||mdzulhaizer||: KERJA PART TIME..
Ahmadinejad seorang Yahudi?
(IsraelNationalNews.com)
Boikot Harian Metro!
Harian Metro merupakan surat khabar Melayu yang paling ramai pembaca di Malaysia. Muka depan akhbar ini selalu memaparkan berita-berita yang bersifat sensasi, seksual, mistik dan gosip. Sebagai agen penyampai maklumat, Harian Metro seharusnya lebih peka terhadap isus-isu yang lebih penting dan membina jati diri masyarakat Islam terutamanya.
Laman ini diwujudkan bagi mendesak pihak editor Harian Metro supaya lebih bertanggungjawab dalam penyiaran berita dengan mengambil kira beberapa hal seperti berikut:
1. Tidak memberikan fokus yang keterlaluan kepada berita-berita yang bersifat seksual, mistik dan sensasi.
2. Menulis sesuatu berita dengan kadar yang sepatutnya dan tidak pula berlebihan dengan membawa maklumat 'tambahan' didalam beritanya.
3. Bertanggungjawab menulis sesuatu yang difikirkan membawa manfaat kepada masyarakat, bukan pula memikirkan keuntungan dan jualan semata.
4. Membuang semua iklan yang mempromosikan nombor ekor dan ramalan nasib. Kehadiran iklan-iklan seperti ini sangat melampau didalam sebuah akhbar yang majoriti pembacanya Muslim.
Laman ini akan dipadam sekiranya pihak editor Harian Metro memenuhi tuntutan seperti yang dinyatakan diatas.
Fakta IPv4
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. IPv4 ialah Internet Protocol version 4. Ia mula diperkenalkan dalam dunia Internet pada tahun 1981. Sehingga sekarang, hampir 99% laman web dihos menggunakan IPv4. Beberapa fakta ini diambil dari Internet supaya kita tahu apa yang telah, sedang mahupun yang akan berlaku kepada IPv4 yang semakin uzur.

IPv4 pada masa silam
- IPv4 mula diperkenalkan pada tahun 1981. IPv4 juga merupakan versi pertama bagi protokol internet.
- IPv4 menggunakan skema alamat dot-desimal 32-bit (contoh = 10.62.1.48) sebagai alamat bagi sesuatu hos dan penerima.
- Dengan menggunakan skema alamat sebegitu, IPv4 boleh menyediakan sehingga 4 billion alamat (laman web mahupun menggunakan dot-desimal). Sewaktu di awal pengenalan IPv4, tidak banyak aktiviti trafik internet yang berlaku.
- Bagaimana semua komputer dan server menggunakan IPv4 sebagai protokol internet utama? Pada 1 Januari 1983, kesemua komputer dan server di seluruh dunia ditutup bagi mengemaskini komputer dan server supaya ia menerima IPv4 sebagai protokol Internet utama. Dunia Internet dihidupkan semula dengan kesemua komputer dan server berkomunikasi menggunakan IPv4 sebagai protokol internet.
- Pada tahun 1992, ada laporan mengatakan bahawa salah satu kelas alamat dalam IPv4, Kelas B bakal kehabisan alamat. Pada masa itu, projek penyelidikan IPv6 telah pun bermula tetapi IPv6 waktu itu dikenali sebagai IPng (Internet Protocol next generation). Versi yang diletakkan pada IPng pada waktu itu ialah 6.
- Pada tahun 1995, penyelidikan ke atas IPv6 dimulakan secara rasmi apabila ramai yang menyedari alamat dalam IPv4 akan habis dalam masa beberapa tahun. Pada waktu itu, IPv6 diperkenalkan dalam Mac OS, seterusnya dalam Linux dan akhir sekali Windows (Windows Vista merupakan versi Windows pertama yang menggunakan IPv6 sebagai protokol alternatif)
IPv4 pada masa kini
- Ada laporan mengatakan bahawa alamat dalam IPv4 akan habis pada tahun 2011. Ini berdasarkan kepada trend penggunaan Internet yang semakin meluas serta banyak domain baru yang diwujudkan. (anggaran dalam 1 juta domain dalam seminggu).
