Mudahnya mendapat gelaran Datuk  

Sewaktu menerima berita ini, saya cuma mampu ketawa besar. Harapnya ia cuma gurauan waktu tengahari semalam , tetapi rupa-rupanya ia satu perkembangan yang sahih. Esok, aktor Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. Rujuk Utusan Malaysia

Sewaktu Nicol David dianugerahkan Datuk, saya masih boleh terima kerana beliau konsisten mengharumkan nama negara.. tetapi Lee Chong wei dapat gelaran datuk tu, saya agak tidak bersetuju kerana beliau kalah kepada Lin Dan.Tetapi kalau semudah itu boleh dapat anugerah Datuk, apalah nak dihairankan dengan Shah Rukh Khan dapat Datuk! Mungkin Datuk tu boleh dibeli agaknya.

Terfikir saya, apa jasa Shah Rukh Khan sehingga mahu dianugerahkan Datuk? Ramai pejuang negara di luar yang perlu dihargai sumbangan mereka, tetapi aktor Bollywood seorang ini juga yang jadi pilihan hati.

Di England, penganugerahan Darjah Kebesaran sangat terkawal, dan sesiapa yang memperoleh Darjah sangat dihormati. Tetapi senario tersebut berbeza di Malaysia. Saban tahun ribuan Datuk bakal ‘dilahirkan’.

Selepas ini, mungkinkah Amitabh Bachan bergelar Datuk Seri ???

Jangan terkejut kalau orang yang bergesel bahu dengan anda di Puduraya atau mana-mana stesen LRT nanti juga bergelar Datuk!

AddThis Social Bookmark Button

6 comments

Post a Comment