Tahniah Barrack Obama
written by Pantherian
at Thursday, November 6, 2008
Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.
Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.
Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.-Malaysiakini(5/11/08)
Kita berdoa agar lembaran baru pentadbiran dunia akan bermula tidak lama lagi selain bertegas menolak tragedi John F. Kennedy menghumban harapan rakyat (dalam kes ini di Amerika). Politik aku lebih hebat atau aku paling hebat cara Bush ditolak terlepas dasar apa pun yang dibuat. Politik Obama ternyata nampak lebih rendah diri dan lebih pro rakyat.
Saya begitu tertarik dengan cara berkempen memilih Presiden Amerika di mana penggunaan pelbagai media secara bercetak sehingga ke alam siber digunakan cukup meluas .Selain itu, cara berkempen seperti debat Presiden yang disertai oleh kedua-dua parti turut menunjukkan US cukup komited dengan amalan demokrasi dalam pilihanraya seperti yang dilaungkan mereka sebelum ini. Di sini, rakyat seluruh US dapat melihat visi dan misi bakal Presiden mereka jika diamanahkan untuk memimpin US dan dunia.Debat itu sendiri sudah cukup menunjukkan kehebatan berhujah pemimpin tersebut dan idealisme yang ingin dibawa jika terpilih untuk menjadi pemimpin.

Saya bersetuju dengan pandangan YB Khairy Jamaluddin (KJ) yang ingin menganjurkan debat terbuka untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO.Beliau mengharapkan perwakilan dapat membuat penilaian dengan misi dan visi yang akan dibawa oleh calon masing-masing jika terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO.Debat merupakan wadah atau platform yang terbaik untuk calon mengutarakan pandangan dan berhujah berlandaskan fakta dan disamping itu juga dapat mempopularkan diri di mata perwakilan yang akan memilih.Sepatutnya, politik di Malaysia ini diwarnai dengan debat terbuka secara ilmiah seperti debat minyak di TV3 yang saya kira mendapat rating yang cukup tinggi kerana ia isu rakyat dan negara.Pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu berani tampil berhujah permasalahan rakyat dan apa jua isu yang berkaitan negara dan rakyat.
Saya berharap akan diadakan debat mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekarang supaya rakyat jelas dengan keadaan ekonomi di Malaysia. Saya sebenarnya masih kabur dengan iklim ekonomi di Malaysia ini....Di sini saya sertakan ucapan hebat Obama (speech Obama) dan juga dibawah anda boleh melihat video menarik kempen pilihanraya manusia bernama Barrack Obama...
November 7, 2008 at 5:05 AM
Obama dulu kenapelah belajar dekat indon? kalau belajar dekat malaysia kan lagi maju.. Tapi aku tengok dgn Bkt bruang tu ramai nighe2. mane tau lah lepas ni dia orang lak jadi presiden amerika.. he baik korang berbaik dgn student mmu tu..(^_^)
November 7, 2008 at 7:22 PM
dier primary school jer la kat indon...
time tuh pon dier ikot bapak dier yg kene keje pindah randah...
ape2 pon, congrats Obama...
A New Hope...
November 7, 2008 at 8:21 PM
A New Hope for America..Barrack Obama..
November 7, 2008 at 10:38 PM
hehe siape naik same je..pro yahudi jugak hehe.. no new hope..jas orng baru..cerita lama hehe
wassalam
November 7, 2008 at 10:43 PM
ha ha aku dengar org indonesia bkn main bangga dia jadi president amerika.tapi belum tentu lagi congress amerika teima dia..
November 8, 2008 at 5:24 AM
Biasa la..siapa pn Presiden US ,mereka tetap menerima tekanan drpd pelobi Yahudi yang sememangnya menguasai White House.
Tapi mungkin pendekatan polisi luar AS akan berubah dibwh Obama seperti pengunduran tentera AS di Iraq.
Mungkin beliau calon yg lbh baik dr Bush...
November 14, 2008 at 10:23 PM
betul ke obama ni memiliki ciri2 anwar ibrahim? ade yang cakap perjuangan dia sama seperti anwar.. tak tau lah betul tak
November 14, 2008 at 10:30 PM
ada iras2 skit2 la kot matlamat mrk mungkin sama.
Obama mungkin akan lebih hormat undang2 sejagat dan tidak menjadi polis dunia seperti Bush.
apa pn mengenai Palestin dan dunia Islam,kita tidak blh meletakkan harapan bsr pd obama kerana mungkin agak sukar diolah dasar US.
Mungkin dr segi harapan yang lain, kita blh mengharap pd Obama utk dunia yg lebih aman.