- Di India, TRAI (The Telecom Regulatory Authority of India) sudah pun menghantar surat kepada kerajaan India supaya menukar protokol dari IPv4 ke IPv6. Sumber.
- Negara yang paling banyak menggunakan IPv4 ialah Amerika Syarikat dengan alamat yang berjumlah 143 million. Sumber.
- Kebanyakkan laman web sudah berhijrah ke IPv6. Untuk mengetahui laman web itu boleh diakses dengan IPv6 atau tidak boleh berkunjung ke sini.
- Silalah fikir dua tiga empat lima kali sebelum anda membeli domain. Pastikan domain itu boleh diakses dengan menggunakan IPv6.

IPv4 pada masa akan datang
- Alamat dalam IPv4 bakal habis pada tahun 2011. Pada masa itu Internet mungkin akan "mati" kerana manusia tidak boleh mengakses Internet tanpa alamat. Anda boleh ibaratkan sebagai makanan yang sudah kehabisan yang hanya menunggu bantuan tiba.
- Adakah peristiwa seperti yang berlaku pada 1 Januari 1983 akan berulang? Mungkin. Tetapi mampukah kesemua komputer ditutup kerana dirasakan mungkin terdapat lebih dari berbillion komputer yang keluar sebelum tahun 2006 (Windows Vista mula diperkenalkan).
- Ada juga cadangan iaitu kesemua alamat Internet yang menggunakan IPv4 bertukar kepada IPv6. Mungkin cadangan ini dianggap gila kerana terdapat lebih berbillion-billion alamat yang perlu ditukar dan ianya bukanlah mengambil masa yang singkat.
Sekarang ini tidak dipastikan lagi Internet di Malaysia sudah dilengkapi dengan IPv6 atau belum. Tetapi aku try masuk laman web yang menggunakan IPv6 dan berjaya. Akhir sekali, janganlah terlalu excited jika anda sudah ada domain sendiri, tanya pada admin jika domain anda boleh diakses menggunakan IPv6. Takpun sila ke link ni untuk tahu jika anda boleh mengakses mana-mana laman web dengan menggunakan protokol IPv6
Sekian, terima kasih.
Sumber-sumber
IPv4 Unallocated Address Space Exhaustion
When Today’s ’Net Dies
IPv4 Not Dead Yet: 625 Days of IPv4 Addresses Remain
RFC2101 - IPv4 Address Behaviour Today
IPv4 Timeline - Google
Lacks of IPv4
IPv6 is becoming a reality
The history and success of the KAME project 1
*Entri dari blog Mohd Nasri, 3/3/2010 Read More...
Posted in internet, ipv4, ipv6 » 3 comments »
Perhatian warga YUBIYU!
Salam kepada semua warga YUBIYU!
Aku selaku antara admin didalam blog ini merasakan peranan blog YUBIYU semakin kurang menyerlah. Semakin kurang kiriman-kiriman yang menarik daripada warga YUBIYU. Aku mengharapkan semua ahli aktif menyumbangkan apa-apa sahaja berkaitan info, artikel, rencana yang membantu menaikan kembali blog yang semakin suram ini.
Aku juga ingin menyerahkan peranan sebagai admin kepada mana-mana ahli yang merasakan mampu membawa perubahan kepada laman blog ini. Sila berikan e-mail dan laman blog pada ruangan komen.
Sekian.
Posted in blogger-bloger utem, UTeM » 8 comments »
Internal Hard Disk 640GB For Sale
Suara bantahan AUKU di Dewan Negara
AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA
Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismail. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.
Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.
Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?
Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.
AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.
Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?
Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?
Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?
Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.
Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.
Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.
Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.
Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.
Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara
03 Ogos 2010
Posted in mahasiswa » 0 comments »
My 3 Principles in Learning
UMNO & Pas: Antara Perpaduan atau Penyatuan
Posted in Negara » 0 comments »
ISLAM: Antara Keajaiban Atau Keaiban
1. Jika kita perasan, ramai dikalangan umat Islam yang terlalu ghairah untuk mengaitkan sesuatu peristiwa dan hal yang kelihatan pelik serta ajaib kepada unsur-unsur mistik. Akhirnya, kaitan itu akan disandarkan kepada ajaran Islam. Kita pastinya pernah mendengar kisah-kisah seperti ada tulisan nama Allah pada hirisan daging, anak derhaka bertukar menjadi binatang, keajaiban para wali dan lain-lain. Aku fikir, hal ini berlaku mungkin kerana sebahagian mereka ingin memperlihatkan kehebatan dan kebenaran agama Islam. Namun, kadang kala ada kisah yang ingin ditonjolkan itu hanya mengundang gelak tawa masyarakat bukan Islam.
2. Biar aku berikan contoh yang mudah dan dekat dihati masyarakat kita. Pernah dengar air jampi menjadi pandai? Fenomena minum air jampi ini akan kerap melanda pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan juga SPM. Ibu bapa pelajar terbabit akan berjumpa Ustaz atau orang yang kelihatan pandai agama dan meminta Ustaz itu menjampi air untuk diberikan kepada anak mereka agar berjaya menduduki peperiksaan dengan cemerlang. Cuba kita bandingkan pelajar hasil air jampi itu dengan pelajar bukan Islam yang tidak minum air jampi, mana yang mendapat keputusan peperiksaan lebih baik? Jawapan kepada soalan itu mengecewakan bukan? Apakah ini bermakna ‘keajaiban’ air jampi ala-ala Islam itu satu pembohongan? Tatkala pelajar bukan Islam sedang sibuk menelaah pelajaran, kita masih bergantung pada ‘keajaiban’. Rahsia untuk berjaya dalam pelajaran bukan meminum air jampi pada malam peperiksaan, namun ia memerlukan sejumlah besar usaha dan kerajinan yang berterusan.
4. Penulisan ini bukan bermakna ingin menolak keajaiban secara total, namun agar keajaiban itu dilihat dari sudut yang lebih rasional. Bagaimana mahu melihat dari sudut rasional? Ini mungkin kisah yang boleh dijadikan contoh. Seorang hamba Allah yang beragama Islam begitu ghairah menjaja cerita tentang bentuk awan yang mirip tulisan nama Allah dilangit. Ini menandakan kebenaran agama Islam katanya. Kemudian, seorang penganut kristian menunjukkan kepada orang Islam itu awan yang mirip berbentuk salib. Kemudian hamba Allah itu kelu seribu bahasa. Apakah kebenaran suatu agama itu bergantung pada ‘keajaiban’ seperti itu? Sila fikirkan sendiri.
5. Difahamkan, Nabi Muhammad s.a.w juga ada menggunakan jampi yang menurut Quran. Namun itu bukanlah jampi yang mampu menjadikan seseorang itu bijak dalam sekelip mata, atau juga air jampi yang mampu memurtadkan orang Islam seperti mana yang dipercayai sesetengah pihak yang mana apabila orang Islam meminum ‘Holy Water’, maka dia akan menjadi murtad kerana sudah tidak mampu mengucap. Jika benarlah ada air jampi yang mampu mengubah akidah seseorang, maka tidak perlulah Nabi bersusah payah berdakwah pada masyarakat Arab jahiliah. Lebih baik sahaja Nabi menjampi air zam zam di Makkah, pastinya seluruh penduduk Makkah ketika itu akan menjadi Muslim. Read More...
World Cup 2010
Semperna World Cup 2010..Jom Layan LIVE disini..Enjoy =)
1)Kalau ada iklan tunggu sekejap dan akan ada button closed.
2)Boleh pilih TV pilihan anda..pilih yang mana clear.
3)Sila rujuk jadual perlawanan untuk menonton
Selamat Datang ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa yang bestnya UTeM ni?
Pengangkutan UTeM?
Lain-lain hal?
Apa benda lagi? Penulis pun taktau apa yang anda nak tahu. Sebagai penutup, entry ini sengaja dipublish pada weekend. Bagi mengelakkan bekas student UTeM yang bekerja, menyalahguna internet pejabat.
