu nak wat ape..mungkin mpp dpt buat sesuatu and get the support from students..or we can make up some ideas...owhh..to get rid the corruption, birokrasi n pak turut in utem...or this..there are no anything we can do about it and just follow the flow..arghh..aku berada kat utem ni terlalu lame..i should retired.

  • Anonymous  
    September 22, 2008 at 11:57 PM

    Betul ke sayang kpd UTeM kita kena memuji setiap masa ? sedang Rasa keprihatinan pelajar inilah yg menyebabkan mereka menegur.. jika kita tidak selesa perlukah kita katakAN KITA SUKA? Jika benar pun perkara itu sukar dilakukan,pastilah benar tanggungjawab mereka & mereka di bayar untuk itu.. kalau senang, baik kami pelajar je buat...

  • copywrong...  
    September 25, 2008 at 11:23 AM

    isu camni dah muak dah aku dgr sejak tahun 2003 aku kt cni..macam2 dah orag kata..ade yg setuju..ade yg tidak...
    orang atas x heran pun..xde apa2 tindakan pun...
    so...maju2kan diri anda..telan je yg manis ke pahit..

  • Anonymous  
    January 16, 2009 at 4:04 PM

    salam...

    ini lah jadinya bila pendidikan dipolitikan... main letak je mana?... kononya nak membangungkan D.T.. tapi student teraniaya.... majukan komen anda ini ke atas lagi... as student u berhak untuk dapatkan keselesaan nak belajar..... tapi daripada itu..ingat cuba jgn jadikan ini alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran ( waluapun takde mood kekadang nak rempuh bau ayam tu...)..

    By the way good luck to all....

Post a Comment