artikel ini boring...orang x suke bace...  

Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja
memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.

Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.

Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.

Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.

Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

1. Bina sikap yang positif.
Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.

Dipetik daripada:-
Sudut Kaunseling,
Bersama Puan Noraini Ahmad
Ketua Kaunseling UIA

berkata senang je...

AddThis Social Bookmark Button

3 comments

  • Anonymous  
    September 25, 2008 at 10:24 AM

    sebenarnya aku sokong sistem embelajaran dekat utem ni..xde dewan kuliah, jd lec lebih mengenali pelajar dgn baik.. tapi masalahnya ruang belajar tu tidak selesa, menyebabkan student rasa sangat sempit & xselesa.. kenapa kelas yg sempit patut memuatkan sehingga 70 Orang pelajar ? Ini tak wajar kerana Dekat sekolah harian biasa pun jumlah maximum student cuma 45 orang.. mana budak2 utem x bosan belajar..

  • Anonymous  
    September 25, 2008 at 11:09 AM

    keadaan bilik pun x komprehensif..
    ada certain subjek,digabuung dgn 2 kos, so student jd 120person..
    bynagkn keadaan bilik tu mcm tin sardin..
    dh tu,lect.pun xley nk fokus sgt.. student pun,apa lg buat hal memasing ler..

  • copywrong...  
    September 25, 2008 at 11:12 AM

    ahak...nak wat camner...university baru nak membangun...
    tapi itu la yang diorang cakap sejak tahun 2003 dulu...

Post a Comment