Iklan Permohonan Jawatan @ UTeM

Klik gambar untuk lihat Iklan Permohonan Jawatan
SUBJEK TAMBAHAN KEPADA TAHUN AKHIR
Siapa yang terlibat..Jom bincang sikit apa masalah..hehe Klik image untuk di perbesarkan
Mentor Musim ke - 4
ex-singer Orkestra UTeM, Nani Hadzwani Salleh (duduk hadapan) di dalam rancangan MENTOR 4 protege kepada komposer Azmeer di TV3!Jom kita komen sikit.. hehe ramai tak peminat dia?

Yang atas ni korang teka sendiri la gambar dia yang mane?hehe Read More...
STUDENT IN FREE ENTERPRISE (SIFE)
Be part of the challenging society and gain the growing needs of the next generation.
UTeM is now in the midst of forming SIFE team to initiate a formal network at local
and global levels.
HURRY NOW !! NEVER LATE THEN EVER
SIFE is a partnership between business and higher education that is preparing the next generation of entrepreneurs and business leaders to create a better world for everyone.
SIFE students form teams that serve their communities by developing projects that take what they are learning in their classrooms about business and use it to solve real world problems for real people. Business executives support the program through corporate donations, personal contributions and the gift of their time.
The SIFE program concentrates on six areas: market economics, success skills, entrepreneurship, financial literacy, environmental sustainability, and business ethics. An additional consideration is the long-term sustainability of their team and educational programs.
The students are led by faculty advisors who challenge them to develop projects that specifically meet the unique needs of their communities. For example, their efforts help aspiring entrepreneurs, struggling business owners, low-income families and children experience success.
SIFE teams present the results of their community projects annually at regional, national and international competitions. Business executives judge the competitions and select the winners based on which teams they believe were most effective at helping others through their projects.
Through SIFE, university students improve their communities and experience profound personal growth. As these young people assume leadership roles of significance and influence, they will be the key to leading more sustainable enterprises, building stronger communities and creating a world with greater opportunity for all of us.
Why join SIFE?
Students becoming a part of one of the largest global student organizations has its benefits.
By participating in SIFE:
- SIFE students are regarded as the 'cream of the crop' in your community and among business leaders
- SIFE looks great on your resume
- Companies understand the important role participation in SIFE has played in your development and they recruit heavily at SIFE events
- SIFE competitions offer opportunities from recruiting booths to job offers and interviews
- SIFE is the link between the job market and college students
- SIFE offers numerous occasions in which internships, scholarships, and awards of recognition are available to participating students
- SIFE offers opportunities to participate in strengthening your skills whether you want to take on leadership role or support the quality SIFE projects development by your team
Ms. Nusaibah Binti Mansor.
- Phone: 06- 283 3172
- Email: nusaibah@utem.edu.my
- Phone: 06- 283 3163
- Email: mukhiffun@utem.edu.my
be greatly appreciated.
Thank you for your interest in SIFE and for your decision to join us.
Posted in UTeM » 6 comments »
3rd Formula Varsity 2010
1. What is UTeM FormulaVarsity?
UTeM Formula Varsity is a student racing competition that challenges students to design, manufacture and race their single seat open-wheel formula style racing car in real track condition. This event is inspired by similar student based formula style racing events such as Formula SAE and Formula Student. The aim of the event is to provide a platform for Malaysian students with interest in motorsport engineering to put into practice their engineering knowledge and skills in developing a working model of a formula style racing car. The event hope to foster the tie and collaboration between all Malaysian higher education institutions especially among the students as well as to help create the needed competent human capitals for our country automotive industries.
2. Where and when will the event held?
The event will be held from 2-3 October 2010 at Melaka.
3. Who is the organizer?
For the 2010 event, the competition will be organized by Faculty of Mechanical Engineering, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
4. When was the last event?
The last event was held in 2008 in UTeM main campus.
5. Who participated in the last event?
Five teams participated in the 2008 Formula Varsity, which are UTeM, UPM, University of Nottingham (Malaysian Campus), Politeknik Shah Alam & Politeknik Kota Bharu.
