Di sini aku ingin mengucapkan selamat ke latihan industri buat semua mahasiswa UTeM yang bakal bermula pada 1hb Dec 2008 - 16 April 2009. Semoga selama 5 Bulan berada di persekitaran baru akan menjadikan anda mahasiswa yang lebih cemerlang dan mendapatkan pengalaman yang berharga.ha ha akhirnya satu semester tidak perlu lagi mengadap buku dan jumpa pensyarah.Utamakan keselamatan,hargai masa terluang,jimatkan duit elaun untuk psm nanti.he kepada yang tak dapat elaun,xpelah.Janji ade tempat industri ok lah. Doalah banyak2 kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi elaun RM500 nanti walaupun dengar khabar tahun ni tak dapat :'(
p/s: Memandangkan aku pun kelatihan industri, maka aku serahkan blog ini kepada ikhwan dan ajim. Semoga menbawa blog ini kearah yang lebih positif dan menambahkan lebih ramai ahli. kepada mereka terpilih, sila ym sy di sukrulnizam@yahoo.com jika terdapat masalah.Terima kasih.
p/s: Untuk entri mengenai LI ini , di sini aku ingin menambah beberapa pekara penting kepada rakan-rakan yang menjalani latihan industri selama 5 bulan ini.Pengalaman aku semasa LI adalah sesuatu yang cukup berguna dan akan ku kenang sehingga aku bekerja.Hal ini kerana di LI, aku mendapat pengalaman bekerja, berbincang dalam mesyuarat, cara menyelesaikan masalah, komunikasi dengan pekerja dari level bawah hingga atas, kepimpinan dan juga pengetahuan teknikal yang berbeza semasa belajar di universiti. Selain itu, jika kita bernasib baik akan diberi peluang untuk terlibat dalam beberapa projek besar di kilang yang mana mungkin kita boleh memilih projek tersebut sebagai tajuk PSM kita.Perkara ini berlaku kepada aku, di mana tajuk PSM aku adalah tajuk projek semasa aku di LI. Pihak Fakulti sememangnya menggalakkan pelajar mencadangkan tajuk untuk PSM dan tidak mengharap tajuk daripada pensyarah.Kita juga boleh menghasilkan sendiri projek semasa di LI dengan menghasilkan beberapa proposal untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran atau mengurangkan kos industri.Ini sekaligus akan membuka mata pihak industri akan kemampuan dan kreativiti pelajar UTeM bekerja dan mencadangkan idea yang berguna kepada pihak industri.-ikhwan-
Anyway,Enjoy your Internship Training !!!!
November 28, 2008 at 10:26 PM
tahun lepas fkekk je dapat,
tahun ni dengarsemua tak dapat,
kenapa boleh jadi macam ni ek?
Korupsi ke?
manalah duit tu kena songlapkan?
KPT patut beri penjelasan ..
November 28, 2008 at 10:31 PM
ntahlah..maybe sebab menteri tukar kot..tp mereka yg xde ptptn, macam mana nak idup... dengarsenior cakap, aku kompany yang buat student macamburuh paksa tapi tak bayar.. syarikat MA*** dekat melaka.Lagi kecian.
December 1, 2008 at 8:30 PM
celaka betul kpt.
mula2 janji nak kasi elaun, then tarik balik.
lagi sakit ati, dia tarik balik, tapi tapi tak inform pape.
nasib company gua kasi elaun sikit.
lepas la nak hidup.
December 1, 2008 at 9:23 PM
li ku tak besh....aku tak der ptptn didalam kesengsaraan
December 2, 2008 at 12:55 AM
bdk ftmk yg li 1 dis smpai 15 mei..ucap selamat juga pada mereka..aku dh nk abeh dh 19 dis ni..xbes lgsg li..cetpodah
December 2, 2008 at 2:35 AM
ehmm psl elaun tu mmg tk dpt la ,dulu bdk FKP siap wat memo n hantar email pd Dean n management UTeM tapi hasilnya mendukacitakan.So mmg tahun ni takde kot elaun tu.
sememangnya pengalaman LI ada best dan ada yg tidak,apa pn inilah keadaan semasa kita bekerja.Kita tk leh expect environment yg selesa apabila kita mula bkerja.
Kalau LI dpt A tu mmg sempoi la..cover CGPA...lama.
December 2, 2008 at 6:03 AM
hei kamu sungguh bertuah,sila datang blog aku untuk parti buih sabun jangan lupa jadi follower aku
yang benar
pengganti pasa sanda
December 9, 2008 at 2:43 AM
huh.. serahkan kat aku ke? aku pun li gak.. hua hua..
December 22, 2008 at 12:46 AM
aku pening utk cdgkn projek utk psm..wargh tolong daku...
July 12, 2009 at 4:04 AM
Kerja betul-betul....
Online Promotion Strategy/
July 12, 2009 at 4:07 AM
how does an ipod work/
April 30, 2013 at 7:39 AM
This info is worth everyone's attention. Where can I find out more?
Feel free to visit my blog - www.idepedia.se