Diyana mendapat undi terbanyak UTeM  

MELAKA - Nurul Diyana Mat Zain (gambar) berjaya memperoleh undi terbanyak daripada sembilan calon yang bertanding merebut tujuh kerusi umum dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (MPPUTeM) sesi 2008/2009 yang diadakan semalam.

Pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) itu berjaya mendapat 2,589 undi atau 86.5 peratus daripada 2,993 pelajar atau 53.14 peratus yang keluar mengundi pada pemilihan tersebut.
Jumlah keseluruhan pemilih yang berdaftar sebagai pengundi pada pemilihan itu ialah seramai 5,632 pelajar. Klik Untuk Terus Membaca Keputusan Penuh Di Kosmo



p/S:Nampaknya wakil-wakil dari FKEKK akan menguasai parlimen UTeM lagi..Ha ha makin bertambah popular dan hebatlah fakulti aku ni nanti.Walau apa pun,Tahniah di ucapkan kepada semua yang menang dan pastikanlah Anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna.. Bersama kita menyokong ke arah perubahan UTem Baru! Tapi kenapa peratus yang kuar mengundi cuma 53.14% je.Yang lain2 g mane tak mengundi??? Tampaknya populariti calon Utem dah menjangkau ke serata Malaysia Dengan masuknya di kosmo ni... he he

AddThis Social Bookmark Button

8 comments

  • Anonymous  
    October 17, 2008 at 10:02 AM

    tapi jawatan dlm mpp belum tentu lg kan.kena wat pemilihan lg..tak semestinya dia menang dia jadi president mpp. he he boleh ke pmpn jd president mpp? pelik je.. tp mane tau nak rekod sejarah br kat utem ni

  • Anonymous  
    October 17, 2008 at 9:31 PM

    Boleh caya ke dia ni?

  • Anonymous  
    October 17, 2008 at 11:44 PM

    tak kiralah dari fakulti mana pun, asal buat kerja...nak glamor boleh masuk AF tak payah masuk mpp

  • Odette  
    October 18, 2008 at 1:13 AM

    kepada mereka yg menang, tahniah..
    tp jgn jd mcm dulu sudah la..
    seyesly ckp xbest..
    xnmpk efek..
    lg 1, jgn smpai stdy t'bengkalai sbb jd mpp..
    merugikn diri sndiri..

    p/s: jgn touching.. haha..

  • Anonymous  
    October 18, 2008 at 1:20 AM

    boleh saja pmpn jd YDP.kt Unimap dlu pmpn jd YDP.xsalah..

    mpp xda power sgt pn utk bt prubahan drastik bcause the power is not fully in their hand..

    jgn trlalu mgharap sgt bdk2 UTeM skalian..

    support any programs organized by MPP!!

  • Pantherian  
    October 18, 2008 at 7:51 AM

    Girl tu dpt undian tertinggi mungkin kerana rupa agaknya...hehheehe.Sekadar bergurau aja...

    Tapi saya melihat Saudara Nik Afiq tu mempunyai keupayaan menjadi Presiden MPP...dengan pengalamannya sebagai YDP JPP semasa di Matrikulasi.

    Apapun laksana tugas dan manifesto ada ya....jangan jadi habuk ja.

  • Anonymous  
    October 18, 2008 at 9:15 AM

    popular je xguna..harap2 bleh wat keje la..xde la kelebihan lawa ngan kacak je..

  • RiZaL HaShiM  
    October 20, 2008 at 7:09 AM

    tahniah kepada bakal mpp baru UTeM...
    semoga UTeM akan lebih bermakna dengan adanya korg k...
    chayok2(",)

Post a Comment