6. Who can participate in the event?
All students from all Malaysian higher education institutions (IPTA, IPTS, Polytechnics, IKMs, ILPs etc) are welcomed to participate in this event.
7. How can I participate?
All teams who wish to participate in this event, must submit their registration form together with the registration fee to the 2010 Formula Varsity organizing committee (contact Dr Muhamad Zahir Hassan at zahir@utem.edu.my or call 06-3316559). Only teams with official endorsement and approval by their institutions are allowed to participate in the event.
In the other hand, for FKM UTeM students, you can contact Dr Muhamad Zahir Hassan (email: zahir@utem.edu.my or tel: 06-3316559) for info on how to participate as team member in the organizing committee.
Blogsite:http://www.formulavarsity.wordpress.com Read More...
Posted in UTeM » 4 comments »
Al Fatihah-Mohammad Hapiz b Mat Abas, Tahun 2 BMCS,UTeM(mekanikal)
Read More...
Posted in rakan siswa » 9 comments »
Sudut Pidato IPT
Read More...KUALA LUMPUR, Dis 30 – Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.
Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu.
Beliau berkata ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ‘Speaker’s Corner’ yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun1960-an dan 70-an.
“Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini.
Saifuddin berkata sudut pidato juga diharap dapat melonjakkan penganjuran dan penyertaan penuntut dalam kegiatan pengucapan awam yang kini berada di tangga paling bawah dalam lapan teras kokurikulum di universiti.
“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut,” katanya.
“Kalau sudut pidato ini dibuat sebagai sebagai satu platform akademik, saya yakin ia tidak akan menjadi masalah. Akta Universiti dan Kolej Universiti sudah dipinda, jadi penuntut boleh bercakap soal politik tapi janganlah bercakap atas platform parti dan perlulah sesuai dengan pendekatan ilmiah yang sesuai dengan pengajian,” tambahnya.
Kategori Bahasa Melayu dimenangi pemidato Universiti Putra Malaysia (UPM) Amirrudin Abd Rahman manakala kategori bahasa Inggeris dimenangi pemidato Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ain Anissa Mohamed, dan masing-masing membawa pulang hadiah RM5,000, piala pusingan serta piala iringan dan sijil penyertaan.
sumber: TMI
Posted in Pengumuman » 4 comments »
Pemilihan MPP UTeM 2010/2011
Posted in UTeM » 4 comments »
Cara tingkatkan trafik ke blog
Soalan ini juga selalu bermain di minda kita.Macam mana nak tingkatkan traffik ke blog kita? Disini aku letakkan tips mudah cara untuk meningkatkan traffik sambil menjana wang.Caranya adalah dengan memberikan menyediakan 1 ruangan untuk download percuma di blog kita.Sebagai contoh,kita boleh berikan download percuma seperti perisian,e-books,gambar,mp3 atau sebagainya yang susah di dapati oleh pengguna.Simpankan data itu di Ziddu dan setiap kali ada pelawat yang download bahan yang kita berikan,kita akan mendapatkan bayaran percuma.Lihatlah, bagaimana mudahnya kita mendapatkan wang tanpa disedari oleh pengunjung.
Pengunjung pasti berasa gembira mendapatkan bahan-bahan percuma dan mereka akan kembali semula ke blog kita pada bila-bila masa. Semakin banyak bahan berguna yang diberikan kepada kita untuk pengunjung download,semakin kerap mereka datang ke blog kita.Walaupun anda tidak menggunakan medium pengiklanan di blog anda, anda tetap mampu menghasilkan pendapatan melalui download percuma ini.Malah,ada pemilik laman web sengaja mereka website khas untuk download MP3 percuma,gambar-gambar percuma,video dan lain-lain.Mereka menghasilkan pendapatan tanpa disedari oleh pengunjung yang download semua bahan yang mereka berikan percuma.
Kaedah mudah ini selain dapat meningkatkan traffik ke website kita,ia juga menghasilkan pendapatan sampingan kepada pemilik website.Sekiranya anda berminat mencuba teknik ini bolehlah klik banner dibawah.

Posted in download, free traffik, tips, ziddu » 2 comments »